Bahan-bahan:
Roti sandwich (potong dadu)
Musang Strawberry A1
Sos Raya A1
Esen Badam
Esen Nenas
Esen Pisang
Cara-Cara Penyediaan Umpan
Step 1
Satu bungkus roti sandwich dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan Sos Raya A1 (kuning) sebanyak 6 penutup.
Step 2
Kemudian masukkan Musang Strawberry A1 sebanyak 6 penutup atau lebih. Goncang bekas bancuhan agar sos mengenai roti lebih sekata.
Step 3
Masukkan 1 penutup botol esen pisang (goncang lagi).
Step 4
Masukkan pula 2 penutup botol esen nanas (goncang lagi).
Step 5
Seterusnya masukkan 1 penutup botol esen badam.
Cara penggunaan umpan
Step 1
Setelah dibiarkan seketika agar setiap perisa sekata dengan roti, barulah cucuk roti dadu pada mata kail perambut V.
Step 2
Kemudian kepal roti dadu yang lain pada perambut mata kail tersebut dan ia siap sedia untuk dilontar ke spot patin bermain.