Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Pemilihan Peralatan Pancingan Dasar Yang Terbaik!!

Pemilihan Peralatan Pancingan Dasar Yang Terbaik!!

 

Reel

Penggunaan kekili elektrik (mesin bangla) adalah satu KEMESTIAN. Kekili mendatar atau spinning boleh digunakan tetapi tidak relevan. Atau boleh juga kekili mendatar multiplier tugas berat dan berkelajuan tinggi.

 

Rod

Rod atau Joran 30-50lb dan ke atas dengan aksi sederhana atau berat adalah digalakkan. Joran tahan lasak amat penting terutamanya tip atau bahagian hadapan joran yang mampu menampung berat batu ladung yang digunakan.

 

Mainline

Penggunaan tali sulam atau braided juga adalah satu kemestian. Tali berkekuatan 50lb-80lb dengan panjang 300-500 meter panjang. Pilihlah tali yang berdiameter kecil tetapi lasak dan mampu membelah arus dengan baik.

 

IKLAN

Pemilihan Peralatan Pancingan Dasar Yang Terbaik!!

 

Leader

Perambut nylon atau fluorocarbon 60lb – 100lb bergantung kepada geografi lubuk dan kejernihan air. Sebaiknya gunalah perambut yang lasak dan lutsinar.

 

Mata Kail

IKLAN

Mata kail Guna mata kail bersaiz 3.0-7.0 yang kuat dan tajam. Disarankan juga pilih mata kail material stainless steel walaupun harganya agak mahal.

 

Pemberat

Batu ladung saiz 18/24/32 bergantung kepada keadaan arus dan ia juga penting bagi memastikan umpan dapat sampai ke sasaran lubuk dengan cepat dan tepat.

 

Pemilihan Peralatan Pancingan Dasar Yang Terbaik!!

IKLAN

 

Tanduk / Ranggum

Penggunaan perambut tanduk dan ranggum juga adalah satu kemestian. Saiznya bergantung kepada kedalaman air dan kelajuan arus.

 

Umpan

Penggunaan umpan yang hidup atau segar adalah amat penting untuk memperoleh hasil yang diharapkan. Sebaiknya dapatkan info dari tekong untuk menyediakan umpan terbaik bagi sesuatu lokasi.

 

Pemilihan Peralatan Pancingan Dasar Yang Terbaik!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI