Penggunaan kekili elektrik (mesin bangla) adalah satu KEMESTIAN. Kekili mendatar atau spinning boleh digunakan tetapi tidak relevan. Atau boleh juga kekili mendatar multiplier tugas berat dan berkelajuan tinggi.
Rod
Rod atau Joran 30-50lb dan ke atas dengan aksi sederhana atau berat adalah digalakkan. Joran tahan lasak amat penting terutamanya tip atau bahagian hadapan joran yang mampu menampung berat batu ladung yang digunakan.
Mainline
Penggunaan tali sulam atau braided juga adalah satu kemestian. Tali berkekuatan 50lb-80lb dengan panjang 300-500 meter panjang. Pilihlah tali yang berdiameter kecil tetapi lasak dan mampu membelah arus dengan baik.
Ads
Leader
Perambut nylon atau fluorocarbon 60lb – 100lb bergantung kepada geografi lubuk dan kejernihan air. Sebaiknya gunalah perambut yang lasak dan lutsinar.
Mata Kail
Ads
Mata kail Guna mata kail bersaiz 3.0-7.0 yang kuat dan tajam. Disarankan juga pilih mata kail material stainless steel walaupun harganya agak mahal.
Pemberat
Batu ladung saiz 18/24/32 bergantung kepada keadaan arus dan ia juga penting bagi memastikan umpan dapat sampai ke sasaran lubuk dengan cepat dan tepat.
Ads
Tanduk / Ranggum
Penggunaan perambut tanduk dan ranggum juga adalah satu kemestian. Saiznya bergantung kepada kedalaman air dan kelajuan arus.
Umpan
Penggunaan umpan yang hidup atau segar adalah amat penting untuk memperoleh hasil yang diharapkan. Sebaiknya dapatkan info dari tekong untuk menyediakan umpan terbaik bagi sesuatu lokasi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Habitat utama ketutu adalah di kawasan yang cetek seperti di gigi-gigi air iaitu berhampiran dengan tebing sungai, tasik dan lombong-lombong tinggal. Spesies ini adalah dikategorikan sebagai ikan pemangsa, namun demikian ianya adalah ikan yang sangat malas untuk memburu mangsanya. Ia lebih suka menunggu mangsa yang berenang berhampiran lalu membahamnya apabila dikira sudah cukup hampir.
Dengan warna dan coraknya yang berceloreng itu membuatkan ikan ini sangat pandai menyamar dan bersembunyi di balik atau bawah batu-batu atau dedaunan mahupun kayu. Ianya sangat aktif pada waktu malam, adakalanya ia keluar dari tempat persembunyian untuk mencari mangsa.
Diet semulajadi ikan ini ialah ikan-ikan kecil termasuk anak-anak ikan, udang, cacing mahupun ulat. Ikan ini mempunyai sikap tamak yang menyebabkan ia mudah ditangkap apabila lokasinya telah dikenal pasti oleh pemburunya.
Cara memancingnya di sungai Kongkong ini sama sahaja dengan teknik memancing siakap. Casting dengan menggunakan udang hidup di lokasi strategik di muara sungai terutamanya di kawasan pohon tumbang.
Dengan menggunakan rod casting seperti memburu siakap, udang hidup disasarkan ke lubuk terpilih dan dibiarkan ia mencecah dan dikarau dengan perlahan. Sekiranya terdapat ketutu di situ, pasti ia akan menerkam udang hidup tersebut.
Ikan layaran banyak berlegar di sub permukaan dan pertengahan air. Oleh yang demikian cara terbaik untuk memancingnya ialah di dalam radius kolum air tersebut. Berikut merupakan kaedah atau teknik yang banyak digunakan oleh pemancing serata dunia bagi menjerat ikan trofi ini.
Teknik Menunda Umpan
Menunda atau trolling disifatkan cara mudah menjinakkan layaran dan diamalkan secara meluas di luar negara seperti Australia. Bot bergerak dengan kelajuan 4 hingga 10 knot, jika menggunakan gewang replika ikan, kelajuan di bawah 8 knot adalah disarankan.
Jika bot mampu memecut melebihi 10 knot makan gewang skirt adalah disyorkan. Namun teknik trolling ini agak kurang dipratikkan oleh pemancing tempatan atas beberapa faktor. Walaupun ada pemancing yang mengaplikasikannya namun peratusannya amatlah rendah.
Teknik Hanyut Umpan Hidup
Cara ini paling digemari dan paling banyak diaplikasi oleh pemancing terutamanya berada di kawasan unjam atau karang luas. Teknik hanyut dikaitkan dengan penggunaan umpan hidup dan dibiarkan bebas berenang tanpa pemberat. Namun teknik hanyut dengan menggunakan pelampung terutamanya belon dan botol mineral lebih banyak diamalkannya.Sekiranya arus agak laju makan pemberat kecil bersama belon sering dipraktikkan.
Teknik Hanyut Tanpa Belon
Teknik ini pada asasnya bukanlah memancing layaran, sebaliknya menyasarkan ikan tenggiri tetapi turut diambil oleh layaran. Caranya hampir sama dengan teknik drifting, di mana umpan hidup yang dilayang atau dihanyutkan bersama batu ladung kecil sebagai pemberat. Tujuannya adalah untuk menenggelamkan umpan sehingga satu pertiga permukaan atau setengah kedalaman air di kawasan cetek.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...