Panduan Memilih, Beli & Memasak Ikan Dengkis

Share

 

Ikan dengkis tidak dijual secara meluas di pasar basah atau pasaraya. Jika anda ke pasar dan bertemu ikan ini, ambillah sedikit masa untuk untuk memilih ikan yang benar-benar segar. Kesegaran ikan dengkis amat penting agar tidak menjejaskan kualiti rasanya.

 

Pilihlah daging ikan dengkis yang memiliki warna kulit terang dan cerah sehingga daging terlihat lebih fresh dan segar.

 

Bila menekan daging ikan dengkis akan terasa kenyal. Kalau tekstur kulitnya tenggelam bermakna isinya sudah lembik dan tidak lagi segar.

 

 

Perhatikan keadaan matanya.  Mata ikan dengkis yang masih segar cenderung seperti tersembul keluar dan cembung kelihatannya. Kalau dah tenggelam bermakna ia sudah tidak segar lagi.

 

Periksa insang dan sirip ikan. Insang ikan yang masih segar juga terlihat berwarna merah dan siripnya kuat tidak mudah dipatahkan.

 

Setelah memilih ikan untuk dimasak maka langkah selanjutnya adalah proses penyimpanan ikan dengkis jika tidak memasak semuanya sekaligus. Untuk menyimpan ikan yang baik, cara untuk melakukannya adalah seperti berikut:

 

 

Kebanyakan suri rumah menyimpan ikan di dalam ruang sejuk beku peti ais. Penyimpanan ikan di dalam peti sejuk beku memang bagus karena membuatkan ikan kekal awet.

 

Namun penyimpanan yang melebihi dari 6 bulan sudah tidak digalakkan lagi. Jadi sebaiknya segera dimasak saja jika sudah mendekati tempoh 5 bulan.

 

Jika ikan yang di dalam peti sejuk dibekukan maka langkah selanjutnya adalah dengan nyah beku atau mencairkan ikan dengan membiarkannya begitu saja di luar peti sejuk.

 

 

Ikan dengkis yang sudah pernah dibekukan maka sebaiknya jangan dibekukan lagi sekali di dalam pei sejuk. Sebaiknya sesudah dikeluarkan dari peti sejuk segera dimasak saja.

 

Itulah beberapa langkah proses penyimpanan ikan yang baik agar nutrisi di dalam ikan tetap terjaga dan bermanfaat bagi kesihatan kita juga.

 

Published by
Amang