Peel Perangai Perlu Dielak Ketika Trip Trekking

Share

 

Jika dibandingkan metod pancingan yang ada, pancingan di sungai pergunungan merupakan metod yang paling mencabar dan memenatkan. Lebih-lebih lagi jika perlu trekking berkilometer jauhnya merentas pergunungan, denai dan sungai.

 

Namun demi memperoleh strike ikan berstatus raja air tawar seperti kelah, segala cabaran dan rintangan yang terpaksa dilalui terasakan sangat berbaloi. Cuma ia boleh bertukar tragedi aka kumpau sekiranya korang melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan seperti ini:

 

Berkelah Sebelum Memancing Kelah

 

Bila dah sampai kat lubuk memancing korang terus raikan kejayaan mengharungi trekking yang memenatkan dengan mandi-manda dan bergembira di kawasan lubuk. Bila dah puas macam kat air terjun rekreasi, barulah bersedia untuk memancing. Memang cerahlah masa depan untuk kumpau sehingga balik. Ikan-ikan liar ni kalau terkejut dan ketakutan memang makan masa berhari-hari lamanya untuk kembali semula ke lubuk asal.

 

 

Sorang nak casting, sorang nak bottom

 

Perkara yang tak sepatutnya berlaku ini akan berlaku kalau kaki casting dan kaki bottom join bersama dalam satu trip. Maklum sajalah teknik memancing yang berbeza. Kaki bottom biasanya akan menyamar dan menyorok sehabis mungkin untuk mengendap kelah. Tau-tau datang kaki casting dengan bersahaja baling gewang ke spot yang sama. Silap-silap bukan saja akan kumpau bahkan akan berlaku insiden yang lebih buruk.

 

 

Sayang Nak Guna Umpan

 

Biasanya bermula dari rumah lagi, malas nak pikul sawit banyak-banyak. Bawak sawit bajet ngam-ngam untuk kegunaan sendiri saja. Kemudian bila nak trekking ke lubuk dari campsite pun bajet lagi. Sudahnya masa masa umpan habis dibuat rasuah dan umpan tapi ikan belum buka mulut.

 

 

Masalah peralatan!

 

Adakalanya kekili dan joran memang dah sempurna tetapi aksesori lain seperti mata kail, perambut dan batu ladung tertinggal, atau silap bawa yang tak bersesuaian. Untung-untung nasib dapatlah pinjam daripada rakan-rakan yang lain. Tetapi kalau rakan-rakan lain pun bawa alatan yang cukup untuk kegunaan sendiri saja, maka sendiri mau ingatlah apa akan jadi.

 

 

Semangat down!

 

Biasanya dalam kepala pemancing dah terbayang suana lubuk, ikan-ikan dan kejayaan yang akan dicapai sebelum hari trip lagi. Sebaliknya apabila tiba hari kejadian dan melihat lubuk tidak sebagaimana yang dibayangkan, semangat terus down. Belum start pancing pun dah patah semangat memang berkemungkinan besarlah akan pulang dalam kekumpauan.

 

 

Tidur tak ingat dunia!

 

Dua lokasi yang cukup seronok untuk tidur ialah di laut dan hutan. Susah nak komen bab tidur ni sebab memang ada pemancing yang tak boleh nak ubat tabiat suka tidur bila dah tiba di lokasi memancing. Kalau korang bersedia untuk kumpau atau langsung tak kisah kalau kumpau bolehlah membuta sepanjang waktu.

 

 

Published by
Amang