Menarik sotong tidak sama seperti menarik ikan. Jangan melayan tarikan sotong seperti anda membuat sentakan ikan. Jika anda menarik sotong seperti ikan, peluang untuk mendapatkan sotong agak tipis.
Mungkin anda hanya mendapat jejari sotong sahaja. Apabila semakin lama anda menyandat, akan akan faham sendiri seni pancingan sotong ini.
Semasa sotong tiba dipermukaan, sotong akan memancutkan dakwatnya ke atas. Oleh itu elakkan dari melihat sotong dalam posisi berhadapan. Pastikan sotong berada agak jauh dari muka anda dengan cara meluruskan tangan semasa mengangkat sotong.
Ads
Sotong mampu memancutkan dakwat dan air melebihi ketinggian bumbung bot. Selalunya sotong torak hanya membuat sekali pancutan yang kuat. Pancutan air juga menunjukkan kedudukan sotong yang sudah berada berdekatan dengan permukaan.
Ads
Jika kita menghampiri bot-bot menyandat sotong, kita boleh melihat pancutan-pancutan air yang tinggi. Pancutan yang kerap memberi gambaran bilangan sotong yang berjaya didaratkan.
Ads
Jika semakin banyak dan kerap pancutan, maka semakin banyak sotong yang telah dicandat. Selalunya fenomena sebegini tidak lama, oleh itu pemancing perlu peka kepada perubahan pola ini.
Bagi nelayan tradisional dan penyandat-penyandat hardcore, mereka akan menarik sotong dengan tarikan yang sesuai, memegang badan sotong dalam posisi rendah, mencampak ke dalam bekas sotong dan melepaskan semula candat ke laut dengan muka yang cukup selamber.
Semuanya berlaku cukup pantas. Agak sukar untuk melihat sotong yang telah mereka tangkap dari jarak yang jauh. Walaubagaimanapun, pancutan yang dilakukan oleh sotong dapat memberikan gambaran yang cukup bermakna bagi bot-bot yang baru tiba ke lokasi berkenaan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Berikut disenaraikan antara keperluan wajib untuk memancing di atas bot bagi trip laut dalam melebihi tempoh 24 jam.
Set pancing
Peralatan memancing maksimum tiga set. Satu set kekili elektrik, satu set jigging aksi sederhana dan satu set aksi ringan khusus untuk mencari umpan seperti ikan-ikan pelagik dan sotong. Tidak perlu bawa set pancing sebagai standby mode. Namun tali pancing simpanan sebaiknya dibawa bersama.
Kotak pancing
Segala peralatan terminal dan aksesori memancing sebaiknya dimuatkan ke dalam satu kotak pancing sahaja. Elakkan dari membawa kotak pancing berlebihan terutamanya bersaiz besar kerana ia akan memakan ruang yang sememangnya terhad di atas bot.
Mata kail
Mata kail pelbagai saiz bermula dari 2/0 hingga 5/0 untuk ikan besar, manakala mata 4 hingga 1/0 untuk skala ikan kecil. Adalah disarankan susun atur mata kail mengikut saiz supaya lebih mudah untuk digunakan nanti. Jangan campur mata kail baru dengan yang sudah digunakan.
Perambut
Perambut sesuai berkekuatan daripada 30 lb hingga 100 lb berwarna cerah atau jernih. Kabel atau perambut dawai 40 hingga 60 paun perlu untuk memancing ikan bergigi tajam.
Umpan
Selain umpan yang disediakan oleh pihak bot, boleh juga untuk dibawa umpan sendiri. Terutamanya umpan tiruan seperti jig dan candat sotong.
Jaket keselamatan
Pastikan jaket keselamatan berfungsi baik dan bukan ala kadar. Walau cekap berenang sekali pun ia hanyalah bonus untuk waktu yang singkat saja.
Pakaian
Pakaian sesuai yang dapat mengekang kepanasan disiang hari serta kedinginan pada waktu malam. Topi dan baju hujan juga satu kemestian. Begitu juga pakaian bersih untuk menunaikan ibadat solat lima waktu. Sebaiknya boleh barang keperluan dan dokumen penting disimpan dalam bekas atau beg yang kalis air.
Makanan dan ubatan
Lazimnya pengusaha bot memancing akan menyediakan makan dan minum. Bagaimanapun seeloknya kita turut membawa minuman dan makanan tambahan berserta bekalan ubat yang dirasakan sesuai. Terutamanya ubat mabuk dan ubat tahan sakit.
Pengunaan gewang atau teknik menunda, casting atau balingan gewang adalah lebih efektif pada siang hari selain menghanyut umpan hidup. Menunda selain dari ikan tenggiri, alu-alu disifatkan mangsa yang paling kerap diperoleh.
Walaupun ia dianggap kurang aktif waktu siang, namun ada gangguan dari mangsa ia pasti agresif mengejar dan menyerang mangsa atas alasan untuk membunuh. Sekiranya mata tiga gewang ia pasti mudah tersangkut dan terpedaya.
Jika umpan hidup dihanyutkan pada siang hari, ada juga kes di mana umpan di serang secara tiba-tiba dengan mengigit, melarikan buat seketika dan melepaskan kembali
mangsa tadi apabila ia tidak bernyawa lagi. Ramai pemancing menyangka ia rabut sebelum rembatan dibuat.
Seperti yang diterangkan sifat pemburu sisik perak ini, waktu malam adalah paling mudah seronok dan kadang-kala naik jemu jadinya.
Ia akan menyambar umpan tidak kira hirisan ikan mati, sotong, udang atau umpan hidup ketika dilabuhkan ke dasar.
Setengahnya baru setengah meter dari permukaan ia sudah menrembat umpan jatuh. Jika diperhatikan saiz mangsa, ia banyak yang sebaya usia dan perbezaan saiz ini ditentukan oleh peringkat kedalaman air.
Saya pernah melihat si kecil di atas, kemudian disusuli yang besar sedikit dan akhir sekali yang lebih basar di bawah bak kata orang mata sebesar penumbuk.
Perambut Dan Umpan
Jika berlaku kes perambut dan tali utama putus tiba-tiba, tiada kesan tarikan atau ragutan ikan, usah tunggu lagi.
Perambut tangsi perlu ditukar dengan jenis dawai. Andaikan kawasan tersebut tiada buntal.
Ada dua jenis perambut dawai yang biasa terdapat di pasaran iaitu jenis jalinan dawai atau sulaman dawai bersalut plastik lembut dan jenis tunggal atau mono keluli tahan karat.
Panjang 1 hingga 2 kaki untuk jalinan dawai atau sejengkal untuk jenis mono. Ada satu lagi jenis dawai bersalut plastik lembut yang sudah sedia diikat dengan kili (biasanya berwarna hitam) dijual di pasaran.
Jenis ini juga tidak menjadi masalah. Tapi jika ingin mengendap tenggiri pada masa yang sama, jauhkan dari dawai berwarna gelap.
Mengunakan perambut jenis jalinan dawai bersalut plastik mudah bersimpul dan cepat mengerutu selepas memperoleh ikan.
Paling baik tukar atau potong bahagian menggerutu tersebut kerana ia sukar untuk dibentuk semula.
Atas sebab ini saya labih gemar mengunakan dawai jenis mono (biasanya panjang sejengkal lebih sedikit) dan senang dibentuk semula saelepas dapat ikan.
Hasilnya persembahan umpan lebih cantik membuatkan ikan pemangsa geram. Kekuatan perambut disyorkan dari 20Ib hingga 50Ib.
Umpan tidak menjadi banyak masalah memburu alu-alu. Apa saja ikan, sotong, udang mati boleh digunakan. Atau umpan hidup pilihan saya seperti anak tongkol, kembung, anak seer (panjang 6 inci), anak ikan bersisik seperti kunyit atau gelama.
Mata ikut saiz ikan dan umpan sama ada satu, dua atau tiga serangkai.
Jika diperhatikan hasil memancing di dasar lebih kecil berbanding di permukaan. Sebab itu ramai yang memilih teknik memancing hanyut (drifting) tanpa pemberat atau mengunakan belon. Ini sesuai untuk umpan hidup yang segar dan keadaan air yang berarus.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...