Pantang Larang Ketika Memancing *

Share

Kaki pancing memang banyak pantang larang tersendiri. Sama ada ia pantang larang tersebut diwarisi turun temurun atau melalui pengetahuan sendiri melalui pengalaman. Walaupun ada pantang larang yang macam bagus, ada baik juga kita kaji agar tidak jauh terpesong.

 

JANGAN BUANG PUNTUNG ROKOK DALAM SUNGAI… TAKUT BUAYA MENGAMUK.

(Admin rasa pantang larang ini memang patut diamalkan walaupun tak nampak unsur logik di situ. Apa yang tersirat sebenarnya nak mendidik pemancing jangan buang sampah ke sungai).

 

JANGAN LANGKAH JORAN… NANTI KUMPAU!

(Admin percaya masih ramai yang berpegang pada pantang larang mengarut ni. Apa pun memang tak bagus langkah joran apatah lagi joran member yang mahal harganya. Buatnya terpijak, tak ke termenung nak bayar ganti).

 

JANGAN TEGUR KALAU TERNAMPAK BENDA-BENDA PELIK KETIKA MEMANCING

(Yang ni admin setuju sangat la… hahaha. Kalau terhidu benda wangi atau nampak api terbang ke bunyi mengilai ke… diam-diam sudah. Kalau tak tahan, cabut je jangan cakap banyak).

 

JANGAN BASUH TANGAN KAT DALAM AIR TEMPAT MEMANCING

(Admin rasa kena tengok tempat jugalah. Kalau memancing kat kolam, takkan tak boleh basuh tangan guna air kolam tu. Kalau memancing kat parit yang airnya macam longkang, admin pun tak nak basuh tangan).

 

JANGAN POTONG TALI PANCING GUNA GIGI

(Admin rasa pantang larang ni direka oleh pemancing yang kerjayanya ialah doktor gigi kerana sebab kenapa tak boleh potong tali pancing dengan gigi tak dinyatakan. Dari aspek kesihatan memang tak bagus gigit tali pancing ni apatah lagi kalau gigit tali sulam).

Published by
Amang