Ketika anda menurunkan candat, pastikan anda menurunkan candat twist terlebih dahulu. Turunkan secara perlahan-lahan.
Tindakan tergesa-gesa akan menyebabkan tali anda akan berpintal. Proses meleraikannya memang menyeksa batin kerana orang lain sedang sibuk menaikan sotong sambil memprovokasi emosi anda.
Jika sotong memegang candat anda, layan seperti biasa dengan drag kekili dilaras mengikut berat sotong. Jika anda menggunakan serek (koyan), rapatkan tali pada tepi bot dan lepas tali secara terkawal jika henjutannya semakin keras dan kuat.
Ads
Bila tiada tarikan… anda perlu tarik tali perlahan-lahan. Jangan tarik sotong seperti menarik ikan… jika bernasib baik anda akan dapat double atau triple.
Ads
Selepas sotong pertama dinaikkan. Jangan membuang masa… turunkan candat dengan segera. Sotong torak makan mengikut pergerakan arus. Jika kumpulannya berada di bawah bot anda, semua pemancing akan merasa tarikan sotong.
Untuk menaikkan semangat anda, bayangkan sotong berkenaan akan menjadi sotong bakar yang enak apabila anda tiba di daratan nanti.
Ads
Jangan terkejut jika sotong jenis lain juga dinaikkan. Sotong yang biasa bermain bersama sotong torak termasuklah sotong ketupat dan sotong jarum. Sotong mengabang sangat jarang dan hampir tiada kerana sotong ini suka bermain di kawasan berstruktur. Begitu pun kadang kala ada pemancing yang dapat juga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Amberjack adalah spesies ikan pelagik dan demersal di mana ia mampu mengimbangi fizikal badan untuk berada di kedua-dua tahap kedalaman air. Ia bersifat predator atau pemburu. Sumber dietnya lebih tertumpu di dasar lautan seperti anak ikan demersal, udang dan makanan bercengkerang lembut.
Badannya gempal bulat memanjang berekor cabang menunjukkan ciri-ciri yang terserlah kekuatan yang diidam setiap kaki pancing.
Amberjack besar tidak bermasalah untuk menelan seekor ikan hidup sebesar kembung dan boleh menekan dengan erti kata lain melenturkan joran pemancing sehingga ketahap maksimum.
Pasti ketika ini drag sudah mengambil alih tugas mengurangkan bebanan yang dipikul oleh joran jika pemancing sudah set sistem tegangan pada tahap sesuai.
Bayangkan masa ini lengan yang menggenggam joran sudah mula timbul urat, tangan sudah kental, manik-manik kecil hasil biasan pantulan cahaya matahari menandakan ia mula berpeluh. Ada sesetengah kaki pancing berkata masa inilah dikatakan kemuncak kepuasan memancing.
Selaras dengan keupayaan ia menyelam setiap lapisan air maka jangan harap ia keluar pelampung apabila berjaya dipam naik dari dasar hingga permukaan. Bahkan di permukaan ia boleh memberi saingan lebih dari yang diterima oleh pemancing ketika ia masih di dasar.
Dari permukaan ia boleh menerjah masuk semula ke bawah permukaan air tanpa banyak halangan. Dengan kata lain jika kekuatan yang dimilikinya tidak dipadankan dengan peralatan seimbang, amberjack boleh buli kita dan datang dan pergi menarik tali keluar sesuka hati.
Umpan, Peralatan Dan Teknik
Sesuai dengan sifat amberjack yang mendiami pada pelbagai tahap kedalaman air, teknik persembahan yang terbaik di pertengahan air. Selain dengan teknik dasar, pertengahan dan hanyut, ia boleh dipujuk dengan gewang besi seperti metal jig melalui teknik jigging pantas atau perlahan.
Amberjack banyak bermain di pertengahan air dan ke dasar untuk memburu makanan. Melihat saiz amberjack yang berada di laut kita, hirisan umpan ikan mati sudah memadai. Banyak rekod tangkapan di Semenanjung adalah bawah 1 kg jelas menunjukkan persembahan umpan ikan hidup dianggap kurang sesuai kecuali untuk spesies amberjack jalur kuning di kepala memiliki saiz pembesaran berkali ganda berbanding amberjack di negara ini.
Untuk amberjack kecil bawah 3 kg kombinasi peralatan sekitar 20lb sudah memadai, namun untuk spesimen yang lebih power adalah lebih baik padankan set kekili dan joran yang sesuai.
Set pancing aksi berat sememangnya diperlukan untuk bertarung dengan ikan bersaiz gergasi. amberjack tidak dinafikan salah satu spesies gamefish yang sukar ditumbangkan dalam masa singkat. Perhatikan kaki jigging beradu tenaga dengan bapak amberjack.
Kini, amberjack menjadi spesies sasaran kaki-kaki jigging perlahan yang bertandang ke perairan Borneo. Sama ada di perairan Sabah atau Sarawak, kepuasan mendaratkan amberjack bersaiz monster jauh lebih bernilai berbanding menaikkan ruby snapper.
Umpan untuk spesies merah paling padu ialah ikan selayang untuk siang hari, sotong hidup pada malam hari. Ini sesuai dengan diet ikan dari kawasan yang sama seolah makanan asasi bagi rutin diet hariannya.
Bagaimanapun jika jumpa kelompok ikan ini di satu lubuk, apa-apa umpan ikan janji kesegarannya terjamin boleh digunakan. Umpan boleh dicangkukkan seekor jika kecil atau dihiris memanjang. Umpan mati terbaik ialah ikan atau sotong belum kena ais.
Paling tidak ia tidak terendam di dalam ais. Potong memanjang berjuntai sedikit lebih baik dibandingkan seketul isi dipotong bersama tulang. Yang penting pemancing perlu pastikan agar umpan tidak berbelit dengan tali utama tidak kira teknik apollo mahupun penggunaan tanduk. Menggunakan tanduk dapat mengurangkan risiko umpan berpintal dengan tali utama.
Teknik apollo 3 hingga 5 mata kail diikat dengan perambut 60lb dengan perambut utama 100lb paling sesuai diamalkan untuk ikan merah berkelompok ini.
Faktor menentukan saiz mata kail biasanya dirujuk kepada saiz ikan yang dipancing, jenis sama ada bermulut besar atau ikan berbadan besar mulut kecil. Merah adalah jenis ikan merah memiliki mulut saiz normal seperti ikan jenahak maupun siakap merah.
Jika saiz kurang sekilogram boleh dipadankan mata kail seperti Gamakatsu nombor 1 atau 2, jika saiz menjangkau 3kg ke atas mata kail npmbor 3/0 hingga 5/0.
Saya gemar menggunakan gabungan 2 mata kail, kecil no 1 di hadapan dan saiz 3/0 atau 4/0 di belakang. Ikatan perambut tanpa perambut dawai kecuali jika ada pemangsa bergigi tajam mencuri umpan terutama pada malam hari.
Ia juga boleh dipancing berumpankan jig namun peratus sambarannya agak rendah. Bagi meningkatkan peratusan sambaran, kebanyakan pemancing meletak umpan tambahan pada mata kail jig seperti sotong atau udang.
Setelah banyak rumah rakit yang penulis terokai, boleh penulis katakan pancingan di rumah rakit ini begitu subjektif. Setiap rumah rakit yang ingin diterokai biasanya mempunyai teknik yang berbeza untuk menjerat ikan.
Namun, setelah mencedok banyak ilmu daripada otai-otai, akhirnya penulis bermurah hati untuk berkongsi beberapa panduan dan tip untuk kaki pancing menduga rumah rakit yang ada di Malaysia.
Buat Survey
Perkara paling penting untuk kaki pancing sebelum turun memancing di rumah rakit adalah dengan membuat sedikit kajian tentang rumah rakit yang anda ingin pergi. Ini dapat membantu anda untuk mengetahui struktur, kedalaman, dan pelbagai aspek penting yang lain tentang rumah rakit tersebut.
Anda juga boleh mengkaji tentang spesies ikan yang ada di situ. Bila tahu spesies apa yang ada, anda boleh mempersiapkan kelengkapan yang bersesuaian untuk memburu ikan target. Ingat, lain ikan, lain tekniknya.
Belajar Membaca Air
Membaca air ini mungkin agak subjektif kalau hendak kita ceritakan untuk memancing di rumah rakit. Ada rumah rakit yang sesuai untuk kita pergi ketika air besar dan ada juga yang lebih sesuai sewaktu air bani.
Tapi mengikut pengalaman penulis sendiri, antara waktu yang terbaik untuk menduga rumah rakit ialah ketika perjalanan air bani hendak ke besar ataupun ketika air besar hendak ke bani. Waktu sebegini lebih selamat kerana arusnya tidaklah begitu laju dan juga tidak begitu perlahan.
Peralatan yang Sesuai
Untuk memancing di rumah rakit mudah sahaja. Tak perlulah anda menggunakan set mahal atau high end. Cukuplah set ekonomi yang tahan lasak dan diyakini mampu untuk menaikkan spesies-spesies yang ada di rumah rakit.
Untuk kekili, saiz yang biasa digunakan ialah 4000 dan ke atas. Ia kemudian dipadankan dengan mainline sama ada mono atau braided minima 20lb. Seelok-eloknya digalakkan menggunakan tali braided kerana ia lebih tahan lasak jika anda bertarung dengan ikan bersaiz besar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...