Aji-aji besar tidak bermasalah untuk menelan seekor ikan hidup sebesar kembung dan boleh menekan dengan erti kata lain melenturkan joran pemancing sehingga ketahap maksimum.
Pasti ketika ini drag sudah mengambil alih tugas mengurangkan bebanan yang dipikul oleh joran jika pemancing sudah set sistem tegangan pada tahap sesuai.
Bayangkan masa ini lengan yang menggenggam joran sudah mula timbul urat, tangan sudah kental, manik-manik kecil hasil biasan pantulan cahaya matahari menandakan ia mula berpeluh. Ada sesetengah kaki pancing berkata masa inilah dikatakan kemuncak kepuasan memancing.
Selaras dengan keupayaan ia menyelam setiap lapisan air maka jangan harap ia keluar pelampung apabila berjaya dipam naik dari dasar hingga permukaan. Bahkan di permukaan ia boleh memberi saingan lebih dari yang diterima oleh pemancing ketika ia masih di dasar.
Dari permukaan ia boleh menerjah masuk semula ke bawah permukaan air tanpa banyak halangan. Dengan kata lain jika kekuatan yang dimilikinya tidak dipadankan dengan peralatan seimbang, aji-aji boleh buli kita dan datang dan pergi menarik tali keluar sesuka hati.
Umpan, Peralatan Dan Teknik
Sesuai dengan sifat aji-aji yang mendiami pada pelbagai tahap kedalaman air, teknik persembahan yang terbaik di pertengahan air. Selain dengan teknik dasar, pertengahan dan hanyut, ia boleh dipujuk dengan gewang besi seperti metal jig melalui teknik jigging pantas atau perlahan.
Aji-aji banyak bermain di pertengahan air dan ke dasar untuk memburu makanan. Melihat saiz aji-aji yang berada di laut kita, hirisan umpan ikan mati sudah memadai. Banyak rekod tangkapan di Semenanjung adalah bawah 1 kg jelas menunjukkan persembahan umpan ikan hidup dianggap kurang sesuai kecuali untuk spesies aji-aji jalur kuning di kepala memiliki saiz pembesaran berkali ganda berbanding aji-aji di negara ini.
Untuk aji-aji kecil bawah 3 kg kombinasi peralatan sekitar 20lb sudah memadai, namun untuk spesimen yang lebih power adalah lebih baik padankan set kekili dan joran yang sesuai.
Set pancing kksi berat sememangnya diperlukan untuk bertarung dengan ikan bersaiz gergasi. Aji-aji tidak dinafikan salah satu spesies gamefish yang sukar ditumbangkan dalam masa singkat. Perhatikan kaki jigging beradu tenaga dengan bapak aji-aji.
Kini, aji-aji menjadi spesies sasaran kaki-kaki jigging perlahan yang bertandang ke perairan Borneo. Sama ada di perairan Sabah atau Sarawak, kepuasan mendaratkan aji-aji bersaiz monster jauh lebih bernilai berbanding menaikkan ruby snapper.