Sistem Penyejuk Enjin
Terdapat pertanyaan kenapa enjin panas dan mati tiba-tiba? Setiap enjin sama ada 2 lejang, 4 lejang ataupun inboard ia direka menggunakan sistem cooling untuk menyejukkan enjin seperti kenderaan yang berada di jalan raya.
Cuma bezanya sebesar mana sungai, laut, tasik atau di mana jua perairan sebesar itulah radiatornya. Water pump akan menyedut air melalui satu saluran di bahagian gear box terus kepada aluran penyejuk enjin dan membuangnya semula.
Apabila saluran water pump ini tersumbat atau getah pump telah haus, enjin akan menjadi panas dan akan mati tiba-tiba kerana overheating.
Cara bagi memastikan water pump berfungsi dengan bagi adalah dengan cara melihat salur air keluar dari salur water pump.
Sekiranya pancutan air tersebut kuat makanya seluruh sistemnya dalam keadaan baik namun sekiranya air hanya meleleh atau tidak keluar langsung mungkin ada sesuatu yang menyekat saluran water pump tersebut.
Jika ia terjadi semasa baru menurunkan enjin maka periksa salur masuk air sama ada halangan yang menutupi alurnya.
Tiup atau sedut salur air dari paip water pump keluar untuk membuang bahan tumpangan’ yang mudah membuat sarang di salur tersebut.
Ia sangat sensitif walaupun hanya sebutir pasir yang menyekatnya namun ia akan memberi impak yang besar dan boleh menjadikan enjin tersebut jammed!
Sekiranya tiada tanda-tanda water pump dapat mengalirkan air bermakna getah pump telah haus atau rosak.
Caranya mungkin agak rumit namun sekiranya anda mempunyai peralatan yang lengkap anda boleh menukarnya sendiri tanpa menghantar ke bengkel
Enjin Bot.
Buka skru gear box dan tukarkan getah tersebut dengan getah water pump baru. Rujuk buku manual enjin untuk mendapatkan kod alat ganti dan alat ganti boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual Enjin Bot.
Sila pastikan getah tersebut di pasang secara betul bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik
Enjin bergegar.
Terdapat pelbagai faktor menjadikan enjin bergegar semasa ia dalam keadaan berjalan. Ia mungkin di sebabkan shaft utama yang memusingkan propeller telah bengkok ataupun
propeller itu sendiri yang telah sumbing atau pecah akibat menghentam batu, tunggul ataupun karang.
Ini biasa berlaku bagi enjin yang telah berusia. Pemeriksaan rapi perlu dibuat terhadap shaft utama dari kotak enjin kepada kotak gear box.
Semasa gear dimasukkan shaft akan memusingkan propeller seterusnya seluruh badan enjin akan bergegar akibat daripada shaft yang bengkok. Ia perlu ditukar segera bagi memastikan enjin bergerak lancar.
Ketatkan sedikit kepala stering enjin bagi mengukuhkan pemanduan dan enjin dapat kekal dalam laluannya.
Propeller atau kipas merupakan elemen penting penggerak sampan. Terdapat pelbagai saiz mengikut model yang ada di pasaran. Sekiranya ia sumbing atau bengkok ia juga boleh menjadi faktor enjin bergegar.
Apa yang saya perhatikan sampan yang membawa pemancing ke Hulu Tembeling akan membawa alat ganti propeller ini setiap kali menghantar pemancing.
Ini kerana setiap kali kipas menghentam batu atau kayu maka ia akan rosak dan sampan tidak dapat meluncur membelah arus dengan baik.