terdapat penjual enjin sangkut individu dan kedai membaiki enjin sangkut di pasaran. Enjin sangkut yang bermasalah dapat dikesan dengan mendengar bunyi yang agak bising apabila dihidupkan.
Sistem rod dan piston mewujudkan bunyi yang agak kasar menandakan enjin sangkut ini dalam keadaan kurang memuaskan.
Ads
Kuasa kudanya akan menurun dan tolakan sampan menjadi kurang bertenaga sekiranya digunakan. Ditambah lagi penggunaan minyak akan menjadi lebih kuat berbanding enjin yang masih baik.
Ads
Sistem coil api juga perlu dilihat supaya enjin sangkut terpakai ini boleh menyalurkan api yang kuat untuk disalurkan kepada plug. Alat ini amat penting dan adakala ia mudah rosak dan harga alat gantinya boleh tahan juga!
Ads
Walau apa jua pilihan pemancing sama ada ingin membeli enjin sangkut baru atau terpakai, penyesuaian terhadap bot amat penting. Padankanlah enjin sangkut sepadan dengan sampan yang digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kalau jumpa kumpulan baby toman (toman jalur panjang sejengkal) casting guna spoon atau minnow saiz 5. Tunggu baby toman ni naik ambil udara lepas tu cast cast gewang tu berenang melalui kumpulan baby-baby toman.
Ni sesi pemanas badan je… suka-suka tangkap lepas gian. Untung-untung mama dia makan.
Kalau toman naik ambik udara perlahan-lahan dan lepas turun balik dengan gemalai, perangai toman jenis ini sesuai pakai top water. Try dulu gewang top water yang senyap yang takde ball bearing.
Kalau dia tak mau, pakai pulak yang ada bearing. Kalau tak mau jugak, pakai yang bising sikit macam popper.
Tak mau lagi, pakai la gewang renangan cetek. Jalan terakhir pakai gewang selaman dalam. Kalau itu adalah toman rempit, pakai la gewang propeller. Toman rempit suka terkam propeller.
Dia macam geram bila tengok air berkocak tu. Tapi toman besar atau saiz mega kurang sikit nak bedal propeller ni.
Kalau toman jenis naik laju-laju dan turun pun laju-laju, toman macam ni susah sikit nak dapat. Pakai gewang deep diving atau atau sinking terbaik. Pakai la gewang sama ada yang panjang-panjang atau yang gemuk macam Rapala Risto Rap 7 atau 8.
Kalau toman berenang santai-santai… kita boleh nampak dia berenang di sub permukaan, yang ni memang best. Toman jenis ni adalah abang kawasan sebab biasanya kalau perangai dia macam ni dia la yang punya kawasan (territorial behaviour).
Pakai la gewang renangan cetek dan lakukan gewang itu berenang depan muka dia.
Kalau jumpa pasangan induk bawa anak-anak… Mana-mana gewang yang disenaraikan tadi boleh pakai. Baling ke arah anak-anak dia. Dia anggap ada pemangsa cuba kacau anak dia. Maka dia akan serang gewang tu.
Tapi kalau berpuluh kali baling dan tukar macam-macam gewang tak dapat jugak, abaikan je la. Mungkin pemancing lain dah strike dia terlebih dahulu.
Mulut sakit dan memori dia masih kuat pasal gewang. Jadi lebih bagus dia bawak anak dia lari dari nak cuba protect anak dia.
Ada masanya kita akan bertemu dengan toman sedang berpacaran, bergerak berdua-duaan dan kadangkala bertiga pun ada. Kita boleh tau toman ni sedang dalam proses membiak sebab boleh nampak dia naik sedut udara pun berdua.
Kalau yang sedang hangat berpasangan secara berduaan ni memang susah sikit nak strike. Biasalah tengah hangat bercinta… mana nak layan sangat gewang. Tapi kalau ada 3 ekor yang naik sekali ambik udara, peluang untuk dapat strike sangat tinggi.
Panduan ini pun saya peroleh dari pembacaan, pengalaman dan perkongsian dari rakan-rakan pemancing. Mungkin kita dapat kongsinya untuk pengetahuan bersama dalam memperbaharui tips, cara, kaedah atau teknik memancing siakap yang paling mujarab dan terbaik sama ada siakap kolam ataupun siakap liar.
Profil ikan siakap sangat gagah dan kekuatan fizikal. Ia sangat hebat dan sangat menguja ketika melayan tarikannya. Habitat siakap adalah pada kedalaman air sekitar 2-8 meter kawasan berbatu-batu/karang, struktur konkrit , sekitar kayuan serta buluh atau di sekitar akar-akar bakau yang tepat sekali adalah di kuala sungai dan tepi laut.
Untuk kedalaman 10 meter masih biasa dihuni oleh sakap asalkan ada struktur besar seperti kapal karam, jambatan, jeti dan sebagainya. Pilihlah lokasi terbaik yang mungkin kita sedia maklum di mana siakap selalu dinaikkan oleh kaki pancing. Siakap selalu mendiami muara sungai dan kawasan pokok bakau atau pokok nipah.
Muara sungai atau kuala sungai serta sungai yang berdekatan dengan laut juga, antara tempat atau kawasan yang disukai terutamanya oleh ikan-ikan siakap muara atau kuala yang berukuran besar.
Sungai yang bermuara terus ke laut adalah lah tempat mereka bersarang dan bertelur. Ikan ini juga dikenali sebagai ikan yang susah dipancing karena terlalu sensitif dan sangat berhati hati dengan kehadiran manusia.
Waktu aktif siakap mencari makan biasanya bermula dari jam 4.00 petang hingga ke 6.00 petang di mana angin laut mulai meredup, kemudian angin berubah menjadi angin darat sebentar kemudian angin timur. Selama angin tidak terlalu kencang siakap masih mau makan.
Sekitar jam 11.00 malam -12.00 tengah malam saat angin berubah Tenggara sehingga siakap berhenti makan sampai angin dari timur muncul lagi sekitar jam 03.00-04.00 sampai jam 8 mlm.
Keadaan air juga mempengaruhi faktor pemakanan siakap. Saat air pasang naik siakap senang makan. Ketika air pasang penuh siakap mulai kurang ghairah untuk makan. Ketika air mulai turun dan maksimum pada titik bawah siakap mulai makan lagi.
Pada keadaan air bertahan (ada lapisan lumut/plankton tipis di permukaan ) siakap jarang ada yang mau makan. Ini disebabkan oleh bahan yang bergerak akan menimbulkan semacam sinar di permukaan yang membuat siakap menjauhkan diri.
Umpan ikan siakap terbaik yang paling mujarab adalah udang putih. Selain lebih kuat berenang dibanding udang kelabu, udang putih matanya akan menyala di dalam air pada waktu malam hari.
Ada juga yang menggunakan ikan belanak tapi ini harus full kontrol karena ikan ini suka masuk ke struktur batuan atau reba. Umpan belanak biasanya digunakan di waktu malam yang mempunyai cahaya bulan.
Seandainya anda memancing di kawasan pantai berpasir sebaiknya survey dahulu jadual air pasang besar kerana pada ketika air bergerak pasang dan penuh kawasan yang berpasir tadi akan menjadi kawasan yang agak dalam dan ketam pada kebiasaannya akan lebih menggemari bermain atau mencari makanan di kawasan tersebut hingga ke pantai.
Bagi pemancing di pantai, sebaiknya mula memancing 3 jam sebelum air mula bergerak pasang penuh dan 2 jam selepas air mula bergerak surut.
Penggunaan Rod yang sesuai adalah dari 12 kaki ke atas. Tujuan penggunaan rod surf cast bersaiz 12 kaki ke atas adalah spot balingan dan jatuhan Jaring Ketam Drone yang agak jauh dari pantai.
Sebaik-baiknya jika di pantai terdapat jeti atau batu-batu pemecah ombak, ia memberikan advantage bagi para pemancing ketam untuk membuat lontaran lebih jauh dari kawasan pantai dan berpotensi untuk mendapatkan ketam yang lebih bersaiz besar dan banyak.
Bagi pemancing di atas rumah rakit, kelong atau jeti, pilihan rod terpulang kepada pemancing sama ada mahu menggunakan rod surf cast 12 hingga 15 kaki atau rod bersaiz 6 hingga 10 kaki (mengikut kesesuaian tempat).
Sebaiknya survey dahulu jadual air kecil atau jadual air pasang berarus perlahan kerana jaring Ketam Drone ini disebabkan apabila jaring berada di dalam dasar air masin ia akan mengembang dengan baik.
Air pasang besar amat tidak sesuai digunakan semasa berada di atas rumah rakit, kelong atau jeti kerana arus air yang kuat serta laju akan menghanyutkan jaring tersebut biarpun batu ladung yang besar digunakan sebagai pemberat namun akan menyebabkan jaring tidak betul-betul berada di dasar air laut.
Saiz batu ladung yang disyorkan bagi pemancing di pantai adalah bersaiz 6 begitu juga jika berada di atas rumah rakit, kelong atau jeti bergantung pada arus air.
Umpan yang disyorkan adalah ikan sardin atau Selayang. Umpan tersebut tidak semestinya segar sebaiknya pilihlah ikan yang agak lama sedikit atau mendapati perutnya hampir pecah ini kerana ketam amat tertarik pada umpan yang agak lama dan sedikit berbau hanyir ikan dan saiznya tidak perlu terlalu besar. Selain itu umpan kulit ayam juga boleh digunakan untuk memancing ketam.
Semasa umpan mula dikutis oleh ketam, di hujung rod akan berlaku sedikit pergerakan naik dan turun (terhangguk-hangguk) seperti memancing udang galah.
Perkara utama sebelum mula menarik jaring dari dasar, biarkan dahulu jaring tersebut dikutis ketam selama 4 ke 5 minit tujuannya adalah bagi memastikan ketam telah mula terperangkap di jaring dan jika anda menariknya dengan cepat, besar kemungkinan ketam tersebut boleh terlepas dari perangkap jaring.
Drag spinning reel haruslah dalam keadaan sedikit longgar, ini kerana jaring tersebut bila-bila masa sahaja ikan akan masuk perangkap jaring, dibimbangi ikan besar yang masuk perangkap Jaring Ketam Drone.
Jadi sentiasa berhati-hati jika drag spinning reel terlalu ketat peratusan rod terbang masuk ke dalam air.
Umpan harus dipantau selalu, andai terlalu lama umpan di dalam air kemungkinan besar umpan hanya tinggal tulang dan jangan sama sekali memancing ketam di kawasan berbatu kerana jaring ini mudah sangkut pada batu-batu karang di dalam laut dan juga bahaya pada keselamatan diri anda.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...