Untuk memperoleh hasil yang memuaskan setiap kali memancing di kelong, rumah rakit atau rumah api, walaupun cuma sekadar memancing santai, banyak perkara yang perlu dipertimbang.

 

Biasanya 3 jenis peralatan memancing digunakan.

 

Joran aksi ringan untuk dapatkan umpan hidup seperti tamban, selar dan sebagainya atau untuk memancing ikan kecil. Joran pancing aksi sederhana atau berat aksi berat untuk balingan jauh dan melayan ikan besar seperti gerong belang, barracuda, siakap, pari dan lain-lain.

Amboh atau koyan bagi dihulurkan kebawah tiang-tiang kelong untuk menjerat kerapu atau pari yang gemar bermain di tiang-tiang berteritip atau dasar.

 

Panduan Penting Memancing Dari Menara Atas Air

 

UMPAN

 

Bagi memastikan tangkapan yang berpanjangan, ada pemancing membawa pelbagai jenis umpan seperti pumpun (pumpun sarung, pumpun pasir atau ruat bakau), udang segar, ikan kembung atau selayang, roti untuk pancingan spesies tamok dan sebagainya.

 

Bagi pemancing yang hardcore, mereka sanggup berabis modal utk membawa umpan hidup, seperti udang hidup, ikan mas, cengkerik dan sebagainya bagi mendapatkan spesies-spesies tertentu (kebiasaannya umpan begini mendatangkan hasil yang lumayan).

 

Panduan Penting Memancing Dari Menara Atas Air

 

KEADAAN PASANG SURUT AIR

Ads

 

Sebaiknya pilih waktu arus bergerak kerana jika air tak berarus, pemancing tak rasai getaran getuan ikan, tiba-tiba umpan habis. Carilah keadaan air yg berarus, kerana arus pasang surut air bergantung kepada aktif ikan lalu lalang atau juga yang menjadi penghuni tetap unjam dan tukun buatan di persekitaran kelong atau rakit.

 

Panduan Penting Memancing Dari Menara Atas Air

 

MATA KAIL

 

Jangan menggunakan mata kail terlalu besar kerana target ikan yang besar-besar. Jika mendapat ikan mega boleh dikatakan sebagai bonus kepada pemancing. Cukuplah sekadar menggunakan matakail kecil jenis carbon saiz 4 hingga 8, kerana jenis carbon matanya tajam mudah lekat ke mulut ikan serta kuat tidak meluruskan mata kail jika ikan besar ragut.

 

PERAMBUT

 

Penggunaan perambut 2 mata kail atas bawah lebih efektif digunakan. Tak perlu perambut panjang panjang seperti memancing di laut dalam. Cukup sekadar sejengkal lebih sahaja. Perambut ni sesuai untuk semua keadaan arus.

Perambut 2 mata kail ni, pemancing boleh buat sendiri dan lebih efektif kekuatannya dan menjimatkan.

Ads

 

Panduan Penting Memancing Dari Menara Atas Air

 

BATU LADUNG

 

Perambut 2 mata kail disepadankan dengan batu ladung mati, ikut kesesuaian keadaan air.

Sementara batu ladung hidup pula sesuai utk keadaan air berarus sederhana iaitu utk umpan hidup,atau air pasang besar.

 

TALI UTAMA

 

Penggunaan tali utama cukup sekadar 15lb hingga 30lb atau tali sulam mengikut kekuatan yg dikehendaki. Kerana jika spesies seperti tamok, di mana ia begitu sensitif dengan ketebalan tali, semakin halus tali tu semakin cerah untuk mendaratkan spesies tersebut.

 

Ads

Panduan Penting Memancing Dari Menara Atas Air

 

IKATAN

 

Pelajarilah teknik ikatan yang betul kerana ikatan memainkan peranan bagi pendaratan ikan. Jangan pula nanti joran melengkung, loceng berbunyi dan drag menjerit,..baru pertengahan pertarungan sudah tewas!

Disebabkan terlucut simpulan, ikatan yang tak kemas. Pasti berputih mata, tepuk dahi dan tak tidur malam dibuatnya akibat kekesalan.

 

SABIKI @ APOLLO

 

Kebiasaannya jika air besar spesies tamban, selar, talang dan gelama banyak di sekitar rakit atau kelong. Penggunaan Apollo bersaiz 9-11 harus sentiasa tersimpan dalam tool box. Satu joran pasang apollo letak umpan udang kopek yang dipotong kecil. InsyaAllah penuhlah tong ais tu nanti.

 

Panduan Penting Memancing Dari Menara Atas Air

 

KESELAMATAN

 

Sebagai peringatan bersama pastikan keselamatan diri semasa di atas rakit dan kelong. Kekili pula pula usah ketatkan drag biar release. Andai ikan besar yang menyambar umpan, boleh terbang joran dibuatnya.

Dah banyak kali juga di kelong atau rumah rakit para pemancing kehilangan joran gara-gara joran terbang ke laut akibat tidak mengikat joran.

(Sumber: Zulkifflee Hussin)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI