Lazimnya tip atau bahagian hujung joran yang paling banyak patah pada sesebatang joran kerana ia point atau titik yang paling lemah dalam pembinaan joran. Namun insiden di luar memancing lebih kerap mematahkan tip ini berbanding ketika sedang memancing seperti patah ketika sedang menyimpan di dalam sarung, patah akibat terpijak, terhimpit atau tersepit pada pintu kereta.
Gam atau varnis dan ikatan benang perlu bergabung antara satu sama umpama ikan dan air. Jika epoxy terkopek, ikatan benang akan terdedah dan mudah luka sekaligus menyebabkan ia mudah putus. Rajin-rajinlah periksa bahagian ini.
Ads
Ia berlaku kepada joran bersambung atau 2 pieces terutamanya joran yang diperbuat daripada fibre glass atau gentian kaca. Penyambung joran gentian kaca diperbuat daripada logam dan murah menggerutu akibat proses pengoksidaan.
Ads
Ia tidak mudah rosak tetapi terdedah kepada kerosakan kerana ramai pemancing yang gemar mencucuk mata kail pada pemegang joran. Selain itu ia juga perlu dibersihkan selalu agar tidak menjadi serangan kepada lipas.
Ads
Bahagian pemegang joran ini paling cerewet jika berlaku kerosakan. Tidak ramai pembuat joran custum sedia menerima tugas untuk menukar pemegang joran yang rosak. Bagi memastikan bahagian ini tidak cepat rosak, pastikan anda memasukkan tapak kekili dengan betul dan tidak mengetatkannya secara berlebihan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tidak banyak hebahan hasil dari kajian pemancing tentang ikan tongsan sisik halus di mana-mana platform media, sebaliknya hanya kisah pancingannya sahaja. Percaya atau tidak jika dikatakan bahawa ikan tongsan sisik halus ini merupakan ikan kap yang hidup secara berkumpulan. Lazimnya dalam kumpulan kecil.
Setelah memancing ikan ini di habitat liar dan juga kurungan (kolam pancing) pemancing berjaya mendapati ikan tongsan sisik halus ini suka menunggu di kawasan tenang dan berkumpulan. Di setiap lokasi kolam terdapat 2 hingga hingga 5 ekor sahaja ikan ini berada di sesuatu sudut.
Ikan tongsan ini tidak suka kehadiran ikan-ikan air tawar yang lain seperti ikan patin, rohu, pacu atau keli. Sekiranya sarang dan koloninya diganggu, ia akan lari dan akan membina koloni yang baru selepas itu.
Di setiap kawasan atau lubuk tongsan ini akan ada seekor ikan tongsan sisik halus yang bersaiz besar disitu, kadang-kadang terdapat sehingga lebih dari 5 ekor ikan tongsan di setiap lubuk termasuk yang saiz besar mencapai saiz melebihi 10kg dan ke atas.
Walaupun ia telah terkena mata pancing ia seperti biasa 2 hingga 3 hari kemudian ia akan kembali tinggal di lubuk lamanya.
Bagi pemancing yang sudah tahu lokasi ikan ini tinggal maka beruntunglah ia, kemungkinan besar ia akan berkali-kali menaikkan ikan besar yang akan menduduki carta ranking ikan terberat yang biasanya disediakan di kolam pancing.
Namun, bancuhan umpan mestilah berbeza-beza. Ikan tongsan bersaiz besar dapat mengenal pasti umpan yang telah dimakannya dahulu selama 6 bulan lamanya, percaya atau tidak?
Pengalaman memburu ikan tongsan bersaiz besar banyak kali melihat ikan yang bersaiz besar ini banyak kali telah didaratkan di tempat yang sama atau di lubuk yang sama. Ikan yang telah terkena mata pancing ini akan kembali lagi menyedut umpan setelah mulut atau tubuhnya kembali sihat dan lukanya kembali pulih.
Sekiranya di dalam sesebuah kolam itu hanya terdapat seekor sahaja ikan tongsan sisik halus bersaiz 10kg (contoh sahaja), lazimnya ia akan akan dijadikan ikan jakpot atau tangkapan bonus.
Sekiranya kita pernah menaikkan ikan ini maka bancuhan umpan tongsan jakpot ini perlulah ditukar. Jika tidak, peluang ikan tongsan didaratkan oleh si pemancing lain amat cerah. Sedangkan kita tahu di mana lubuk ikan tongsan ini jadi perlulah tukar bancuhan bau umpan kita ini.
Ikan tongsan ini seakan-akan mempunyai seekor ketua di setiap lubuknya, namun bergitu ia akan mencari makan di setiap sudut kolam dan kembali semula ke sarang atau lubuknya. Begitulah perangai ikan tongsan ini dari hari ke hari.
Ikan tongsan amat suka tinggal di kawasan air yang tenang dan sunyi jauh dari gangguan ikan-ikan. Sesiapa yang mahir, ia pasti akan dapat melihat ikan-ikan ini keluar dari sarangnya melalui olak air di kawasan itu maka di situlah sarang ikan-ikan ini boleh dikenal pasti.
Selain lombong atau sungai, tali air atau terusan perairan merupakan lokasi sesuai untuk memburu spesies ini. Untuk mengesan sesuatu lubuk itu dihuni belida, sila perhatikan kelibat spesies ini bermain di permukaan air. Ia memerlukan pengamatan yang konsisten. Jika ada terlihat, sah terdapat lubuk di kawasan berkenaan.
Untuk berjaya memancing belida bintik di ban atau tali air ini, anda perlu sedikit ilmu dan panduan yang kami peroleh daripada pakar-pakar pemburunya.
Umpan
Pemancing perlu ada lebih dari satu variasi umpan. Antaranya anak udang, ikan sepat, ikan seluang. Pastikan pula umpan-umpan tersebut segar dan diperoleh di lokasi yang sama untuk memancing belida tersebut.
Selain teknik pancingan dasar atau bottom, ikan belida juga boleh ditewaskan melalui kaedah mengilat atau casting. Terpulang kepada korang untuk memilih dan mengaplikasikannya. Kalau nak aplikasi kedua-duanya boleh.
Peralatan & teknik
Set joran tidak perlu keras, gunakan set sederhana saja. Jika memancing di ban atau tali air ini saya sarankan gunakanlah tali tangsi atau mono filament. Memadai 8lb hingga 15 lb sahaja.
Jika kawasan itu berarus, boleh gunakan batu ladung saiz yang bersesuaian. Kalau boleh gunalah ladung yang paling kecil. Perambut pula tidak terlalu kasar. Guna saja perambut tangsi biasa.
Bila ikan belida memakan umpan, joran perlulah disentap kuat, agar mata kail benar-benar tertancap kuat di mulutnya. Jika lewat membuat sentapan, ikan ini mampu untuk meluahkan umpan yang sudah dimakan.
Waktu & spot
Belida bintik di habitat asalnya adalah haiwan noktunal atau aktif mencari makan pada waktu malam. Oleh yang demikian ia kurang sesuai dipancing ketika matahari panas terik. Untuk kejayaan, anda perlu memancing pada waktu malam. Jika ingin memancingnya pada siang hari, waktu awal pagi atau lewat senja disarankan.
Belida bintik menjadikan kawasan berstruktur seperti ruang luas di bawah reba dan rimbunan tumbuhan air sebagai kawasan rehatnya. Untuk casting atau menggunakan umpan alami, sebaiknya anda melontar umpan di kawasan-kawasan tersebut.
Setiap kali memancing di kuala atau muara sungai, sudah tentu semua pemancing ingin mendaratkan seberapa banyak ikan sasaran seperti siakap putih, senangin, kurau, talang, ebek dan macam-macam lagi.
Bagi memperoleh strike sekaligus menjadi santapan untuk seisi keluarga, ikonik pancingan pantai Kapten (B) Mohd Rosdi memiliki petua tersendiri menjinakkan ikan-ikan muara dan pesisir pantai.
Pasang surut
Menurut Kapten Rosdi Abdullah, perkara pertama pemancing perlu tahu dan faham ialah jadual pasang pasang surut air laut. Ini kerana muara merupakan pintu keluar masuk ikan dari laut. Atau dalam erti kata lainnya, ikan-ikan tertentu hanya akan masuk ke dalam sungai berpandukan pasang dan surut air.
Biasanya pada waktu air pasang besar, spesies-spesies sasaran itu berenang mudik ke sungai. Inilah masa terbaik untuk memancing.
Umpan hidup
Banyak jenis umpan boleh digunakan bagi memancing di muara seperti umpan hidup dan umpan mati. Namun penggunaan umpan mati seperti hirisan ikan, kebarangkaliannya untuk disambar ikan sasaran pada 1/10 berbanding umpan hidup.
Antara umpan udang hidup dan ikan hidup, peluang bagi udang hidup lebih tinggi disambar pemangsa tetapi umpan ikan belanak hidup lebih berpeluang peroleh ikan yang lebih besar dan berkualiti.
Umpan ikan hidup terbaik, yang diperoleh dari sekitar tempat memancing dengan menangkapnya menggunakan jala. Selain itu pemancing juga perlu tahu cara untuk mencangkuk umpan ikan belanak yang digunakan untuk memastikan umpan itu terus hidup dan timbul di permukaan air.
Tip terbaik ialah mata kail perlu dicangkuk di belakang ikan untuk menjamin dapat hidup lebih lama.
Teknik penyediaan perambut
Umpan ikan hidup itu akan mati sekiranya arus air di kawasan muara terlalu deras atau tali perambut yang digunakan terlalu kasar.
Sekiranya umpan ikan hidup diperoleh menggunakan jala, jangan letak lebih dari sembilan ekor dalam satu bekas, bagi mengelakkan ikan itu mati. Jumlah yang sesuai ialah tujuh ekor dalam satu bekas yang dipasang pam oksigen.
Perambut terbaik adalah jenis fluorocarbon 100% berkekuatan 50lbs. Perambut yang biasa saya gunakan sepanjang 30cm.
Perambut yang siap diikat mata kail ini kemudian disambung pula dengan perambut tangsi berkekuatan 30lb-40lb dengan ikatan penyambungan 8 figure knot. Panjang keseluruhan perambut ini sekitar 1 ½ depa bertujuan meringankan perambut agar umpan ikan belanak hidup lama tanpa membawa beban yang berat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...