Untuk memancing ikan-ikan sasaran sebagaimana yang dinyatakan, saya mencadangkan anda gunakan perambut dari jenis fluorocarbon berkuatan 30lb sepanjang 1 hingga 1.5 depa dan mata kail saiz 1/0- 2/0.
Umpan pula saya lebih sarankan udang hidup dan juga perumpun.
Namun, untuk memancing sasaran utama muara seperti siakap, saya menggalakan anda guna perambut dupont 30lb sepanjang satu depa dengan mata kail 2/0.
Umpan pula udang hidup atau ikan hidup. Sekiranya menggunakan umpan ikan hidup, sebaiknya ikan itu dicangkuk pada bahagian tengkuk ikan.
Sekiranya menggunakan udang hidup pula, cangkuklah pada bahagian ekor. Dan jika ingin menggunakan umpan ikan tamban segar, sebaiknya potonglah bahagian sirip ekor dan cangkuklah pada bahagian batang ekor.
Perambut dupont sangat sesuai untuk pancingan siakap kerana profil permukaan perambut itu keras dan kuat tanpa perlu menggunakan perambut dawai atau wayar.
Berbanding perambut fluorocarbon pula ia lebih elastik yang membolehkan umpan hidup bergerak lebih bebas dan tahan lama.
Kalau untuk pancingan semasa air berarus pula, amat disyorkan menggunakan teknik langsung tanpa pelampung. Sekiranya tiada arus barulah gunakan pelampung.
Namun, jika anda rajin bolehlah gunakan teknik casting. Teknik casting sebenarnya lebih mencabar dan menyeronokan bagi pancingan siakap.
Kebanyakan orang melihat unggun api digunakan untuk memasak, memanaskan air dan sebagai pencahayaan. Seeloknya, sediakan kayu api yang mencukupi untuk sepanjang malam dan jangan biarkan unggun api terpadam sehingga terbitnya fajar. Andai terdapat ahli kumpulan seramai 4 orang, pastikan terdapat 4 batang kayu yang berbara. Ia boleh dijadikan sebagai senjata andai harimau, beruang atau gajah datang melawat.
Kawasan Lain Dari Lain
Apabila melalui sesuatu kawasan, haruslah kita peka dengan keadaan sekeliling. Jika kita melalui sesuatu kawasan yang menghijau rumputnya tetapi terdapat sekelompok kawasan yang rumputnya sudah mati, elakkan melalui kawasan tersebut.
Kebiasaannya, kawasan tersebut merupakan tempat untuk orang asli membuang bisa. Bisa hutan ini bermacam, tidak kira yang nampak atau tidak nampak. Jika kita melalui kawasan lapang pula yang seakan dibersihkan, jangan melalui kawasan tersebut ataupun mengotorkan tempat itu.
Taman Permainan Bunian
Orang tua selalu berpesan, “Jangan digayut akar berjuntai, nanti ada teman mengintai”. Nampak menarik bila kita ternampak akar pokok yang berjuntai seperti dalam filem Tarzan tu.
Tetapi harus diingat, kebiasaannya ia adalah tempat jin bermain. Salah satu tempat bermain dan bergayut bagi makhluk jin adalah akar yang berjuntai. Apa jadi apabila tempat permainan kita diganggu orang luar? Pasti akan timbul rasa tidak puas hati.
Bau-Bauan Semerbak
Hutan bukanlah tempat untuk kita membeli belah atau bergaya. Hutan adalah tempat di mana penghuninya mempunyai seribu ragam. Ada haiwan yang alah pada wangian, ada juga yang tertarik pada wangian. Deria bau yang ada pada haiwan sangatlah hebat.
Bukan seperti manusia, hanya mampu mengesan bau beberapa meter sahaja. Kebanyakan haiwan mampu mengesan bau berkilometer jauhnya. Andai wangian tersebut menarik haiwan yang tidak berbahaya, anda bernasib baik.
Tapak Kaki Binatang
Harus diingat, pemangsa utama rusa adalah harimau. Selalunya apabila ada rusa, dibelakangnya harimau mengikut. Apabila ternampak kaki rusa atau kelibatnya, jangan berasa seronok dapat melihat rusa sebesar kereta kancil. Kemungkinan besar sang belang menanti di belakang. Silap-silap rusa ditinggalkan, anda yang dia tunggu.
Nama Panggilan
Sepanjang berada di dalam hutan, kurangkan menyebut nama haiwan secara terus. Contohnya gajah, boleh dipanggil Paklong. Seperti ketika zaman sekolah, ada panggilan tertentu kepada rakan-rakan yang hendak dikutuk tanpa dia tahu. Sama juga apabila berada di dalam hutan.
Jika berjalan secara berkumpulan, jangan suka menjerit ataupun memanggil nama kawan.Takut-takut ada benda lain yang menyahut. Benda ini banyak kali terjadi pada pendaki ataupun kaki pancing.
Lebihan Makanan
Apabila memasak, pastikan kuantitinya sesuai dengan kehendak perut anda. Jangan ada sisa makanan yang ditinggalkan ataupun lebihan makanan yang tidak dimakan. Kebanyakan haiwan amat peka pada bau makanan. Sama juga bagi haiwan seperti beruang, harimau dan lain-lain. Jangan terkejut ketika tidur, khemah anda diselongkar beruang ataupun gajah.
Peka Bunyi Hutan
Kadangkala ada rakan mengeluh kerana bunyi cengkerik dan berbagai lagi yang didengari ketika mereka tidur di khemah. Itu adalah normal. Yang tidak normalnya apabila keadaan sekeliling menjadi sunyi sehingga dengkuran tidur rakan anda yang menyakitkan telinga. Apabila keadaan menjadi sunyi secara tiba-tiba, itu menandakan terdapat haiwan yang besar sedang memerhati kita. Andai ada bahan letupan seperti mercun, bakarlah mercun tersebut. Sekurang-kurangnya ia dapat menghalang haiwan liar daripada mendekati kita.
Umang-umang juga terbukti sebagai umpan yang mampu menjerat gemang.
Untuk menggunakan umpan ini, umang-umang haruslah dikeluarkan daripada cengkerang dan menggunakan bahagian punggungnya sahaja untuk dicangkuk pada mata kail.
KERANG
Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang.
Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.
MENTARANG
Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain, mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat gemang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.
SEPAHAT/PEPAHAT
Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang.
Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkukkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.
KUPANG
Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang.
Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang.
Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang.
BELANGKAS
Telur belangkas boleh dikatakan antara umpan yang terbaik untuk memburu sembilang.
Untuk menggunakan umpan ini, kebiasaannya pemancing akan mengepal telur belangkas pada mata kail dan melakukan lontaran ke kawasan yang berpotensi.
Mungkin faktor hanyir pada telur belangkas ini yang sering menarik perhatian sembilang untuk menyambar umpan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...