Bagi memastikan tangkapan yang berpanjangan, ada pemancing membawa pelbagai jenis umpan seperti pumpun (pumpun sarung, pumpun pasir atau ruat bakau), udang segar, ikan kembung atau selayang, roti untuk pancingan spesies tamok dan sebagainya.

 

Bagi pemancing yang hardcore, mereka sanggup berabis modal utk membawa umpan hidup, seperti udang hidup, ikan mas, cengkerik dan sebagainya bagi mendapatkan spesies-spesies tertentu (kebiasaannya umpan begini mendatangkan hasil yang lumayan).

 

Panduan Utama Memancing Di Bangunan Atas Air!!

 

KEADAAN PASANG SURUT AIR

 

Sebaiknya pilih waktu arus bergerak kerana jika air tak berarus, pemancing tak rasai getaran getuan ikan, tiba-tiba umpan abis.

Carilah keadaan air yg berarus, kerana arus pasang surut air bergantung kepada aktif ikan lalu lalang atau juga yang menjadi penghuni tetap unjam dan tukun buatan di persekitaran kelong atau rakit.

 

Panduan Utama Memancing Di Bangunan Atas Air!!

 

MATA KAIL

 

Jangan menggunakan mata kail terlalu besar kerana target ikan yang besar-besar. Jika mendapat ikan mega boleh dikatakan sebagai bonus kepada pemancing.

Cukuplah sekadar menggunakan matakail kecil jenis carbon saiz 4 hingga 8, kerana jenis carbon matanya tajam mudah lekat ke mulut ikan serta kuat tidak meluruskan mata kail jika ikan besar ragut.

 

Ads

Panduan Utama Memancing Di Bangunan Atas Air!!

 

PERAMBUT

 

Penggunaan perambut 2 mata kail atas bawah lebih efektif digunakan.

Tak perlu perambut panjang panjang seperti memancing di laut dalam. Cukup sekadar sejengkal lebih sahaja. Perambut ni sesuai untuk semua keadaan arus.

Perambut 2 matakail ni, pemancing boleh buat sendiri dan lebih efektif kekuatannya dan menjimatkan.

 

Panduan Utama Memancing Di Bangunan Atas Air!!

 

BATU LADUNG

 

Perambut 2 mata kail disepadankan dengan batu ladung mati, ikut kesesuaian keadaan air.

Ads

Sementara batu ladung hidup pula sesuai utk keadaan air berarus sederhana iaitu utk umpan hidup,atau air pasang besar.

 

TALI UTAMA:

 

Penggunaan tali utama cukup sekadar 15lb hingga 30lb atau tali sulam mengikut kekuatan yg dikehendaki.

Kerana jika spesies spt tamok, di mana ia begitu sensitif dengan ketebalan tali, semakin halus tali tu semakin cerah untuk mendaratkan spesies tersebut.

 

Panduan Utama Memancing Di Bangunan Atas Air!!

 

IKATAN:

 

Pelajarilah teknik ikatan yang betul kerana ikatan memainkan peranan bagi pendaratan ikan.

Ads

Jangan pula nanti joran melengkung, loceng berbunyi dan drag menjerit,..baru pertengahan pertarungan sudah tewas!

Disebabkan terlucut simpulan, ikatan yang tak kemas. Pasti berputih mata, tepuk dahi dan tak tidur malam dibuatnya akibat kekesalan.

 

SABIKI @ APOLLO

 

Kebiasaannya jika air besar spesies tamban, selar, talang dan gelama banyak di sekitar rakit atau kelong. Penggunaan Apollo bersaiz 9-11 harus sentiasa tersimpan dalam tool box.

Satu joran pasang apollo letak umpan udang kopek yang dipotong kecil. InsyaAllah penuhlah tong ais tu nanti.

 

Panduan Utama Memancing Di Bangunan Atas Air!!

 

KESELAMATAN

 

Sebagai peringatan bersama pastikan keselamatan diri semasa di atas rakit dan kelong. Kekili pula pula usah ketatkan drag biar release. Andai ikan besar yang menyambar umpan, boleh terbang joran dibuatnya.

Dah banyak kali juga di kelong atau rumah rakit para pemancing kehilangan joran gara-gara joran terbang ke laut akibat tidak mengikat joran.

(Sumber: Zulkifflee Hussin)

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI