Sungai Keniam terletak di dalam kawasan Taman Negara Pahang. Sebagai sungai yang terletak di dalam Taman Negara, ia tertakluk kepada akta larangan seperti larangan menebang pokok sesuka hati, membuang sampah dan sebagainya.

 

Perlu mengambil permit memasuki Taman Negara, Lesen Memancing dan Permit Foto serta mengistihar segala peralatan dan kelengkapan di Pos Renjer Perhilitan di Sungai Tahan sebelum masuk dan selepas keluar.

 

Panduan Memancing Di Taman Negara Sungai Keniam

 

Sentiasa berhati-hati dengan kehadiran binatang liar yang terdapat di sini. Gajah antara haiwan yang banyak berada di persekitaran Sungai Keniam. Terkini, terdapat renjer yang ditempatkan di Lata Said, bertujuan mengawasi kehadiran pemburu haram dan pencari kayu gaharu oleh pendatang asing, terutama dari Thailand.

Ads

 

Masyarakat Asli yang terdapat di sini, adalah dari suku Batek. Antara lubuk popular adalah Perkai, Rincing, Cangkung, Petai, Rawa, Panjang, Batu Terubung dan puluhan lagi lubuk kecil yang lain.

 

Panduan Memancing Di Taman Negara Sungai Keniam

 

Ads

Kasut getah adalah kasut yang sesuai untuk trekking, memijak batuan dan meredah sungai. Pastikan anda memakai saiz yang tepat. Tidak terlalu longgar atau ketat.

 

Pakai stoking panjang untuk mengelakkan gigitan pacat dan pakai pakaian yang ringan dan bawa pakaian yang mudah kering.

 

Ads

Panduan Memancing Di Taman Negara Sungai Keniam

 

Sentiasa berhubung dengan tekong sebelum bertolak terutama teknik pancingan dan apa yang perlu dibawa. Untuk pancingan dasar ikan kelah, gunakan tali tangsi 15lb ke atas dan tidak melebihi 35lb. Gunakan mata kail saiz sederhana sahaja saiz 12-14. Kekili spinning yang disyorkan bersaiz 3000 ke atas dan rod medium action.

 

Kepada kaki casting, sentiasa cari lubuk berpotensi. Lontaran gewang atau sesudu perlulah mengikut arus atau sisi arus. Celah batu besar, reba kayu, celahan pokok tumbang ke dalam air, kawasan lata, cegar dan pertemuan cabang sungai antara spot terbaik mendapatkan hasil.

 

Panduan Memancing Di Taman Negara Sungai Keniam

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI