Panduan Penuh Servis Round BC CQ50s (Part 2/2)

Share

 

DIY kali kami cuba untuk menerangkan bagaimana untuk servis kekili ini, moga ia memberi manfaat untuk kaki pancing yang memilikinya keberanian untuk melakukan servis sendiri.

 

Tutorial 8

Buka skru bearing untuk keluarkan bearing yang terdapat di dalamnya.

 

Tutorial 9

Keluarkan bearing pertama dan kendalikan dengan cermat.

 

Tutorial 10

Buka skru pada main shaft untuk keluarkan bearing seterusnya.

 

Tutorial 11

Pada main shaft, anda perlu membuka C-klip yang terdapat pada main shaft untuk keluarkan bearing main shaft.

 

Tutorial 12

Kemudian, beralih pada bahagian tension knob kekili. Buka tension knob pada kekili.

 

Tutorial 13

Tolak klip untuk keluarkan bearing tension knob.

 

Tutorial 14

Terdapat satu bearing pada side plate dan buka tolak klip pada bahagian tersebut untuk keluarkan bearing yang ada.

 

Tutorial 15

Pada bahagian spool pula, gunakan spool pin remover untuk mengeluarkan bearing pada spool.

 

Tutorial 16

Kumpul bearing yang dikeluarkan dan rendam dalam minyak Zippo untuk cuci kotoran lama pada bearing yang boleh mengurangkan prestasi kekili.

 

Tutorial 17

Bahagian dalam badan kekili juga dicuci dan dibersihkan menggunakan berus yang lembut. Setelah semua selesai, pasang kembali semua mengikut turutan yang betul. Sila pastikan anda menyusun dengan cermat supaya mudah untuk memasang kembali.

 

Tutorial 18

Contoh susunan yang teratur dan cermat. Ingat! Pengendalian tersusun begini perlu untuk memudahkan anda ketika memasang semula dan ingat part yang dibuka selain kurangkan risiko kehilangan.

Published by
Amang