Hampir kesemua bot atau kapal mempunyai alat ini. Menurut definisi Wikipedia, sauh adalah sejenis benda yang diperbuat daripada besi ataupun logam untuk menambat kapal
agar tidak berpindah ke tempat lain kerana hembusan angin, arus ataupun gelombang laut. Sauh dihubungkan dengan rantai yang dibuat dari besi ke kapal dan dengan tali pada kapal kecil atau perahu.
Sauh merupakan salah satu alat yang tidak kurang pentingnya ketika memancing menggunakan sampan atau bot.
Terutama ketika di laut atau pun di lokasi yang kurangnya tempat untuk menambat bot. Penggunaan sauh dapat membantu bot pegun di lubuk yang dikehendaki.
Bahkan logo sauh juga telah menjadi simbol bagi hampir semua kegiatan yang berkaitan dengan lautan ataupun maritim.
Ads
Namun di sebalik penggunaannya, terdapat teknik mengikat sauh dengan betul bagi kegunaan perahu kecil.
Tidak kira ia dibeli yang telah siap dan dijual di kedai-kedai marin ataupun sauh yang dibuat sendiri ia perlu ada sifat-sifat keselamatan.
Hampir setiap sauh yang tersedia mempunyai dua tempat mengikat tali atau rantai. Kedudukan tempat mengikat tersebut terletak di pangkal dan juga pucuk sauh.
Kenapa ia direka begitu? Setiap sauh yang diturunkan ke dasar mempunyai risiko untuk tersangkut ke karang ataupun reba serta akar pokok yang tidak dapat dilihat oleh kita.
Ads
Bagaimana sauh berfungsi?
➡ Caranya, buat ikatan utama yang kuat pada pucuk sauh agar mampu menjadi pemegang utama ketika kejadian sauh tersangkut berlaku.
Gunakan tali yang kuat dan sepadan dengan berat sauh dan berat bebanan bot.
Ads
➡ Kemudian ikat tali bersaiz kecil yang sederhana kuat di pangkal sauh sebagai pelaras kepada sauh supaya dapat mengunci sauh pada kedudukan yang dikehendaki.
➡ Tali sederhana kuat perlu diikat pada tali sauh utama. Tali ini akan menjadi tali keselamatan apabila sauh tersangkut dan mampu terbuka apabila ditarik dengan kuat.
➡ Apabila tali keselamatan terbuka atau putus maka ikatan pada bahagian pucuk sauh akan berfungsi untuk mengeluarkan sauh selepas ia tersangkut pada dasar kerana ia ditarik dari arah bertentangan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sepanjang pengamatan saya memancing tamok di rumah rakit (Rakit Muara), waktu terbaik untuk dapat tamok bersaiz besar atau tamok mega ialah pada waktu malam. Terutamanya ketika air bani pada waktu malam.
Ada beberapa teknik yang sesuai untuk dicuba. Salah satu cara yang biasa dilakukan oleh pemancing ialah dengan menggunakan amboh atau koyan.
Sememangnya penggunaan koyan lebih berkesan untuk mendapatkan tamok mega pada waktu malam.
Sambil tidur ayam menanti joran yang lain yang ditarik ikan, koyan yang berumpankan roti dilabuhkan bersebelahan dengan bunjut roti.
Bagi yang belum mengetahui, bonjot roti ialah ramasan roti yang diletakkan di dalam bunjut. Ia berperanan sebagai rasuah untuk memanggil tamok.
Apabila tamok datang, ia akan mengambil roti yang dicucuk mata kail kerana tidak dapat memakan roti di dalam bunjut.
Adalah penting tali koyan tidak terikat sebaliknya dipegang dengan jari. Ini membolehkan jari dapat mengesan sebarang getuan.
Andai lewat menyentap, tamok akan membawa lari tali ke bawah tiang atau tong pelampung yang berteritip tajam. Maka berputih matalah jawabnya.
Ruginya kalau yang mengena itu tamok mega.
Satu lagi teknik yang paling berkesan ialah memancing di rumah rakit. Caranya ialah mencari lantai papan yang berlubang.
Saiz lubang sekitar 1 kaki x 1 kaki atau sekurang-kurangnya yang boleh menaikkan ikan tanpa banyak masalah.
Cara ini adalah untuk mengelirukan tamok yang terlalu sensitif kepada bunyi dan cahaya lampu.
Tangkapan tamok efektif pada waktu malam hari dalam keadaan yang senyap dan penggunaan lampu yang terhad.
Teknik yang digunakan ialah mata kail diikat terus pada tali utama tanpa penggunaan pemberat atau batu landung dan pelampung.
Umpan roti pula dilepaskan sekadar mencecah permukaan air dan kelihatan terampai-ampai seperti keadaan roti hanyut.
Harapan untuk menipu tamok mega yang berlegar di bawah permukaan air amat tinggi.
Ikan kenerak adalah spesies ikan bermisai (catfish) bergigi tajam dan juga merupakan ikan permangsa. Ia cukup popular di kalangan pemancing tempatan di negeri Pahang. Antara daerah yang popular dengan populasi ikan kenerak ialah Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh.
Habitat bagi spesies ini pula ialah kawasan sungai yang berarus deras. Spesies ini juga mampu hidup bertahun-tahun sehingga mencecah berbelas kilogram atau berpuluh kilogram. Kenerak juga mendiami kawasan sungai yang berarus deras Ini termasuk kawasan berbatu jeram, batang-batang kayu, tiang-tiang jambatan.
Ikan kenerak mempunyai kepala yang besar serta bergigi tajam mendatar ke bawah hingga ke bahagian mulutnya. Bahagian kepala memiliki tengkorak yang agak keras untuk melindungi kepalanya. Badannya mempunyai bentuk agak memanjang.
Bahagian badannya mempunyai warna yang agak kekuningan bercorak seperti coloreng. Bagi yang tidak pernah melihat ikan kenerak mereka mengatakan ikan bandaraya.
Kenerak merupakan spesies yang mempunyai barbell atau misai yang digunakan untuk memburu. Mereka mengesan mangsa atau makanan melalui filament barbel ini dan tidak menggunakan mata terutama dalam keadaan air yang keruh.
Kenerak yang mempunyai bentuk badan yang mampu melekat di batu dan kayu-kayu duduk mengendap mangsa di kawasan berarus deras atau jeram berbatu dan berkayu.
Teknik Pancingan
Teknik bottom dan juga casting selaman arus deras. Teknik bottom menjadi pilihan saya. Saya lebih suka mengunakan teknik bottom sebab baling dan tunggu sambaran. Bagi kawasan yang deras haruslah menggunakan batu hidup atau ladung yang bersaiz 7 ke atas.
Set pancing yang tahan lasak, bergantung pada kederasan air. Bagi saya umpan ikan kenerak adalah sangat mudah hanya menggunakan cengkerik. Adakala saya mengunakan anak ikan keli dan juga ulat lundi. Cengkerik yang disangkut penuh pada mata kail dibaling di kepala jeram. Kepala batang-batang kayu, kepala tiang-tiag jambatan atau pun bawah jambatan.
Apabila umpan telah dimakan pertarungan bermula tiada tarikan manja hanya tarikan yang kuat. Tali perambut juga harus la kasar dan kuat kerana gigi kenerak sangat tajam. Bukan senang untuk mendaratkan ikan kenerak kerana tarikan yang kuat malah faktor air yang deras menyukarkan untuk didaratkan.
Ibarat tarik batang kayu yang hanyut. Bagi setengah orang tidak berani atau geli dan juga takut untuk memakan ikan kenerak. Saya sangat menggemari ikan ini kerana mempunyai isi yang sedap. Bagi orang-orang Pahang gulai masang kenerak dan gulai gulai asam rom menjadi pilihan utama untuk memasak ikan ini.
Mari kita lihat spesies-spesies ikan penyambar gewang yang menjadi buruan ramai pengilat muara.
Siakap
Tak dapat dinafikan lagi ikan siakap atau barramundi merupakan spesies sasaran casting nombor satu di muara.
Ia juga disebabkan oleh kewujudannya yang bertaburan di merata muara seluruh negeri hingga ke Sabah dan Sarawak.
Kepuasan sebenar bagi kaki casting ialah melihat aksi akrobatiknya dalam usaha meloloskan diri apabila tercangkuk mata kail.
MJ aka Siakap merah
Walaupun saiznya tidak mampu mengatasi ikan siakap atau kakap putih, namun siakap merah atau mangrove jack (MJ) tetap menduduki ranking antara teratas spesies sasaran casting muara.
Sebagaimana siakap putih, ia juga spesies yang mudah ditemui di serata negeri dan aksinya melarikan gewang ke celah-celah bangkar kayu merupakan cabaran menyeronokan bagi kaki casting.
Bandang
Ikan bandang atau lebih popular dipanggil ladyfish merupakan ikan yang paling mencabar kesabaran pengilat.
Selain taburan yang kurang meluas, ia juga antara ikan yang sulit untuk didaratkan. Rahangnya yang bertulang keras dan kemampuan melibas gewang dari mulutnya membuatkan ia sukar untuk didaratkan.
Namun ia memberikan satu kepuasan yang unik kepada sesiapa yang berjaya menewaskannya walaupun bersaiz kecil.
Bulan
Ikan bulan atau tarpon bolehlah dianggap sebagai lesen P bagi pengilat muara. Selagi belum berjaya mendaratkannya, maka anda belum boleh memiliki lesen penuh.
Bagi lokasi yang mudah untuk mendaratan siakap dan MJ, ikan bulan hanya dianggap sebagai hiburan semata.
Tetapi dalam method pancingan ultralight, ia merupakan spesies yang cukup menyeronokkan dan spesies sasaran utama.
Jenahak
Sebagaimana spesies siakap merah, ikan jenahak juga menjadikan kawasan estuari membiak dan membesar sebelum berhijrah ke laut lepas apabila matang.
Namun, berbanding siakap merah yang lebih mudah, untuk memperolehi jenahak adalah lebih sukar.
Sebaliknya ia lebih mudah jika dipancing dengan teknik dasar atau casting dengan menggunakan umpan hidup. Atas sebab itu ia adalah satu bonus jika berjaya menjinakkan jenahak.
Kerapu
Tidak mengira apa saja jenis kerapu, ia merupakan spesies sasaran utama penggemar casting muara.
Lebih-lebih lagi jika berjaya menjinakkan kerapu harimau yang bersaiz kasar. Kerapu sememangnya terkenal sebagai spesies yang sukar untuk ditewaskan terutamanya pada minit awal apabila mata kail tercangkuk pada mulutnya.
Hanya jika berjaya mengekang benamannya ke sarang atau bangkar maka kejayaan menjadi milik pemancing.
Kurau
Mengilat ikan kurau mungkin agak janggal bagi pemancing di negara kita. Namun di negara Australia, ikan kurau merupakan spesies sasaran utama acara casting.
Mungkin disebabkan kesukaran untuk mengesan lubuk dan laluan, atau juga belum ditemui gewang yang sepadan dengan diet pemakanannya.
Jika perkara ini diatasi pasti ikan kurau pasti akan menjadi spesies sasaran paling atas dalam acara mengilat di muara.
Tembaring
Tidak dapat disangkal lagi ikan tembaring atau kanai dan lebih popular dengan nama singkatan BB (black bass) merupakan spesies paling agresif membaham dan menghancurkan gewang.
Hanya kerana ia boleh ditemui di beberapa lokasi di perairan Sabah, ia tidak menduduki carta paling atas spesies muara yang paling banyak diburu.
Namun bagi pengilat tegar teknik casting ini, ia merupakan lesen yang wajib diperolehi walaupun hanya sekali.
Alu-alu
Alu-alu atau barracuda mungkin tidak menduduki barisan teratas spesies sasaran casting.
Sebaliknya mungkin menjadi spesies yang dibenci ekoran memiliki senjata tajam yang mampu merosakkan atau lebih teruk lagi memutuskan sambungan gewang dengan set casting pemancing.
Walau bagaimana pun ia jugak spesies yang menghiburkan apabila tercangkuk pada mata gewang.
GT
Sebut saja nama gerepoh atau nama globalnya yang melambangkan gergasi iaitu giant trevally (GT) dan habitat yang gergasi ini sering ditemui di laut dalam, mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa ia juga boleh ditemui dan dipancing di muara.
Walaupun GT yang sering ditemui di muara berstatus juvenile, namun ia tetap mewarisi kekuatan dan kelincahan giant trevally.
Talang
Mengilat ikan talang di muara dan kuala sungai terutamanya di pantai timur semenanjung Malaysia kini menjadi satu fenomena.
Malah ia turut dijadikan acara tahunan merebut sesuatu kejuaraan. Ia jelas menggambarkan bahawa ikan talang bukan saja menjadi spesies sasaran aktiviti jigging, bahkan sudah dijadikan spesies sasaran utama aktiviti lure casting di muara.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...