Pari Bakar Air Asam Mantul

Share

 

Ikan pari, antara spesies yang berharga buat kaki pancing. Meskipun ia agak sukar, bagi yang tidak biasa memproses dan menyiangnya, tetapi apabila sudah siap, maka terbayanglah pelbagai jenis hidangan yang boleh dilakukan.

Antaranya bakar, asam pedas, goreng dan sebagainya. Paling ringkas dan membuka selera, sudah tentulah dibakar sambil di cicah dengan air asam. Pehh…Memang terliur habis!

 

BAHAN-BAHAN:

1 @ 2 keping ikan pari

250 ml air

120 gm cili kering yang telah dikisar

3 helai daun limau purut | dihiris halus

1 helai daun kunyit | dihiris halus

3 ulas bawang putih | kisar halus

2 biji bawang besar | dikisar

2 cm belacan | dikisar

1 helai daun pisang

Garam dan gula secukup rasa

 

Air Asam

Sediakan 6 tangkai cili padi, air asam jawa, 2 sudu dibancuh dengan ½ cawan air. Sedikit belacan (dibakar terlebih dahulu), sedikit gula dan garam. Blend @ bancuh. Potong dadu bawang besar, tomato @ racik mangga muda.

 

 

Cara memasak:

 

Ikan pari yang telah dipotong, dibersihkan.

Bagi menghilangkan bau hanyir, lumurkan ikan berkenaan dengan asam jawa. Basuh dan toskan.

Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.

Kemudian masukkan air bersama dengan daun kunyit dan daun limau purut. Kacau selalu jangan sampai kering.

Perisakan ikan pari dengan garam dan gula secukup rasa.

Apabila kuah hampir pekat, lumurkan ikan dengan kuah tersebut.

Balut ikan dengan daun pisang dan bakar sehingga masa dan hidang.

 

Published by
Amang