Udang mentadak atau juga dipanggil udang lipan merupakan umpan mujarab yang semakin banyak digunakan dalam aktiviti memancing dasar laut dalam. Di Selat Melaka khususnya ia merupakan umpan utama untuk memburu ikan jenahak, kerapu dan lain-lain lagi. Maka tidak hairanlah harganya semakin meningkat.

 

Panduan Menyimpan & Guna Udang Mentadak

 

Bagi pemancing, nilai udang mentadak terletak pada nyawanya. Ia tidak seperti sotong kurita yang berkesan sama ada digunakan ketika hidup mahupun sudah mati. Justeru udang mentadak perlu disimpan hidup dengan sempurna. Kesilapan kaedah penyimpanan bakal mengakibat pemancing berputih.

 

Udang hidup haruslah disimpan di dalam bekas yang terdapat air masin (laut) dan oksigen mengalir masuk ke dalamnya. Manakala bekas simpanan udang mentadak pula sebaiknya tertutup atau tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.

 

Ads

Panduan Menyimpan & Guna Udang Mentadak

 

Kunci utama bagi menjamin jangka hayat udang mentadak adalah kualiti air masin yang diletakkan di dalam bekas simpanan.

 

Air laut atau air masin yang digunakan harus terkawal tahap kemasinannya. Air masin yang sudah tercemar atau bercampur dengan air tawar bakal mengganggu ketahanan udang tersebut.

 

Ads

Begitu juga dengan pam udara yang digunakan haruslah berfungsi dengan baik. Lagi banyak pam yang digunakan maka lebih banyak oksigen yang dapat disalirkan.

 

Panduan Menyimpan & Guna Udang Mentadak

 

Manakala bekas simpan seperti tong menyimpan ikan yang biasa digunakan haruslah dalam keadaan bersih dan bebas dari bau-bauan yang boleh menjejaskan kualiti air masin yang digunakan.

 

Ads

Sebelum menjadikan udang mentadak sebagai umpan, terlebih dahulu perlu diketahui cara-cara pengendalian udang tersebut bagi mengelak sebarang kecederaan berikutan keupayaan kuasa jentikan kaki depannya.

 

Panduan Menyimpan & Guna Udang Mentadak

 

Udang mentadak perlu dipegang dari arah belakang dengan menekan kepala dan ekornya sehingga berlipat.

 

Kemudian barulah dua mata kail dicangkukkan pada sisi ekor dan sisi badannya bergantung pada saiz udang dan perambut mata kail itu sendiri.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI