Panduan Penting Menyiang Ikan!!

Share

 

Jika anda berhajat untuk merasai kenikmatan ikan ini, patuhilah tips dan tatacara mengolah dan memasak ikan buntal. Namun kami tidak bertanggungjawab sekiranya mengalami sebarang keracunan.

 

Buang kulit ikan buntal

Buang kulit ikan buntal dari bahagian mulut sehingga keseluruhannya. Ia sama sebagaimana anda menguliti kaki lembu. Ia bagi mengelak daripada racun yang terdapat kulit ikan buntal ini meracuni masakan.

 

Cuci bersih

Daging ikan buntal itu sebersih bersihnya. Pastikan lendir yang menyelaputi daging ikan dibuang atau dicuci sehingga hilang semuanya.

 

Buang sirip dan tulang

Ambil isi ikan sahaja dengan cara menggunakan pisau yang tajam. Hiris isi ikan secara mengiring tanpa menyentuhi tulang tengahnya atau bahagian perutnya. Ambil isi sahaja dan buang sisa yang lain.

 

Buang bahagian kepala

Sebaiknya bahagian kepala ikan buntal dibuang walaupun bahagian mata dan sedikit daging pada bahagian kepala boleh dimakan. Lupakan saja kegemaran anda menyedut mata ikan.

 

Tips penting

Sebaiknya jangan memotong bahagian badan ikan. Membelah ikan buntal perlu dilakukan penuh cermat dan fokus apatah jika anda tidak mengetahui kedudukan hati dan ovarium

ikan buntal tersebut. Ini kerana pada bahagian hati dan ovarium paling banyak mengandungi racun.

 

Seandainya tersilap langkah dan kedua organ ikan tersebut pecah maka racun tersebut akan menyebar ke seluruh bahagian ikan tersebut.

Sekiranya hati dan ovarium ikan sudah pecah, sebaiknya buang saja ikan tersebut kerana sangat-sangat berbahaya untuk dimakan.

 

Published by
Amang