Ikan cencaru boleh dipancing dengan pelbagai kaedah. Sebagaimana yang sedia maklum, teknik memancing menggunakan sabiki atau apollo merupakan aplikasi yang paling umum dan banyak dipraktikkan.
Pancingan cencaru melalui teknik sabiki atau apollo ini boleh dilakukan di pelbagai lokasi memancing juga. Kebiasaannya di kelong, unjam, boya dan kapal parkir menjadi lokasi popular memburu ikan pelagik ini. Sementara waktu terbaik untuk memancingnya adalah ketika kemuncak air pasang besar.
Ads
Selain teknik apollo, cencaru juga boleh dipancing dengan keadah mengilat (casting) dan jigging. Bagi aplikasi mengilat, lokasi pantai berpasir dan berbatu merupakan spot terbaik untuk mencari spesies ini. Begitu juga di pesisir pulau.
Manakala untuk aktiviti jigging pula, penggunaan jig mikro merupakan senjata yang paling ampuh untuk menjeratnya. Penggunaan jig dengan assist hook yang berambu-ramba dan berbulu lebih menarik perhatian cencaru untuk mengejarnya.
Ads
Ads
Keterujaan dalam memancing cencaru ialah apabila bertemu dengan kumpulan cencaru bersaiz kasar atau lebih popular dengan gelaran cencaru kuda. Perlawanan dengan menggunakan set pancing ringan atau ultra ringan merupakan satu permainan yang cukup menghiburkan dan membuatkan pemancing ketagih untuk memburu spesies berbadan torpedo ini.
Pada masa kini, ikan cencaru bersaiz kasar atau cencaru kuda dipancing dengan menggunakan kekili elektrik. Bagi sesetengah pemancing ia kedengaran melucukan sebaliknya itulah kenyataannya. Penggunaan kekili elektrik, apollo bersaiz besar (20-24) dan batu ladung besar seberat ½ kg ternyata paduan terbaik untuk mendaratkan cencaru kuda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan lubang cincin mata kail atau Davy Knots merupakan ikatan simpulan yang cukup asas tetapi sangat berkesan. Tutorial-tutorialnya yang ringkas membolehkan ia dihasilkan sambil memejam mata. Ia bagus kerana boleh dihasilkan tanpa bantuan cahaya sekiranya memancing pada waktu malam.
TUTORIAL 1
Ikatan ini boleh dihasilkan menggunakan tali perambut atau tali utama dengan kili atau mata kail yang memiliki lubang cincin sahaja.
TUTORIAL 2
Masukkan hujung tali utama atau perambut ke dalam lubang cincin mata kail atau kili.
TUTORIAL 3
Buatkan satu lingkaran bulat dengan bahagian hujung tali menindih bahagian atas tali utama.
TUTORIAL 4
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang terhasil tadi.
TUTORIAL 5
Setelah itu lingkarkan hujung tali bagi memasukkanya kembali ke dalam lingkaran.
TUTORIAL 6
Kemudian keluarkan kembali hujung tali berkenaan dari lingkaran. Simpulan dan lingkaran berakhir di sini.
TUTORIAL 7
Perlahan-lahan tarik tali utama sambil memegang simpulan agar tidak bertindan antara satu sama lain.
TUTORIAL 8
Tarik dan ketatkan simpulan sekemas mungkin kemudian potong lebihan tali dan bakar hujungnya sebagai stopper.
Antara spesies ikan buruan yang terdapat di sini adalah sebarau, baung, jelawat, patin, toman, lampam, tapah, belida dan juga udang galah. Bagi saya yang gemar memburu sebarau sungai, di sinilah antara spot kegemaran saya di sekitar negeri Perak selain Sungai Kampar serta Hulu Belum.
Jarak perjalanan ke sini juga tidaklah begitu jauh, hanya mengambil masa lebih kurang 30 – 40 minit dari pekan Tapah yang melalui Tapah Road, Chenderong Balai dan Ladang Rakyat.
Kaedah Pancingan & Faktor Pemilihan Air
Sebarau yang bersifat pelagik sudah pastinya mudah diburu dengan mengaplikasikan teknik mengilat gewang. Kebiasaannya waktu yang paling efektif bagi menduga sebarau di sini adalah dari seawal pagi dan lewat petang kerana spesies ini akan aktif mencari makan pada dua waktu ini.
Gewang-gewang yang lazim kami gunakan di sini adalah Rapala Shallow Shad Rap SSR5, Rapala Countdown CD5 dan Rapala Flat Rap 8cm berwarna natural seperti ‘Bleak’ dan ‘chrome’ serta skema warna terang seperti ‘Goldfish’, ‘Hot Tiger’, ‘Fire Tiger’ dan ‘Perch’ sekiranya kondisi air agak keruh.
Jika paras airnya sedikit tinggi, kami akan menggunakan gewang selaman dalam seperti Rapala Tail Dancer TD7 dan Rapala Shad Rap SR7.
Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pergunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan. Paling mudah ialah penggunaan sesudu untuk menjerat ikan seperti tengas, sebarau dan bujuk. Penggunaan mata tunggal juga amat efektif. Penggunaan sesudu memang terbukti untuk spesies penyerang dan kawasan berjeram.
Selain itu, anda boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek/sederhana (minnow) jika bersesuaian. Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.
Selain itu anda juga perlu menggunakan reel casting atau spinning yang memiliki gear ratio tinggi atau high speed. Reel high speed amat untuk bagi membolehkan gewang dimainkan dengan sempurna apabila mengikut arus jeram yang laju.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...