Kami menerima banyak respon poistif dari follower FB yang bukan saja berkongsi pengalaman pahit tersebut, malah turut berkongsi petua sebagai penawar bisa disengat ikan. Merasakan ini sesuatu yang tidak seharusnya berlalu begitu saja, kami rangkumkan beberapa petua yang mungkin boleh diguna pakai sekiranya berhadapan dengan insiden yang tidak diingini ini.
“Kalau pergi memancing tu standby MINYAK CAP KAPAK. Kalau kena, sapu terus tempat luka tu. Insyaallah kejap je, lepas tu noleh sambung pacak.”
“Setiap kali nak mancing simpan CUKA MAKAN botol kecik dalam box pancing untuk digunakan apabila terkena sengat ikan berbisa. Dapat meredakan sakit dan mengurangkan bisa. Kawan dah 3 kali kena sengat semilang. Tapi Alhamdulillah la tak pernah pergi klinik. Waktu kena sedut dulu tempat yang kena sengat lepas tu buang dan kumur. Letak cuka boleh mancing balik. Cuma rasa sakit luka sikit jer. Paling lama 3 jam hilang.
Tok Batin Seletar juga ada ajar kawan suruh bawa KIWI KASUT HITAM ketika mancing. Kalau kena sengat ikan berbisa sapu je kiwi kat tempat yang kena sengat tu. Tapi kawan tak cuba lagi sama ada berkesan atau tidak. Mungkin mujarab kot petua Orang Asli Seletar ni.”
“Penah kena sengat semilang kat kaki. Member tolong KENCINGKAN kaki tempat yang kena. Serius tak sampai 15 minit hilang sakit tu. Sampai sekarang aku tak tau mana logiknya.”
“Yang kena sengat ikan semilang ubat dia GETAH POKOK KUKU KUDA. Pokok dia yang selalu kita jumpa menjalar atas pasir pantai tu. Ambil getah dia letak dekat tempat kena sengat tu. Kalau luka di tempat kena sengat tu dah tertutup, cucuk sikit dan letak getah pokok ni. Insyaallah berkesan.”
“Saya pernah kena sengat dengan keli kayu.. sakitnya teramat sangat. Ayah letak asahan KULIT BADAK SUMBU. Bangun je dari tidur dah tak sakit. Tapi tak pasti la ayah dapat kat mana kulit badak sumbu tu… mungkin dari penjual ubat kot.”
“Pengalaman aku kena sengat ketuka masa mandi kat laut Batu Layar. Masa tu kena sengat kat tapak kaki Alhamdulillah Allah hantar hambaNya bantu aku. Pak cik tu meniaga depan pantai tu. Aku punya sakit dah sampai ke pinggang dah bisa dia. Pak cik tu tolong dengan cara guna LIMAU NIPIS. Potong sikit hujung dia pastu letak CUKA. Baca selawat lepas tu tenyeh tempat kena sengat tu. Lepas tenyeh rendam kaki dalam air suam. Alhamdulillah, dalam seminit dua gitu rasa bisa dia surut.”
“Saya pernah merasa disengat ikan duri, semilang dan depu. Memang menyakitkan, untuk menghilangkan bisanya saya picit kawasan sengatan untuk buang darah dan pekapkan pada sebarang BENDA PANAS atau AIR PANAS sampai hilang denyutan bisa.”
“Belah kepalanya (ikan yang menyengat), ambil otaknya sapu kat tempat kena sengat. Petua orang tua tua… katanya la.”
“GAMBIR SARAWAK korang boleh la standby dalam tong pancing. Apa-apa hal kalau kena sengat sapu je. InshaAllah mujarab… dah dua kali member kena sengat duri ngan pari , Alhamdulillah bila sapu boleh memancing semula.”
“Pernah terpijak ikan keli mati… melekat habis! Cabut je sengat tu terus ambil GETAH KELADI sapu. Lepas tu jilat mata sengat tiga kali ludah buang.”
“Kena sengat keli kat kaki masa bebudak. Mintak ramai member tolong kencingkan… hampeh tak baik pun. Makan paintkiller baru ok. Kena sengat kitang… ubatnya pun painkiller. Kena sengat baung kat Kenyir lekat kat kaki… nasib baik ada yang bawa gambir Sarawak… ubat paling mujarab! Rasa macam ubat bius… ubat paling ampuh!”
“Ambe kena sengat ikan keli kayu sekali min… perrghh perit molek sakit. Balik ke rumah sapu MINYAK KAMBING GURUN… Alhamdulillah hilang sakitnya.”
“Kalau kena sengat duri atau sembilang… cari PETROL dan curahkan tempat kena sengat. Insyaallah sakit sekejap sahaja.”
“Petua saya kalau kena sengat ikan berduri ni, KENCING kat tempat yang kena tu. Kemudian patahkan durinya dan cucuk kat badan ikan!”
“TEMBAKAU ROKOK Surya bubuh air sikit. Tekap atas luka kalau duri dah cabut. Petua dari kaki Surya. Rokok lain tak tau.”
“Pergi mana-mana kedai kek.. beli cecair ESEN BADAM yang bau kuat. Bawa ke mana-mana ketika memancing… jika terkena sengat boleh sapu badam tu.”
“Baru minggu lepas kena, terpacak duri sengat kat tapak tangan. Duri buang tepi bot time bawak bot pegang tepi bot sedar-sedar terpacak duri sengat. Time cabut payah sebab duri tu bergerigi. Tenangkan diri tarik sekuat hati. Siap cuci luka pakai petrol bot. Tekan-tekan buang air bisa. Habuk rokok dengan bara siap cucuk kat tangan, sebab time kena tu tangan jadi panas dan kebas. Alhamdulillah… lepas air pasang penuh pagi tu terus ok.”