Panduan Penuh Servis Round BC CQ50s (Part 1/2)

Share

 

Kekili menegak model bulat (round bc) seperti Shimano Calcutta Conquest atau ramai yang suka memanggilnya CQ memang memiliki peminatnya tersendiri. Ia memang cukup istimewa, lebih-lebih lagi model 50S shallow spool ini kerana ia limited edition.

 

Oleh kerana itu amat penting untuk kita menyelenggaranya dengan baik. DIY kali kami cuba untuk menerangkan bagaimana untuk servis kekili ini, moga ia memberi manfaat untuk kaki pancing yang memilikinya keberanian untuk melakukan servis sendiri.

 

Keperluan:

Screwdriver set

Rachet spanar

Spool pin removal

Minyak Zippo

Kain bersih

Air blow

Grease oil

Bearing oil

Cotton bud

Berus lukisan

Bekas kosong

Bekas tertutup (untuk cuci bearing).

 

Cara Servis:

 

Tutorial 1

Buka skru dengan cermat pada pengayuh kekili menggunakan pemutar skru.

 

Tutorial 2

Keluarkan plate pada kekili selepas skru dibuka.

 

Tutorial 3

Selepas keluarkan plate, gunakan rachet spanar untuk membuka nat.

 

Tutorial 4

Selepas nat dibuka, buka pengayuh kekili. Kemudian anda boleh membuka nat yang berada pada bahagian dalamnya.

 

Tutorial 5

Setelah itu, buka skru yang berada pada badan kekili.

 

Tutorial 6

Kemudian buka bahagian penutup sisi kekili. Inilah keadaan mekanikal setelah dibuka. Kemudian anda perlu keluarkan pinion gear yang terdapat di dalamnya (warna hitam).

 

Tutorial 7

Pinion gear yang telah dikeluarkan. Susun dengan cermat dan teratur agar tidak hilang.

Published by
Amang