Patutlah Ramai Suka Makan Siakap. Ini Khasiatnya Untuk Korang

Share

 

Meskipun memiliki jenis yang berbeza, namun ikan siakap memiliki manfaat yang hampir sama. Kandungan gizi dalam ikan siakap dipercayai sangat bagus untuk memenuhi keperluan nutrisi harian tubuh.

Sebenarnya terdapat lebih dari 20 khasiat ikan siakap namun kami siarkan sebahagian saja daripadanya.

 

Menjaga Kesihatan Tulang

Tulang merupakan bagian tubuh yang sangat penting karena tulang memberikan postur tubuh. Untuk mencegah kerosakan tulang, dapat dilakukan dengan pengambilan kalsium yang cukup pada tulang.

Kalsium dapat diperoleh khususnya dari susu. Jika anda tidak terlalu suka dengan susu, pengambilan ikan siakap dapat dijadikan salah satu cara untuk mendapatkan kandungan kalsium.

 

 

Mengatasi Sakit Jantung

Penyakit jantung disebabkan oleh ketidakmampuan jantung dalam mengepam darah ke seluruh tubuh. Akibatnya, aliran darah akan terhenti dan juga seluruh sistem organ dalam tubuh manusia. Untuk mencegahnya, banyakkanlah pengambilan ikan siakap. Ikan siakap mampu membantu menguatkan jantung untuk mengepam darah keseluruh tubuh.

 

Menurunkan Hipertensi

Hipertensi terjadi disebabkan tekanan darah meningkat berpunca dari aliran darah tidak lancar. Selain dengan mengambil buah-buahan yang mengandungi banyak air, hipertensi dapat diatasi dengan pengambilan ikan siakap.

Secara umum, ikan siakap mampu melancarkan peredaran darah. Daging ikan siakap dipercayai mampu melancarkan sistem peredaran darah, menurunkan tekanan darah sehingga aliran darah stabil.

 

 

Mencegah Terjadinya Stroke

Ikan siakap dapat mencegah stroke dengan menghidupkan kembali sistem saraf. Ikan siakap dapat mengaktifkan saraf motorik yang gagal dengan membantu melancarkan peredaran darah. Ini kerana stroke berhubung kait dengan kegagalan saraf dan peredaran darah yang kurang lancar.

 

Mengatasi Masalah Batu Karang

Mengubati batu karang di dalam buah pinggang tidak hanya dapat dilakukan dengan pembedahan. Ia boleh dibantu dengan mengganti pola makanan.

Menggantikan pengambilan daging kepada kepada ikan siakap dapat mengatasi masalah ini. Kandungan dalam ikan siakap mampu menghancurkan batu karang yang akhirnya akan keluar bersama urin.

 

 

Menjaga Kesihatan Mata

Selain lobak merah, vitamin A juga terkandung dalam ikan siakap. Vitamin A dalam ikan siakap dapat mencegah kerosakan mata dan menjaga kesihatan mata agar tetap jernih. Tidak hanya menjernihkan penglihatan, vitamin A pada ikan siakap juga dapat membantu bola mata terlihat segar dan bersih.

 

Menurunkan Kadar Lemak Dalam Tubuh

Kandungan lain dalam ikan siakap mampu menurunkan kadar lemak berlebih pada tubuh. Lemak dalam tubuh akan dihancurkan oleh kandungan zat dalam ikan siakap. Untuk menurunkan berat badan disarankan juga menggantikan pengambilan daging dengan ikan siakap.

 

 

Meningkatkan Metabolisme Tubuh

Ikan siakap memiliki kandungan mineral kalium yang cukup tinggi, dan dapat memenuhi keperluan kalium harian tubuh.

Kalium merupakan sejenis mineral ini sangat diperlukan untuk metabolisme tubuh. Kalium dalam ikan siakap dapat membantu mengaktifkan pelbagai enzim dalam tubuh untuk metabolisme tenaga.

 

Melindungi Tubuh Dari Jangkitan

Tubuh akan mudah diserang infeksi atau jangkitan kerana adanya kontak dengan lingkungan dan makanan yang diambil. Antibodi yang dihasilkan oleh sel darah putih ini sebenarnya dapat mencegah terjadinya infeksi pada tubuh. Untuk membantu sel darah putih bagi mencegah terjadinya infeksi, pengambilan ikan siakap dengan rutin adalah caranya.

 

 

Memperbaiki Sel Kulit Yang Rosak

Kulit akan mengalami kerosakan apabila nutrisi untuk kulit tidak terpenuhi. Apabila sel kulit rosak, maka akan terjadi pelbagai masalah kulit. Menggunakan losyen dan krim kulit dapat membantu penjagaan kulit. Selain itu, pengambilan ikan siakap juga akan membantu memperbaiki kerosakan sel kulit dari dalam.

Kandungan dalam ikan siakap dapat membantu mengembalikan sel kulit menjadi normal kembali seperti sebelum terjadi kerosakan pada kulit.

 

Membantu Melancarkan Pencernaan

Ikan siakap juga dapat mengatasi masalah pencernaan. Apabila penyerapan sari makanan terganggu, maka bekalan nutrisi pada organ lain juga akan terganggu. Oleh karena itu, kandungan nutrisi dalam ikan siakap mampu membantu mengatasi masalah pada sistem pencernaan dan melancarkan kerja sistem pencernaan, sehingga penyerapan sari makanan dapat berjalan dengan baik.

 

 

Mengatasi Diabetes

Untuk mengembalikan produksi insulin oleh pankreas, seseorang perlu mengambil ikan siakap secara rutin. Terutamanya ikan siakap merah kerana memiliki kandungan yang dapat membantu mengawal produksi hormon insulin. Hal ini dapat menghindari kekurangan produksi hormon insulin, yang  menyebabkan diabetes.

 

Mempercepatkan Penyembuhan Pasca Pembedahan

Ikan siakap menjadi salah satu makanan yang dapat mengembalikan kekuatan bagi pesakit pasca pembedahan. Kandungan gizi dalam ikan siakap tidak hanya menguatkan tubuh, akan tetapi  juga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan pesakit pasca operasi.

Published by
Amang