Electric thruster atau motor kipas elektrik untuk kegunaan marin adalah salah satu nadi penggerak kepada bot. Walaupun ia tidak sekuat enjin sangkut namun penggunaannya amat efektif bagi kaki pancing yang menggemari teknik trolling ataupun casting.

 

Motor kipas ini dijana tenaga menggunakan bateri dan sudah tentu ia berbeza dengan enjin sangkut yang bunyinya lebih bising.

 

Panduan Menggunakan Motor Kipas Elektrik
Panel kelajuan menggunakan lampu pada sesetengah model.

 

Bagi kaki casting, penggunaan thruster adalah cara terbaik untuk mereka menghampiri seberapa dekat yang boleh spot ikan sasaran tanpa membuatkan ikan culas, bahkan tidak lagi memenatkan, berbanding penggunaan dayung.

 

Malah hari ini juga, telah ada teknologi thruster yang lebih baik baik dan berkuasa hingga mampu menggantikan enjin sangkut untuk bergerak lebih jauh.

 

Ads

Kebiasaannya, thruster digunakan oleh bot-bot kecil untuk sesi memancing di lombong, sungai atau tasik.

 

Panduan Menggunakan Motor Kipas Elektrik
Thruster yang menggunakan remote untuk dikemudi.

 

Bagi sungai yang berarus deras, penggunaan thruster ini adalah tidak sesuai. Semakin banyak aliran tenaga yang digunakan dari bateri, semakin cepatlah kuasa thruster menurun berbanding penggunaannya di kawasan padang pancing yang tenang.

 

Thruster didatangkan dengan pelbagai kuasa yang dibahagikan mengikut kiraan berat dia antara 30lb hingga 55lb. Perbezaan berat ini adalah bagi menandakan kekuatan yang mampu dijana oleh sesebuah thruster.

Ads

 

Panduan Menggunakan Motor Kipas Elektrik
Klip perlu disambungkan dengan betul pada bateri.

 

Semakin tinggi paun thruster tersebut semakin laju knot yang mampu dicipta oleh kelajuan bot menyusuri air.

 

Penggunaan bateri selalunya perkara yang paling rumit untuk difikirkan apabila thruster ini. Bagi bateri basah ia perlu dicas dan mengambil masa yang agak lama untuk penuh.

Ads

 

Panduan Menggunakan Motor Kipas Elektrik
Bateri kering kereta yang selalu digunakan. Sebenarnya bateri marin yang boleh dicas sendiri adalah lebih baik.

 

Bayangkan setiap kali ingin turun memancing, persediaan awal untuk mengecas bateri perlu dilakukan supaya tidak berkayuh semasa kehabisan bateri. Jalan terbaik adalah dengan menggunakan bateri marin yang mampu mengecas semula apabila digunakan.

 

Namun harganya mungkin dua kali ganda mahal berbanding bateri basah atau kering bagi model biasa.

 

Panduan Menggunakan Motor Kipas Elektrik

 

Penting atau tidak, memiliki thruster adalah satu kelebihan bagi sesiapa yang memiliki bot. Kehadiran pemancing yang lebih senyap dan kawalan bot lebih mudah membolehkan pemancing memasuki pelosok anak sungai dan memperolehi hasil yang lebih baik.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI