Pencemaran Sungai Selangor: Bukan angkara 3 pemancing!

Share

 

Akhirnya pihak polis mengesahkan bahawa tiada unsur sabotaj oleh pemancing berhubung isu pencemaran diesel di Sungai Selangor, sebaliknya ia hanyalah rekaan palsu semata-mata.

 

Majalah Umpan dari awal isu ini dibangkitkan sudah menduga pemancing dijadikan kambing hitam dan dengan pengesahan hasil siasatan polis mengesahkannya. Terima kasih PDRM!

 

Berikut merupakan laporan pengesahan yang dikeluarkan pada 29 Julai (kelmarin) oleh Bernama:

baca juga 3 pemancing sabotaj sungai selangor

 

“Polis hari ini mengesahkan tiada unsur sabotaj berhubung kes pencemaran diesel di Sungai Selangor, sebaliknya ia adalah akibat kecuaian.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata siasatan mendapati pencemaran itu disebabkan kecuaian pekerja syarikat yang dilantik kerajaan negeri untuk membersihkan sungai itu. 

“Kami juga akan menyiasat laporan palsu yang dibuat sebelum ini untuk melindungi kepentingan syarikat tertentu.

“Siasatan masih giat dijalankan dan hasil siasatan penuh akan selesai dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Jerayawara Autisme: Garis Panduan PDRM di Maktab PDRM di sini, hari ini. 

 

Khamis lepas, polis menahan pengusaha pontun dan pekerjanya berusia awal 20-an hingga 30-an bagi membantu siasatan punca pencemaran diesel di sungai berkenaan.

Abdul Hamid berkata seorang daripada mereka dibebaskan dengan jaminan polis manakala tempoh tahanan reman seorang lagi yang tamat hari ini, akan dilanjutkan. 

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil serius kes pencemaran di Sungai Selangor kerana mengakibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas yang menyebabkan gangguan bekalan air terhadap 1,191,942 akaun pelanggan.

Susulan insiden pencemaran itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap kemungkinan wujudnya elemen sabotaj.

Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.”

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang