Panduan Pancingan Pantai Memburu Pari!!

Share

 

Waktu paling berkesan untuk memburu pari ialah pada waktu pergerakan air mula pasang dan mula surut. Namun pari juga agak aktif pada waktu air timpas iaitu surut sepenuhnya. Jadi, pastikan korang rujuk jadual pasang surut air laut sebelum memancing.

 

 

Jarak lontaran umpan bukanlah menjadi faktor utama untuk korang mendaratkan pari. Ada masa dan ketika pari juga berlegar di tepian pantai. Namun lebih jauh lontaran umpan yang korang mampu lakukan maka peluang untuk strike pari agak lebih cerah terutama pada waktu air bergerak pasang yang mendorong ikan turut bergerak ke tepian.

 

Apabila pari melarikan tali pancing, sebaiknya korang jangan cuba menghentikan atau melawannya kembali. Biarkan ia pergi seketika dan bila ia mula menghentikan larian barulah korang mengepam joran menarik tali kembali.

 

Apabila pari memekapkan badan pada dasar, jangan berputus asa untuk terus memutuskan tali. Cubalah memujuk ikan tersebut dengan menjentik tali atau biarkan tali dalam keadaan kendur seketika sehinggalah pari tersebut kembali bergerak.

 

 

Pari dewasa lazimnya berpasangan. Jika korang berjaya mendaratkan seekor sama ada jantan atau betina, lontarkan umpan pada lokasi yang sama dan berkemungkinan korang bakal memperoleh pasangannya. Lebih-lebih lagi jika korang berjaya mendaratkan pari jantan yang besar maka ada peluang korang akan mendaratkan pari betina yang saiznya lebih besar dari saiz pari jantan.

 

Lain lokasi, lain teknik dan taktik memburu pari terutamanya penggunaan perambut. Jadi, ringan-ringan lah mulut bertanya kepada pemancing yang lebih arif di lokasi tersebut.

 

Published by
Amang