Kerjasama antara The Shore Oceanarium dan Sinar Harian merupakan satu usaha ke arah mendidik orang ramai mengenai kepentingan lautan serta hidupannya dalam kitaran umat manusia.
Ia juga platform membolehkan orang ramai menyaksikan sendiri pelbagai spesies hidupan laut yang mungkin sebelum ini tidak pernah disaksikan secara langsung.
Sambil melabelkan usaha ini sebagai kerjasama menang-menang, Pengarah Urusan The Shore Oceanarium, Chew Chert Fong berkata, selain mempromosikan The Shore Oceanarium, ia juga hadiah kepada pembaca akhbar ini.
Bagaimanapun katanya, ia dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mengunjungi The Shore Oceanarium, sekali gus mendedahkan mereka dengan kepentingan alam marin serta hidupannya.
“The Shore Oceanarium bukan sahaja satu produk pelancongan utama Melaka tetapi juga medium pendidikan orang ramai mengenai kepentingan alam lautan kita.
Ads
“Inilah yang cuba kita lakukan dan saya yakin, dengan kerjasama ini, lebih ramai orang berpeluang menyaksikan sendiri spesies hidupan laut di sini,” katanya.
Berikutan itu, The Shore Oceanarium memperuntukkan 3,500 tiket untuk ditebus pembaca Sinar Harian.
Jelas Chert Fong, pihaknya sudah banyak kali menyediakan tiket percuma, khusus untuk pelajar sekolah seluruh Malaysia, sebagai sebahagian usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
Ads
“Kita percaya dengan cara sebegini, bukan sahaja mempopularkan The Shore Oceanarium bahkan tarik minat generasi muda untuk memulihara alam lautan,” katanya.
Selain menjadi salah satu tarikan pelancongan di Melaka, jumlah pengunjung ke The Shore Oceanarium semakin meningkat saban tahun sejak ia mula beroperasi pada 2015.
Sehingga awal Disember ini, The Shore Oceanarium mencatatkan seramai 260,000 pengunjung yang bukan sahaja rakyat Malaysia, bahkan pelancong dari Taiwan, Hong Kong dan Singapura.
Ads
Pelbagai usaha juga dijalankan termasuk menambah sehingga hampir 1,000 bilangan spesies hidupan laut di The Shore Oceanarium.
Pengunjung juga berpeluang menggunakan kemudahan 3D bagi mengabadikan lawatan mereka dengan pelbagai gambar.
Untuk merasai kelainan dan keunikan alam lautan, tayangan wayang 7D ada di The Shore Oceanarium.
(Sumber Sinar Harian Online)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tanjung Buai yang berada di dalam daerah Kota Tinggi, Johor merupakan kawasan muara yang cukup strategik untuk dilawati kaki pancing seluruh Malaysia Muara Tanjung Buai boleh dilihat dengan jelas dari Jambatan Lebuh raya Senai-Desaru, yang pastinya menggamit pemancing untuk datang bertandang.
Muaranya yang bersambung dengan Teluk Sengat dan Kong Kong menjadi habitat pelbagai spesies hidupan akuatik, khususnya ikan muara. Bagi pemancing, spesies ikan gred A seperti siakap, tanda, siakap merah, merah, kerapu dan tebal pipi merupakan buruan utama, dek kerana harganya yang tinggi dan rasanya yang enak.
Selain popular diterjah melalui kaedah pancingan bot, Tanjung Buai juga popular dengan gugusan rumah rakit milik pengusaha tempatan yang menawarkan harga yang berpatutan untuk sesi pancingan selama satu hari atau lebih.
Salah seorang pengusaha rakit yang popular di Tanjung Buai adalah saudara Rosul. Beliau memiliki beberapa buah rumah rakit di kawasan berpotensi tinggi sebagai habitat ikan.
Setiap hujung minggu rakitnya pasti laris ditempah. Saya bersama Team Redah tidak mahu ketinggalan untuk mencubanya. Trip disertai oleh Amir, Paklang Rahimi, Pakteh Miren, dan saya, berikutan kekangan masa ahli-ahli yang lain.
Kami tiba pada saat air baru bergerak pasang, yang mana menjadi masa terbaik untuk melabuhkan umpan kerana kebiasaannya ikan siakap, jenahak dan tebal pipi sangat aktif pada ketika itu.
Udang hidup, ruat, udang pasar dan ikan tamban menjadi umpan taruhan kami. Udang hidup dan ruat merupakan diet utama kebanyakan spesies gred A. Ikan tamban dan selayang pula sangat sesuai digunakan sekiranya anda menyasarkan spesies kerapu dan pari.
Lebih elok sekiranya pemancing menggunakan umpan seekor ikan kerana lebih besar umpan, lebih besarlah saiz pemangsanya. Udang pasar pula lebih sesuai untuk mencari duri dan gelama sementara menantikan ketibaan spesies gred A yang dicari.
Tidak perlu menunggu lama, joran saya yang berumpankan ikan tamban direntap kasar. Namun kelewatan saya menyentap menyebabkan ikan terlucut. Kejadian yang sama juga berlaku kepada ahli- ahli yang lain. Sehingga ke petang, hanya beberapa ekor ikan gelama yang kami perolehi.
Senja, merupakan waktu efektif untuk mengintai spesies siakap. Umpan udang hidup dihanyutkan menggunakan kaedah pelampung. Selang berapa lama, pelampung yang digunakan Paklang Rahimi tenggelam timbul dilarikan mangsa.
Sentapan yang padu mengukuhkan cangkukan mata pancing, namun keadaan yang kosong ketika proses karauan menimbulkan tanda tanya. Rupanya seekor ikan pecah periuk atau siakap sampah menjadi habuan Paklang Rahimi. Melihat hasil yang memberangsangkan, Amir dan Pakteh Miren menukar kepada teknik yang sama.
Hasilnya, Pakteh Miren pula berjaya menaikkan spesies yang sama namun saiznya lebih besar. Alhamdulillah, rezeki. Ketika air mula bergerak surut, joran Paklang Rahimi pula dihenjut ganas. Sistem tegangan kekili yang diletak ke tahap maksimum tidak mampu menahan asakan, dan akhirnya perambut 80lb yang digunakan putus begitu sahaja.
Melihat kepada corak pemakanan, kami jangkakan suspek seekor kertang, yang saiznya kami agak sebesar pintu kereta kancil. Biasalah, bila ikan terlepas pastinya yang bersaiz besar. Selepas itu suasana kembali sunyi dari ragutan kasar, hanya gelama dan duri yang sudi muncul.
Sesekali ada ahli yang menaikkan belut dan sirat dan pemancing itu mendapat malang berganda apabila terpaksa menahan telinga pula daripada kutukan rakan-rakan.
Subuh keesokannya, jeritan kami memecah keheningan pagi apabila Amir pula menaikkan seekor tebal pipi. Hajat isterinya untuk merasa keenakan ikan tebal pipi sebelum trip bermula termakbul akhirnya. Saya hanya mampu memandang dengan iri hati, kerana hanya saya seorang yang masih belum menaikkan sebarang spesies gred A.
Kalaulah saya cepat sedikit, sudah pasti ikan yang terlucut sebelumnya dapat dinaikkan. Kalaulah… dan kalaulah itu berterusan sehingga matahari memunculkan diri.
Kami bersepakat menamatkan trip pada jam 9 pagi. Beberapa minit sebelum bot tiba, joran Lemax Slimmax milik saya tiba-tiba melentur. Peluang yang muncul diambil sebaik mungkin. Selepas beberapa minit bermain tarik tali dengan debaran yang kencang di dada, akhirnya seekor senangin anggaran 1kg dapat juga saya naikkan.
Kini lengkaplah koleksi 4 ekor ikan gred A untuk 4 orang pemancing. Kami pulang dengan senyuman. Sudah ada lauk untuk dibawa pulang dan sudah semestinya, tidak akan ada halangan dari isteri sekiranya ingin turun memancing lagi.
INFO RAKIT ROSUL
Sebarang tempahan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saudara Rosul di talian 019-7822775.
Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia Negeri dan Kerajaan Negeri Pahang melalui agensinya Lembaga Pembangunan Tioman, Pelancongan Pahang serta
kerjasama daripada Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) dan beberapa agensi kerajaan dan swasta lain seperti, Tourism Malaysia Wilayah Timur, Majlis Daerah Rompin dan Lanjut
Beach & Golf Resort telah menganjurkan Royal Pahang Billfish International Challenge 2018 pada 14 hingga 16 September 2018. Pertandingan selama dua hari ini berlangsung di Lanjut, Kuala Rompin, Pahang.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan sukan memancing ikan layaran sebagai salah satu daya tarikan di Kuala Rompin dan Pahang khususnya.
Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkoa Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in pada 15 September di Jeti Bernas, Kuala Rompin.
Baginda turut sama turun ke laut bagi memancing ikan layaran. Malah baginda merupakan peserta yang pertama mendaftarkan diri dalam pertandingan ini.
Penganjuran kali ke-14 ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penyertaan 24 pasukan dari dalam negara serta antarabangsa antaranya dari Filipina,
Jepun, Australia, China, Thailand dan Singapura. Pemenang-pemenang pada kali ini membawa pulang wang tunai serta peralatan memancing dengan jumlah keseluruhan melebihi RM60,000.00
Keputusan RPBIC 2018
Juara
Team: KELAH GOLD
Peserta : Shafaril Mohd Yussof (Malaysia) / Muhamad Kamarul Asri Kamal (Malaysia) / Muhamad Alif Mohamed Nordin (Malaysia)
Jumlah Tangkapan : 16
Jumlah Mata : 9,600
Naib Juara
Team : GAWAS
Ahli : Steven Chong (Malaysia) / Wilson Tan (Malaysia) / Denis Lee Chong Seng (Malaysia)
Jumlah Tangkapan : 15 (14 + 1 mersuji)
Jumlah Mata : 9,400
Ketiga
Team : XZOGA
Ahli : Sky Chong (Malaysia) / Jacky Ho (Singapura) / Reuben Tan (Singapura)
Jumlah Tangkapan : 14
Jumlah Mata : 8,400
Keempat
Team : PENN BATTLE
Ahli : Charles Lee Khoon (Singapura) / Naweshad Mohd Shariff (Malaysia) / Shamin Shaimah Mohamed Amin (Singapura)
Jumlah Tangkapan : 13
Jumlah Mata : 7,800
Kelima
Team : MUTA BARGAIN SAIL
Ahli : Muhammad Saad Yaacob (Malaysia) / Tsuchiya Toshihiro (Jepun) / Kazunobu Izue (Jepun)
Jumlah Tangkapan : 11
Jumlah Mata : 6,600
Keenam
Team : ADVENTURA OUTDOOR
Ahli : Mohd Fadzli Hamidun (Malaysia) / Badariah Bahari (Malaysia) / Che Muhammad Afizol Che Jusoh)
Jumlah Tangkapan : 9
Jumlah Mata : 5,400
Ketujuh
Team : JJ HAYASHI
Ahli : JJ. Hasyashi (Jepun) / Nakamura M (Jepun) / So Tsz Ho (Hong Kong)
Kami berempat bertolak dari Kuala Lumpur dan tiba di majlis sekitar jam 2.00 petang. Selesai makan kenduri, kami tidak bercadang untuk terus pulang ke ibu kota. Rugi pulak pergi jauh-jauh ke kampung orang kalau tidak cuba melontar gewang di mana-mana padang pancing berdekatan.
Berbekalkan maklumat dari sahabat yang baru menamat zaman bujangnya, kami meredah padang pancing sekitar Senggarang. Tujuan asal kami adalah untuk casting siakap. Namun tidak temui spot siakap yang dipetakan. Padang pancing yang kami temui agar menarik juga. Kawasan pantai bertebing tinggi yang memanjang dan bersebelahan pula dengan parit yang juga panjang.
Berikutan sukar untuk menuruni tebing tinggi, kami mengambil keputusan untuk mencuba nasib mengilat haruan di sepanjang parit yang menjadi sumber pengairan kebun sawit. Saya percaya parit itu menjadi padang pancing kepada pengilat tempatan yang kerap kelihatan meronda dengan motosikal bersama joran dan soft frog mini pada hujung joran.
Setelah meninjau dan berjalan di sepanjang tebing parit itu saya temui satu spot yang kelihatan agak berpotensi. Ada kelibat seperti haruan meneguk udara di kawasan lapang yang dipenuhi rumpair. Lontaran soft plastic (SP) yang pertama segera disambut namun sambarannya tidak lekat.
Menyedari keinginan seorang sahabat yang kepingin lesen haruan, saya segera memberi ruang tersebut kepada beliau. Saya yakinkan beliau ada haruan yang menunggu di spot tersebut dan perlu memujuk ekoran kes rabut tadi. Malah saya beri beliau guna SP yang gunakan tadi.
Beberapa minit memujuk, haruan tadi kembali menyambar namun tidak mengenai tepat pada sasaran. Karan pertama yang beliau rasai itu membuatkan adrenalinnya melonjak. Saya yakinkan beliau lagi haruan tersebut akan kembali menyambar. Beliau terus tekun melontar dan memujuk dan akhirnya… sukses!
Seekor haruan anggaran 1kg didaratkan dengan selamat. Selesai sesi bergambar, haruan tersebut kami lepaskan semula ke habitatnya. Kejayaan itu mendorong rakan lain untuk merasai tarikan haruan Senggarang.
Sehinggakan ada yang sanggup meredah lebih jauh parit tersebut. Hasilnya, seorang lagi sahabat berjaya juga memperolehnya walaupun bersaiz bocet (kecil).
Jika tidak kerana hari semakin senja dan kami perlu pulang ke Gombak, mungkin seorang lagi sahabat atau saya sendiri turut sama dapat merasai karan haruan parit Senggarang.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...