Ramai yang teruja saat kali pertama membeli kamera, ada juga yang lagak bergaya seolah tahu segalanya mengenai kamera hanya bermodalkan menonton Youtube dan tidak kurang juga  benar-benar mengambil inisiatif belajar kamera dengan jurufoto profesional.

 

Walau apa jua diri anda sekalipun, tahniah diucapkan kerana minat merakam gambar menggunakan mesin berat seperti ini. Walaupun anda menggunakan telefon sahaja, tapi tip penjagaan kamera semuanya sama fungsi seperti kamera DSLR yang lain.

 

Panduan Terbaik Menggunakan Kamera DSLR Untuk Newbie

 

Kali ini sebelum anda turun ke laut bersiap dengan joran masing-masing, pastikan beg kamera digalas rapi dan sentiasa semak dan kemaskini kamera anda supaya tidak berlaku kerosakan nanti.

 

Mode Auto

 

Mode auto selalunya akan memberi info yang tepat ketika menggunakan kamera seperti shutter speed, aperture, ISO, white balance, focus dan flash. Penggunaan mode auto lebih memudahkan jurufoto untu merakam gambar di saat genting seperti pergerakan ikan yang terlalu cepat.

 

Panduan Terbaik Menggunakan Kamera DSLR Untuk Newbie

Ads

 

Asas White Balance

 

Salah satu masalah kepada juru gambar untuk menetapkan white balance ketika mengambil gambar. Kita biasanya tidak akan perasan perbezaan warna dengan mata kasar kecuali suhu cahaya tersebut terlalu tinggi seperti matahari terik. Anda boleh menggunakan setting white balance untuk memilih suhu cahaya terbaik untuk hasil yang cantik.

 

Cara Memegang Kamera 

 

Ramai yang baru pertama kali membeli kamera dslr akan menyangkakan teknik ini mudah dan tidak perlu dipelajari. Hakikatnya, teknik ini adalah paling penting dalam memberi impak dan kualiti yang berbeza ketika penghasilan gambar nanti.

 

Ads

Panduan Terbaik Menggunakan Kamera DSLR Untuk Newbie

 

Cara yang terbaik sebelum menekan butang kamera ialah tarik nafas, tahan selama 5 saat dan lepaskan. Tetapi ada juga jurufoto tidak mengendahkan perkara sebegini. Tip ini paling sesuai sekiranya anda tidak membawa tripod bagi mengelakkan gambar jadi blur.

 

Panduan Terbaik Menggunakan Kamera DSLR Untuk Newbie

 

Gambar Kabur

 

Ads

Kesalahan mengambil gambar sebegini memang paling kerap dilalui setiap jurufoto. Antara yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah kurang fokus pada imej, subjek terlalu dekat dengan lensa, salah guna aperture, gambar terhasil menjadi terlalu ‘noise’ dan sebagainya.

 

Selain itu, pergerakan subjek yang terlalu cepat juga akan menyebabkan kesukaran mengambil gambar yang lebih jelas. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan tripod dan set shutter speed yang betul bagi mengelakkan masalah berulang.

 

Panduan Terbaik Menggunakan Kamera DSLR Untuk Newbie

 

Guna Flash

 

Sama ada menggunakan speedlite atau built-in flash, kebanyakan ada pro dan kontranya. Sewaktu menggunakan built-in flash terutamanya di tempat gelap, pasti ramai akan merungut kerana gambar terlalu terang di bahagian depan, latar belakang menjadi gelap.

 

Akan tetapi sekiranya anda imbangkan dengan guna ISO yang bersesuaian seperti ISO 800 atau 1600. Walaupun akan wujud noise dalam gambar, akan tetapi ia lebih baik daripada menggunakan ISO 100.

 

Panduan Terbaik Menggunakan Kamera DSLR Untuk Newbie

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI