Waktu paling berkesan untuk memburu pari ialah pada waktu pergerakan air mula pasang dan mula surut. Namun pari juga agak aktif pada waktu air timpas iaitu surut sepenuhnya. Jadi, pastikan korang rujuk jadual pasang surut air laut sebelum memancing.
Jarak lontaran umpan bukanlah menjadi faktor utama untuk korang mendaratkan pari. Ada masa dan ketika pari juga berlegar di tepian pantai. Namun lebih jauh lontaran umpan yang korang mampu lakukan maka peluang untuk strike pari agak lebih cerah terutama pada waktu air bergerak pasang yang mendorong ikan turut bergerak ke tepian.
Ads
Apabila pari melarikan tali pancing, sebaiknya korang jangan cuba menghentikan atau melawannya kembali. Biarkan ia pergi seketika dan bila ia mula menghentikan larian barulah korang mengepam joran menarik tali kembali.
Ads
Apabila pari memekapkan badan pada dasar, jangan berputus asa untuk terus memutuskan tali. Cubalah memujuk ikan tersebut dengan menjentik tali atau biarkan tali dalam keadaan kendur seketika sehinggalah pari tersebut kembali bergerak.
Ads
Pari dewasa lazimnya berpasangan. Jika korang berjaya mendaratkan seekor sama ada jantan atau betina, lontarkan umpan pada lokasi yang sama dan berkemungkinan korang bakal memperoleh pasangannya. Lebih-lebih lagi jika korang berjaya mendaratkan pari jantan yang besar maka ada peluang korang akan mendaratkan pari betina yang saiznya lebih besar dari saiz pari jantan.
Lain lokasi, lain teknik dan taktik memburu pari terutamanya penggunaan perambut. Jadi, ringan-ringan lah mulut bertanya kepada pemancing yang lebih arif di lokasi tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Selain sistem drag paling lancar, banyak lagi ciri-ciri terbaik pada kekili ZeeBaaS ZX. Badan dan gelendung kekili yang diperbuat daripada aluminium agak tahan terhadap kakisan. Malah ZeeBaaS tidak teragak-agak untuk mengiklankan bahawa kekili ini kalis air masin. Ia dimateraikan sehingga pasir-pasir halus dan air tidak akan mampu memasuki sistem dalaman kekili.
Orang Jepun sememangnya bagaimana untuk menghasilkan kekili yang sangat baik, dan Daiwa ini tidak terkecuali. Ia satu rekacipta yang indah dan agak unik pada masa yang sama. Daiwa telah mencipta kekili ini dengan galas bebola magsealed di kedua-dua belah gear pemacu.
Ini memastikan bahawa reel akan bertahan lebih lama, menghalang pembentukan karat atau apa-apa jenis kerosakan lain. Kekili ini juga mempunyai badan aluminium, yang menjadikan gelendong itu sangat ringan.
Shimano merupakan jenama kegemaran di kalangan pemancing dari semua jenis pancingan, dan jenama itu lebih dikenali untuk kualitinya daripada apa sahaja. Stella F1, dikenali kerana mempunyai Drivetrain terbaik dan paling berkesan. Ini membuatkan kekili berfungsi dengan sangat mudah dan pantas -sesuatu yang anda akan hargai apabila pertempur dengan ikan. Shimano menghasilkan produk yang luar biasa, dan kekili ini adalah sesuatu yang mesti ada, sekiranya anda pecinta Shimano.
Sekiranya anda seorang pemancing layang, kekili Seigler ini adalah suatu keharusan untuk dimiliki. Ia akan memberi anda keupayaan yang tiada tandingan dengan kekili lain. Ia boleh menyimpan tali yang sangat panjang dengan bingkainya pada diameter 4.5 inci dan 1.75 inci lebar. Malah, ia boleh menyimpan kira-kira 400 meter garis. Kekili ini direka khas untuk menangkap spesies ikan besar seperti trevallies dan tarpons.
Satu je nak cakap…. perghhh! The Holy Grail telah dijual secara lelongan pada tahun 2011 di Angling Auctions. Kekili yang dihasilkan oleh Graham Turner menyatakan tiada kekili lain yang dapat menandingi kekili ini. Yang pasti, anda tidak akan berpeluang melihat kekili ini beraksi di padang pancing kerana ia menjadi barangan koleksi pemilik penghias bilik atau ruang tamu.
Selain mengenali spesies hidupan marin sama ada yang boleh dipancing atau tidak, ada baiknya juga kita turut mengenali spesies hidupan yang menjadi umpan memancing. Kali ini, apa kata kita mengenali cengkerik dengan lebih dekat.
Cengkerik (Gryllus spp) merupakan sejenis serangga dari keluarga Gryllotapidae yang tradisinya hidup secara liar di hutan dan juga di kawasan kebun.
Ada yang panggil cengkerik sebagai jengkerik, keridik, sorok-sorok dan juga mole cricket dalam bahasa Inggeris.
Cengkerik mengeluarkan bunyi nyaring terutama pada malam hari melalui sistem tersendiri.
Saiz badan kira-kira 2-3 cm dengan badan mempunyai warna coklat kehitaman dan mempunyai 4 pasang kaki termasuk kaki panjang di belakang untuk melompat.
Matanya bersaiz besar dan jenis serangga omnivores. Makanan asasi cengkerik seperti larva, rumput, akar tanaman, cacing dan terkini makanan ternakan ayam.
Walau cengkerik mempunyai sepasang kepak pendek ianya jarang-jarang terbang. Secara amnya cengkerik mampu hidup di seluruh kawasan di dunia kecuali di kutub utara dan kutub selatan.
Serangga ini mempunyai 3 genera utama iaitu Gryllotalpa, Necurtilla dan Scaptericus. Ada cengkerik yang mengorek dalam tanah serta mempunyai sepasang kaki untuk mengorek lubang.
Ada juga cengkerik dewasa yang boleh terbang. Pembiakan cengkerik adalah cepat jika mendapat makanan dan sarang yang sesuai dan kini dikomersialkan.
Cengkerik secara semulajadi merupakan musuh kepada petani kerana ia merosakkan anak benih tanaman yang baru tumbuh dengan memakannya.
Dan secara semulajadi juga ia merupakan umpan yang sangat berkesan untuk memancing kebanyakan spesies ikan air tawar.
Cengkerik hidup segar dalam suhu 30 celcius dengan kelembapan antara 80-90%. Kumpulan cengkerik dimasukkan dalam kotak lut sinar dengan kira-kira 2 cm lapisan tanah dan ditutup.
Bekas perlu gelap dan warm seperti habitat semulajadi ditutup dengan kadbod. Berikan makanan ayam dan air bersih setiap dua hari jika ingin menyimpan lama cengkerik ini.
Dari segi morfologi, P. jullieni boleh dikenal pasti berdasarkan ciri utama pada badannya iaitu mempunyai tujuh garisan hitam yang melintang pada badan. Ciri utama ini boleh dikatakan antara faktor utama spesies cyprinid ini dikenali sebagai seven-striped barb.
Mulut ikan temelian menghadap dan menjulur ke bawah dan bersesuaian dengan sifat pemakanan. Pada mulutnya terdapat sepasang sesungut seperti misai yang dipanggil maksila. Spesies ini merupakan omnivor dan mulutnya membantu ketika mencari makanan di dasar sungai seperti tumbuhan akuatik, serangga dan alga.
Bagi temelian juvenil, badan dan sirip utama berwarna putih cerah selain tujuh garisan hitam melintang pada badannya. Ketika membesar, warna putih pada badannya akan menjadi lebih kekuningan. Ikan ini mampu mencapai saiz sehingga 70 kg lantas tidak menghairankan jika spesies temelian ini dikategorikan sebagai ikan trofi pancingan sungai.
Antara sungai-sungai utama yang menjadi habitat bagi spesies ini ialah sungai di Malaysia, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Di Malaysia, ikan ini terdapat di Sungai Pahang, Sungai Perak, Tasik Chenderoh dan Sungai Petuang di Terengganu. Begitu pun, populasi ikan temelian semakin berkurang dan semakin sukar diperolehi.
Dalam Union for the Conservation of Nature and Natural Resource (ICUN), ikan temelian dikelaskan dalam senarai merah (Red List) sebagai spesies terancam (Endangered). Antara faktor utama populasi temelian ini berkurang adalah disebabkan oleh aktiviti kemanusiaan.
Contohnya, pembinaan empangan di sungai utama yang menjadi habitat ikan ini menyebabkan ikan temelian tidak dapat naik ke hulu sungai untuk menghempaskan telurnya ketika musim mengawan.
Aktiviti pembalakan di hulu sungai serta penggunaan racun perosak juga mendatangkan akibat buruk terhadap populasi ikan ini. Selain itu, penangkapan berlebihan (overfishing) juga mungkin menjadi antara punca yang menyumbang kepada keadaan ini.
Bagi fri temelian atau anak temelian, mereka menjadikan zooplankton sebagai diet utama. Semakin membesar (juvenil hingga dewasa) temelian akan lebih bersifat omnivor dalam diet pemakanannya. Antara diet utama termasuk tumbuhan akuatik di dasar, alga, udang, invertebrata dasar sehinggalah yang menjadikan buah-buahan yang jatuh di permukaan air sebagai makanannya.
Ikan temelian menjadikan jangka masa sekitar November hingga Februari sebagai waktu atau musim mengawan. Ketika ini, ikan temelian induk akan berenang naik ke hulu sungai dan biasanya akan mencari kawasan berair cetek yang berpasir dan berbatu bagi menghempaskan telurnya.
Di Sungai Tembeling, masyarakat sekitar menamakan musim temelian mengawan sebagai ‘musim temelian berlaga’. Beberapa lokasi utama juga dikenal pasti sebagai tempat temelian menghempaskan telurnya. Menghempas telur membawa maksud ikan temelian betina merembes atau mengeluarkan telurnya.
Telur yang dilepaskan akan melekat pada batu atau pasir kerana sifatnya yang melekit sebelum induk temelian jantan akan melepaskan spermanya ke atas telur ini. Mengambil kira faktor persekitaran sekarang, peratusan anak temelian untuk membesar agak rendah dengan pembiakan semula jadi ini langsung menyebabkan populasinya menurun mendadak.
Dari sudut sosio ekonomi, potensi ikan temelian dilihat sangat tinggi dalam 3 bidang utama perikanan. Dalam akuakultur, spesies ini mempunyai potensi yang tinggi kerana nilai pasaran yang baik selain proses tumbesarannya juga singkat. Ditambah dengan kejayaan untuk dibiakkan secara aruhan, spesies ini potensi tinggi dalam akuakultur.
Dalam industri ikan hiasan, spesies temelian mempunyai nilai tersendiri. Selain daripada andaian ikan yang semakin sukar diperolehi, temelian juga mempunyai corak badan yang dianggap unik dan menjadi nilai tambah untuk dijadikan ikan hiasan.
Melihat dari sudut potensi perikanan rekreasi, tanyalah mana-mana pemancing, pasti akan dapat melihat potensi temelian sebagai ikan pancingan sukan. Dengan saiz, kekuatan dan betapa agresifnya ketika bertarung cukup menjadikan ikan ini sebagai salah satu ikan utama dalam lapangan pancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...