Obor-obor atau ampai-ampai sejenis haiwan yang cantik tetapi amat berbisa. Obor-obor berenang dengan kuasa denyutan yang dikawal oleh otot-otot dan sarafnya.
Alat pengimbang udara yang terdapat pada tubuhnya membolehkan ampai-ampai terus terapung atau tenggelam.
Sementara sesungut yang terdapat pada ampai-ampai digunakan sebagai senjata dengan menyengat mangsanya.
Ikan dan juga manusia boleh menjadi lumpuh jika terkena sengatan ampai-ampai ini.
Ads
Kadangkala bisanya boleh membawa maut kepada yang tersentuh badan haiwan ini.
Untuk keselamatan mereka yang terkena bisa obor-obor ini, perlulah dibawa ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Walau bagaimana pun rawatan awal boleh diberikan untuk mengelak kecederaan atau kematian.
Ads
Langkah pertama, ambik pasir pantai dan sapukan sehala pada bahagian yang terkena bisa.
Tujuannya ialah untuk menanggalkan serpihan sesungut pada badan mangsa.
Jika kesan sesungut masih ada, sapukan lagi pasir di bahagian berkenaan. Insyaallah kesakitan mereka terkena bisa itu boleh dirawat sementara menunggu untuk bawa ke pusat rawatan.
Sebelum kita berangan nak tarik udang sado, sepit biru panjang sekaki ke… kita perlu memahami sifat, tabiat dan habitat udang galah yang ia hidup.
Udang galah hidup berkelompok dan selalunya terdapat di kawasan yang mempunyai reba atau struktur yang terdapat di dalam sungai. Memahami situasi sesuatu lubuk adalah perkara yang paling utama sebelum melabuhkan umpan.
Sekiranya arus air deras maka mereka akan berselindung di kawasan tepi dan semasa tiada arus atau arus perlahan mereka akan ke tengah sungai. Gagal memahami tabiat udang ini bakal menyebabkan kita rentung sepanjang hari.
Udang galah aktif apabila air sungai bersuhu suam dan akan kurang makan apabila air sungai sejuk atau terlampau tawar. Musim yang paling baik untuk memancing udang adalah pada musim panas atau kemarau.
Udang galah adalah haiwan jenis omnivor iaitu spesies yang makan serba-serbi yang dijumpainya. Bagi saya, umpan yang saya selalu gunakan adalah perumpun, cacing, isi ikan, jantung ayam yang dibakar sedikit dan dihiris, isi ikan kembung, kulit ayam dan ikan longkang atau gapi yang ditangkap dan disimpan dalam bekas plastik selepas direnjiskannya dengan sedikit belacan dan dibekukan selama sehari dua. Boleh dikatakan udang galah akan makan serba jenis benda yang berdaging yang berbau.
Untuk mata kail pula saya selalu menggunakan mata kail no 1 hingga 5 kerana saiz ini paling sesuai di mana adakala saya pakai jenis berduri (barb) dan ada masa jenis tidak berduri (barbless). Apa yang penting mata kail itu mestilah tajam.
Satu lagi tip yang saya hendak berikan adalah supaya menggunakan ‘burley’ atau rasuah untuk memikat udang datang. Caranya gunakan makanan kucing yang basah yang dijual di kedai di dalam tin ataupun paket. Saya akan membuatkan lubang pada tin atau paket dan meletaknya di bawah bot atau sampan.
Waktu bukanlah halangan bagi para pemancing untuk melakukan aktiviti memancing. Kegelapan malam tidak akan menjadi masalah untuk mengejar ikan buruan. Memancing pada waktu malam hari malah boleh jadi lebih menjanjikan kerana sebahagian ikan mencari makan pada waktu malam.
Memancing di tasik atau sungai pada waktu malam cukup menyenangkan, namun ia sedikit sukar untuk dilakukan namun yang pasti memancing waktu malam lebih mendamaikan kerana jauh dari rasa panas matahari.
Selain itu persaingan lebih kurang kerana hampir jarang orang memancing pada malam hari. Pengalaman saya memancing pada malam hari memerlukan lebih banyak tumpuan kerana suasana yang gelap.
Berikut disenaraikan peralatan yang wajib dibawa ketika memancing pada waktu malam.
Chemical light snap
Bentuknya seperti stick kecil yang berisi cairan yang dapat menyala jika dipatahkan dan dapat dipasang pada pelampung sehingga kelihatan pada waktu memancing di kegelapan malam. Nyalaan cairan tersebut dapat mencapai 5-8 jam sehingga cukup untuk menemani anda memancing pada malam hari itu.
Loceng mini
Loceng kecil ini biasanya diletakkan pada hujung joran atau stick yang gunanya sebagai indikator bunyi kalau ikan memakan umpan kita. Penggunaan loceng mini juga penting untuk mengurangkan penggunaan cahaya terutamanya jika memancing di sungai atau tasik semulajadi di mana ikan-ikan air tawar yang agak sensitif terhadap cahaya buatan yang tidak semulajadi.
Lampu portable
Ramai pemancing menggunakan pelbagai jenis lampu atau pelita seperti lampu mudah alih, lampu suluh, lampu kepala, pelita kabaid malah saya pernah saya pernah melihat sendiri para pemancing menggunakan genset mini sebagai sumber cahaya di tepi air.
Apapun jenis lampu penerang yang akan dipakai sebaiknya mempertimbangkan ikan yang akan dipancing. Ikan tilapia menyukai cahaya terang sehingga penggunaan lampu dengan genset juga akan menarik perhatian mereka. Sementara kebanyakan ikan lain tidak menyukai cahaya terang dan bersikap keluar dari zon bercahaya.
Pakaian sesuai
Pakaian yang selesa dan sesuai seperti jaket dan kasut but getah yang bagus untuk keselamatan dan selamat dari kesejukan malam. Jika perlu mungkin sebaiknya anda membawa juga termos yang berisi kopi panas agar lebih nikmat saat memancing. Dan jangan lupa untuk menyiapkan makanan ringan agar tidak kelaparan pada malam hari.
Boleh ke pancing kelah waktu malam? Kelah makan umpan ke waktu malam? Jawapannya…. boleh dan makan. Malah, dikatakan korang berpeluang untuk mendaratkan kelah saiz mega pada waktu malam. Mungkin peluang untuk strike lebih rendah berbanding memancing pada waktu siang.
Tetapi sememangnya sudah terbukti kelah boleh dipancing pada waktu malam. Cuma beberapa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika memancing kelah pada waktu malam.
Jarak khemah
Untuk pancingan dasar kelah pada waktu malam, disarankan khemah didirikan jauh sedikit daripada sungai. Lagi jauh basecamp dari sungai sebenarnya lebih bagus untuk peluang strike. Khemah yang terlalu dekat dengan sungai mengundang cahaya berlebihan dan bunyi bising yang akan menakutkan kelah.
Lampu suluh
Lagi bagus jika langsung tidak menggunakan lampu suluh. Lebih-lebih lagi lampu yang terang benderang macam pasar malam. Jika tidak boleh dielakkan maka hadkan penggunaan lampu suluh. Elakkan daripada menyuluh ke kawasan air terutama di kepala dan ekor lubuk.
Labuhan umpan
Kelah dipercayai banyak meronda di kawasan kepala dan ekor lubuk pada waktu malam. Oleh yang demikian, umpan haruslah haruslah dibaling di bahagian kepala dan ekor lubuk.
Umpan terbaik
Ikan kecil atau isi ikan merupakan umpan terbaik untuk menjerat kelah pada waktu malam. Selain dari isi ikan, umpan sawit juga paling mujarab. Untuk pancingan malam sebaiknya taburkan dahulu sawit pada sebelah petang di lubuk tertentu.
Jangan guna loceng
Elak daripada menggunakan loceng sebagai penggera. Bunyi loceng sebenarnya amat nyaring dan pasti akan menakutkan ikan lain dan akan keluar dari lubuk. Cara terbaik mengikat ‘stik lampu’ pada hujung joran sebagai penanda.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...