Panduan Penting Sebelum Meninggalkan Rumah Untuk Balik Raya

Share

 

Beraya di kampung bersama sanak saudara adalah satu kenangan yang paling indah.

Namun kenangan manis itu tidak akan tercipta sekiranya fikiran asyik memikirkan keselamatan kediaman yang ditinggalkan. Oleh yang demikian, lakukanlah perkara ini dan periksa berulang kali sebelum pulang beraya.

 

Cabut plug elektrik

Pastikan semua plug eletrik dan dicabut dari soket (kecuali peti ais) bagi mengelakkan berlakunya litar pintas semasa anda tiada di rumah.

Kalau anda penggemar ikan hiasan, jangan pula dimatikan suiz pam dan pastikan juga alat pelepasan makanan ikan berfungsi dengan baik.

 

 

Sedikit tip; letakkan wang syiling di atas ais dalam peti ais anda. Sekiranya anda balik dari bercuti kira-kira seminggu kemudian dan dapati syiling berada di bahagian bawah ais, ia

memberi makna pernah berlaku ganggung bekalan elektrik untuk tempoh yang agak panjang.

Ia memberi makna barang-barang makanan di dalam peti ais sudah tidak selamat untuk dimakan.

 

Cabut kepala tong gas

Pastikan kepala gas ditanggalkan dari tong gas. Ia adalah perkara yang mesti dilakukan. Pergi lakukan sekarang jika belum melakukannya lagi.

Kita tidak dapat memastikan akan berlaku kebocoran atau tidak. Jadi, jangan perjudikan nasib kediaman anda dalam bahaya.

 

Tutup kepala paip air

Periksa dan tutup semua kepala paip air (lagi bagus tutup paip utama pada meter). Ia dapat mengelakkan insiden banjir di dalam rumah sekiranya berlaku kebocoran.

Ia lebih bernasib malang kerana terpaksa membersihkan rumah dan kemudian membayar bil yang pastinya akan melambung.

 

Keselamatan haiwan peliharaan

Hantar haiwan peliharaan ana ke pet hotel atau tumpangkan di bawah penjagaan kejiranan anda.

Jangan sesekali tinggalkan mereka sendirian di rumah dan ia tiada akses untuk keluar masuk dari rumah. Atau bawa sekali mereka beraya bersama di kampung halaman.

 

Keselamatan kawasan rumah

Pastikan kesemua akses ke rumah anda dikunci dengan sempurna. Jika perlu, nyalakan satu lampu di dalam rumah bagi mengurangkan risiko rumah anda dimasuki perompak semasa ketiadaan anda di rumah.

Sekurang-kurangnya rumah anda kelihatan berpenghuni pada malam hari.

 

Keselamatan barangan pancing

Jika barangan pancing merupakan barangan paling berharga di rumah anda, pastikan ia disimpan di dalam bilik yang tidak dapat di lihat dari luar rumah.

Sesungguhnya kumpau akibat ketiadaan peralatan pancing untuk memancing lebih pedih dari kumpau ketika memancing.

 

Published by
Amang