Dalam konteks pancingan di Malaysia, pancingan ikan pari memang cukup popular terutamanya bagi peminat pancingan pantai atau surfcasting.

Bagi kaki pancing pantai, ikan pari merupakan lesen besar jika berjaya dinaikkan. Apatah lagi jika yang ditundukkan itu bersaiz mega iaitu kira-kira 20kg ke atas.

 

Antara lokasi yang cukup popular bagi kebanyakan peminat si ekor cemeti ini ialah Kuala Pahang, Pantai Chedoq, Pantai Sungai Lang, Pantai Acheh, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Puteri, Pengkalan Balak dan lain-lain.

Jika dilihat secara geografinya, hampir kebanyakan pantai di Malaysia merupakan spot menarik dan mempunyai potensi untuk menaikkan ikan pari.

 

Taktik & Teknik pancing pari *

Sensasi tarikan ikan pari tentulah kerana kekuatannya. Kombinasi kekuatan tarikan, berat dan bentuk badan serta keupayaan untuk memekap di dasar air cukup untuk membuatkan pemancing mengerah keringat untuk menariknya ke gigi air.

Ads

 

Bagi mengesan kehadiran pari, pemancing perlu memantau lopak-lopak yang menjadi kediaman pari ketika air laut surut.

Lazimnya apabila air pasang, pari akan kembali mendiami lopak tersebut dan di situlah umpan akan dilontarkan.

Berbanding dengan pancingan pari secara bersampan, alur laluan pari akan menjadi taruhan umpan apabila tibanya musim pari.

 

Selain itu, pancingan pari juga memerlukan teknik yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila sang pari memekap di dasar.

Ads

Sesetengah pemancing akan menjentik tali atau menggerakkan tali apabila ikan memekap ke dasar.

Ada juga yang membiarkan dahulu atau mengendurkan tali jika ada tanda-tanda ikan memekap ke dasar.

Apabila ada pergerakan, barulah tali dikarau semula dan cuba elakkan ikan memekap kembali.

 

UMPAN PARI

Ads

 

Taktik & Teknik pancing pari *

 

Diet pemakanan ikan pari tertumpu kepada moluska, cecacing, krustasia, ikan, kerangan, ketam dan udang. Ikan pari mencari mangsanya yang bersembunyi dalam pasir atau lumpur dengan membalikkan pasir menggunakan sisinya atau sirip pektoral.

 

Sesetengah ikan pari menjadikan arus air yang kuat sebagai sumber makanan kerana arus kuat membawa pelbagai invertebrata bersamanya. Bagi pari pelagik, spesies ini menjadikan ikan, sotong dan juga obor-obor sebagai sumber makanannya.

 

Ikan pari tidak terlalu memilih umpan, bahkan kadangkala pemancing pula yang terkejut kerana tidak menyangka umpan disambar pari. Begitu pun, antara umpan pari yang popular di kalangan pemancing pantai termasuklah ikan bebolos, gelama, udang hidup, belacak, tamban dan pelata, udang lipan serta sotong kurita.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI