Wajib ada set bangla (joran dan kekili elektrik) yang dua tiga lebih mahal harganya dari kos trip. Anggaran set bangla yang paling murah pun tidak kurang dari RM2,000. Set pancing manual tidak sesuai untuk digunakan dalam trip memancing yang memakan masa 4-5 hari.
Set lain perlu ada ialah set untuk jigging. Set jigging yang berkualiti tinggi amat penting kerana kawasan pelantar minyak merupakan lubuk ikan-ikan monster. Sekurang-kurang pun anda akan hangus RM1500-RM2000.
Ads
Untuk dua set pancing bottom dan jigging memerlukan dua jenis tali sulam yang berlainan kuasa. Untuk memasukkan tali ke dalam kedua-dua spool ini anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM300 lagi.
Ads
Selain itu perambut 60-100lb perlu disediakan dalam kuota yang mencukupi. Jig, popper, split ring, mata kail, batu ladung, fighting belt. Lain-lain perbelanjaan seperti kos perjalanan, ais, makan minum, semuanya memerlukan belanja yang bukan sedikit.
Perlu buat persiapan rapi. Jika pergi dengan peralatan tidak sesuai dan ala kadar, ada baiknya tidak payah pergi kerana mungkin anda akan buang duit, letih badan dan rugi masa.
Ads
Stamina dan kesihatan badan juga perlu dijaga. Elakkan demam sakit sebelum bertolak. Bagi kaki jigging mereka ada kalanya bersenam di gym untuk membentuk ketahanan otot tangan, kaki dan badan.
Biasanya, ramai yang tidak mementing soal ini sehinggalah merasai dan menyaksikan kekuatan tarikan ganas ikan-ikan mega di pelantar minyak. Ramai yang mengakui lain kali perlu lebih persediaan peralatan yang lebih baik termasuklah teknik ikatan pada popper dan shock leader yang lebih kemas. Lain kali sebelum datang, masuk gym dulu!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Gewang diistilahkan sebagai umpan tiruan yang diperbuat dari kayu, logam, plastik, bulu binatang atau bulu unggas, benang, kain, getah dan lain lain yang bertujuan untuk mensimulasi dan menggalakkan ikan menyambar untuk makan atau pun untuk mempertahankan diri.
Di bawah badan, di bahagian ekor atau yang tersembunyi terdapat mata kail untuk menjerat mulut ikan. Ia dicipta bagi ikan tidak mampu menahan godaan atau sekurang-kurangnya secara mental. Ikan menyambar gewang dengan sebab ia lapar, marah, cemburu, menjaga anak-anaknya atau menjaga wilayahnya.
Oleh itu kebanyakan gewang yang dicipta mengambil bentuk ikan atau silauan ikan atau pergerakan sebagai nilai utama penciptaannya. Terdapat berbagai jenis gewang di pasaran yang dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu:
SPINNERBAIT
Mempunyai satu atau dua blade atau kipas yang berputar sekeliling wire shaft. Setengah spinner mempunyai ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau plastik lembut (soft plastic).
PLUG
Plug mempunyai badan yang diperbuat dari kayu atau plastik dan dicipta untuk digunakan di permukaan air atau dibawah permukaan air. Topwater atau plug timbul dicipta untuk timbul dipermukaan air sementara plug menyelam dicipta untuk menyelam ke kedalaman yang dikehendaki dengan adanya bibir atau lips yang diperbuat dari plastik atau logam.
SPOON
Spoon adalah gewang yang diperbuat dari logam dan menyerupai anak ikan atau ikan yang bergerak.
JIGGING LURE
Jig mempunyai pemberat pada badannya atau mempunyai kepala logam yang berat dengan ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau bulu ayam, soft plastic, getah atau benang.
FLY
Fly adalah gewang kecil yang ringan dan diperbuat dari bulu binatang atau ayam, benang dan cork atau cebisan kayu dan plastik yang menyerupai umpan hidup seperti serangga, ikan, udang dan ketam.
SOFT PLASTIC
Gewang soft plastic diperbuat dari sejenis plastik yang lembut dan menyerupai umpan semula jadi seperti cacing, ulat, ikan, udang, lintah, dan lain lain. Penggunaan umpan dari jenis ini boleh digunakan begitu sahaja atau dengan penggunaan mata kail jari jenis jig head. Umpan dari jenis ini juga ada mempunyai bau-bauan yang disemadikan bersamanya.
Adalah satu kerugian besar jika korang ke Tasik Kenyir tetapi tidak melakukan aktiviti memancing. Ini sebabnya kenapa korang harus memancing.
Pelbagai Ikan sasaran
Sebelum pergi, sasarkan dulu, apa yang anda ingin pancing atau kunjungan anda lebih kepada santai. Jika ingin casting dan seronok mencari sebarau, pilihan terbaik datangla ketika awal musim tengkujuh (November-Januari). Jika ingin mencari kelah, tengas dan ikan-ikan lain, datanglah ketika musim panas (Mac-September).
Geng Mancing
Majoriti mereka yang berkunjung ke sini biasanya adalah secara grup di antara 10-20 orang. Bagi kaki pancing yang teringin hendak ke sini, tetapi tidak ada geng jangan risau kerana permintaan untuk memenuhkan trip sentiasa sahaja ada.
Caranya rajin-rajinlah menjengah grup Whatsapp atau Facebook kerana biasanya akan ada trip memancing yang dianjurkan oleh individu tertentu dan anda boleh turut serta dan menyelit dalam trip tersebut. Secara tidak langsung anda akan mendapat kawan baru.
Jangan lupa kamera
Adalah amat tidak bermakna, jika kunjungan anda, lebih-lebih lagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini, tidak membawa sebarang jenis kamera. Bagaimanakah anda mahu berkongsi momen anda datang ke sini dengan rakan-rakan jika tiada rakaman yang anda telah pun berjaya menaikkan ikan kelah 4 kg atau sebarau 2 kg? Jadi jangan lupa senaraikan kamera dalam list perancangan anda.
Berkumpul di jeti mana?
Untuk memasuki dan memancing di Tasik Kenyir hanya ada dua sahaja pintu masuk iaitu Jeti Jenagor (pintu masuk stesen TNB) di Kuala Berang dan juga Pengkalan Gawi. Rujuk dengan tekong dan ahli trip yang lain di manakah semua ahli akan berkumpul. Namun kini Pengkalan Gawi merupakan pintu masuk utama.
Waktu bertolak dan balik
Tiada waktu khusus untuk anda tiba di Pengkalan Gawi kerana ia dibuka 24 jam. Lazimnya boathouse akan bertolak dari jeti seawal 8.00 pagi. Oleh yang demikian peserta harus bertolak pada malam hari dan akan tiba di bandar Kuala Berang sekitar jam 6 pagi untuk solat subuh, sarapan dan membeli barang keperluan seperti bekalan ais dan sebagainya.
Waktu keluar dari Tasik Kenyir pula bergantung kepada perbincangan dengan pengusaha boathouse. Namun untuk tujuan keselamatan (ancaman angin lintang pada waktu petang), lazimnya boathouse akan bertolak keluar pada waktu pagi dan tiba di jeti sekitar jam 1-3 petang.
Teknik pancingan
Di Tasik Kenyir anda bebas untuk melakukan teknik apa sahaja. Kaedah pancingan dasar biasanya dari atas boathouse atau landbase di sasarkan untuk ikan kelah, toman, baung, belida. Manakala penggunaan speedboat perlu jika ingin meneroka ke lubuk-lubuk terpencil bagi mendapatkan sebarau dan toman.
Jika ramai kaki casting dalam sesebuah boathouse, bilangan speedboat akan ditambah (caj tambahan akan dikenakan) atau juga, kaki pancing boleh bawa sendiri speedboat.
Berapa banyak rod dan kekili nak dibawa? Jika menaiki boathouse, terpulang kepada anda ingin membawa seberapa banyak batang joran dan koleksi gewang selagi anda larat bawa. Selain casting, aplikasi trolling juga boleh dipraktikkan jika mahu menduga siakap Tasik Kenyir.
Untuk pancingan dasar, sebelum trip berlangsung anda boleh minta tekong sediakan umpan kelapa sawit, palet dan anak ikan. Biasanya ia telah termasuk di dalam kos memancing. Sebagai tambahan, anda boleh membawa sendiri umpan seperti anak keli, ikan kap untuk pancingan toman dan baung bersaiz gadang.
Aktiviti casting atau mengilat di kawasan pulau bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia memancing kita. Pulau Sembilan di Perak contohnya pernah menjadi padang pancing yang bagi kaki mengilat melampiaskan ketagihan aktiviti ini. Malah sehingga kini Pulau Sembilan masih lagi menjadi lokasi pilihan.
Walaubagaimana pun kepada yang belum pernah mencuba teknik ini, berikut disediakan beberapa tip atau panduan untuk anda mencapai kepuasan maksima ketika mengilat.
Sebaiknya gunalah peralatan ringan atau sederhana kerana ini boleh memberikan kepuasan kepada anda ketika bertarung. Untuk kepuasan yang berlebihan boleh juga gunakan set ultra ringan namun ia lebih bersesuaian sekiranya anda mengilat bersama-sama rakan penggemar aksi ulra ringan. Walaupun tepian pulau bukan bermakna ikan-ikan kecil saja yang ada, kadang-kadang GT bagak pun ada datang meronda.
Joran berkuatan 10-20 lb atau PE 0.5-1.2 amat sesuai untuk melayan ikan-ikan gerepoh juvana atau talang remaja. Malah jika terkena ikan yang agak besar ia masih mampu bertahan dan peratus untuk mendaratkan ikan masih ada.
Sekiranya gewang disambar ikan besar, kawalan joran yang sempurna amatlah penting bagi mengelak kejadian putus terpaksa. Pastikan joran sentiasa diangkat tinggi bagi mengekang ikan membenam masuk ke kawasan berbatu yang boleh menyebabkan tali utama atau perambut bergesel dan putus.
Bagi mengatasi rintangan batu dan karang yang besar dan tajam, sebaiknya gunalah tali sulam berbanding tali mono (tangsi). Tali sulam berketahanan 15-25 lb adalah disarankan bersama perambut atau leader fluorocarbon 20-30lb.
Kawasan tepian pulau lazimnya didiami oleh pelbagai spesies, jadi gewang yang digunakan juga perlu dipelbagaikan. Untuk menjerat ikan-ikan yang mendiami kawasan yang lebih dalam seperti kerapu, gewang selaman dalam sekitar 3-5 meterd dengan saiz 9-12 cm perlu digunakan.
Bagi mencari spesies yang bermain di kawasan pertengahan dan permukaan air seperti gerepoh, talang dan cencaru kuda, gunalah gewang selaman cetek, sesudu atau gewang permukaan kecil seperti popper 9-12 cm untuk menduga mereka.
Pemilihan warna gewang tidaklah terlalu teknikal. Asalkan ia memiliki warna asas biru dan berkilat, ia sudah boleh dipraktikkan.
Kini, penggunaan jig ringan dan mikro jig lebih banyak dipraktikkan berbanding penggunaan gewang atau sesudu. Teknik ini nyata lebih berkesan namun sifat jig yang tenggelam itu lebih mudah mendorong ia tersangkut pada batu atau karang berbanding pada mulut ikan. Oleh yang demikian anda harus bijak menganggar kedalaman air dan struktur di dalam air untuk melakukan balingan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...