Kejadian mengambil sesuatu tanpa izin atau mencuri ini berlaku dalam apa juga komuniti termasuklah memancing. Suka atau tidak, kita perlu menerima hakikat bahawa di kalangan kita sebagai pemancing, terdapat segelintir yang bersifat `panjang tangan’.
Pencuri di kalangan pemancing… apa pendapat korang tentang perkara ini dan bagaimana agaknya untuk mengatasi tabiat mencuri terutamanya di kedai-kedai menjual peralatan memancing?
“Saya rasa patut kita tingkatkan sistem keselamatan di premis menjual barangan memancing dan lagi elok simpan alat memancing di dalam almari kaca yang berkunci dan sebagainya…. dan hanya tunjukkan kepada pelanggan yang berminat sahaja.”
- Rahim Surfcaster
“Seringkali jugak kita melihat di FB, video rakaman kecurian di dalam kedai pancing. Nak kata kaki pancing ni kaki mencuri pun tak boleh jugak sebab ianya adalah dari hati dan sikap masing-masing.
Selalunya kaki mencuri ni asal barang boleh jadi duit tentu dia sebat… tapi bila kes mencuri dalam kedai pancing orang ramai akan kaitkan dia seorang kaki pancing aka kaki mencuri.
Yang terpalit dengan tohmahan adalah kita yang sememangnya kaki pancing. Pedih jugak bila dengar orang kata kaki pancing rupanya kaki mencuri.
Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan bertemu juga dengan kaki mencuri dalam kedai pancing atau di lapangan mancing… masa tu tau la nasib!”
- Loyer Anglers
“Allahu Akbar! konsep saya, tangkap ikan yang boleh buat lauk, dah perkara asasnya tak betul, bagi anak bini makan. Macam mana nak bagi keluarga tu sempurna.
Biar tak ada, biar menabung asalkan kita tak buat dosa. Jangan dibalas waktu atas bot sudah. Yang dicuri mata kail, yang jatuh ke dalam laut reel dan rod yang mahal pulak tu.”
- Blue Frogman
“Tak takut kumpaw sepanjang zaman ke? Kena pulak member asyik naik ikan je… awak sebab pakai barang curi tak dapat. Duri dengan gelama pun tak mau makan.
Boleh juga cuba kaedah ini. Pada pintu kedai tulis ayat ‘KALAU SAYA MENCURI BARANG DI DALAM KEDAI INI INSYAALLAH AKAN KUMPAW ABADI’.”
- Syamsul Hasan
“Nak memancing guna barang curi… lepas tu, dapat ikan dibuat makan. Ishh… ishh… tak berkat kot rezeki tangkapan tu.”
- Aqu IWann
“Pencuri tu bukannya pemancing, dia curi dan jual kat pemancing dengan harga yang murah asalkan boleh beli ubat… seorang pemancing sejati bukanlah seorang pencuri!”
- Muhammad Aliff Johari
“Tangkap, lepas tu ikat kat pokok! Hukumannya, libas badan dia dengan ekor pari. Hehe…”
- Encik Sam
“Turunkan harga barang pancing. Itu cara lagi baik. Kalau semua barang harga murah, dah tentu takde yang nak mencuri.”
- Nasir Mohamad
“Panjang tangan di kedai pancing okey lagi… ni ada kes sama komplot, sama bot sempat pulak panjang-panjangkan tangan… haha. Betul-betul haramjadah ada pemancing macam ni.”
- Asyraaf Kay
“Dah masuk lokap nanti, sabun jatuh jangan kutip kat dalam tu. Siksa woooo… kata kawan sekolah aku dulu. Entah ler kenapa dia kata macam tu.. tapi dari penceritaan dia dengan gaya muka yang amat-amat seksa dan taubat.”
- Khairul Anuar Jeemadi