Panduan Penjagaan Mata Kail!!

Share

 

Kita sudah mengenali hampir kesemua jenis mata kail yang ada. Kita juga sudah tahu kegunaan setiap jenis mata kail yang ada. Tapi tahukah korang bagaimana untuk menggunakan mata kail tersebut bagi tempoh yang panjang.

 

Tahukah korang, ada beberapa item yang telah digunakan selepas memancing masih elok dan boleh digunakan lagi? Maksudnya, ia masih boleh digunakan untuk sesi memancing berikutnya.

 

Memang tidak dinafikan ada kaki pancing yang membuang terus mata kail selepas digunakan atas beberapa sebab dan tanggapan. Sesetengahnya menganggap jika digunakan selepas itu ia tidak lagi kuat, tidak tajam dan mudah patah.

 

Jika jenis harga murah terpulanglah kepada anda sama ada mahu menggunakannya semula ataupun tidak. Tetapi bagaimana dengan mata kail berharga mahal?

 

Assist hooks contohnya, berapa harga sepasang mata kail assist hook? Tentunya sayang untuk membuangnya bukan? Dan belum pernah lagi saya nampak ada yang membuang assist hook ke laut sejurus habis trip jigging.

 

Tahukah anda mata kail tersebut sebenarnya masih lagi boleh digunakan dan berfungsi baik jika anda mengendalinya dengan baik. Untuk penjimatan juga, adalah lebih baik sebenarnya anda menggunakan mata kail tahan karat.

 

Ia tahan lama dan selamat digunakan berulang kali. Jika ingin memancing di laut, pilih mata kail yang bertulis saltwater pada bungkusannya kerana ia sememangnya berupaya menahan hakisan air masin.

 

Tip Penjagaan Mata Kail

Sejurus habis memancing sama ada di air tawar apatah lagi air masin, jangan dicampur adukkan mata kail yang sudah digunakan bersama mata kail yang belum digunakan di dalam kotak mata kail.

Sebaiknya sediakan bekas asing khusus untuk mata kail atau swivel. Begitu juga dengan assist hooks. Jangan dicampur adukkan.

 

Selepas pulang daripada trip memancing di laut. bersihkan dan bilas dengan air tawar. Kemudian keringkan di bawah sinaran cahaya matahari. Selepas keringkan, perhatikan mana bahagian yang ada tanda karat. Jika ada, gosok dengan kertas pasir.

 

 

Penting untuk anda menyimpannya dalam kotak pancing anda. Sila amati semula, jika kurang tajam, boleh gunakan kikir halus (handlife) dan asah pada bahagian berkenaan.

 

Jika mata kail agak berkarat adalah lebih baik anda buang terus. Paling penting, sekali lagi mata kail yang telah anda bersihkan ini jangan sesekali dicampurkan ke dalam bekas atau pek mata kail yang masih belum digunakan.

Korang perlu menyediakan satu bekas khas untuk mata kail yang terpakai.

 

Published by
Amang