Bahan-Bahan:
Dedak ayam
Dedak merah (dedak udang)
Dedak takara (pelet makanan ikan hiasan)
Minyak udang / sotong
Roti dadu
Mata bom
Cara penyediaan:
Potong dadu sekeping roti sandwich (tak nak guna roti dadu pun boleh)
Pelet Takara perlu dikisar halus terlebih dahulu (pelet ini biasanya banyak terjual di kedai akuarium)
Untuk bancuhan 1 kg dedak ayam atau dedak 929, hanya campurkan 200 gm dedak merah dan 100 gm dedak takara.
Campur dan gaul kesemua dedak ini sehingga sebati.
Masukkan sedikit minyak udang dan gaul lagi dedak hingga sebati.
Masukkan air mentah tanpa klorin sedikit demi sedikit dan gaul hingga peroleh adunan yang sesuai. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu berderai.
Campurkan sedikit lagi minyak udang dan gaul.
Cara Menggunakannya:
Cucukkan roti dadu pada semua mata kail (mata bom)
Kepalkan dedak pada spring mata kail dengan saiz sebesar penumbuk orang dewasa.
Cucukkan mata kail (arah mata kail keluar) ke dalam kepalan dedak.
Baling umpan hanya pada satu kawasan sahaja beberapa kali sebelum melabuhkannya untuk menanti ikan mengena.