Sebaiknya ketika air pasang kecil atau air bani. Atau dalam erti kata lain sewaktu arus tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Jangan lepaskan peluang memancing ketika air mula bergerak pasang atau mula bergerak surut. Warna air juga perlu dipantau. Elakkan dari memancing ketika air terlalu keruh atau terlalu jernih.
Sebagaimana memancing di tengah laut atau sungai, waktu awal pagi sehingga matahari naik dan lewat petang sehingga matahari terbenam merupakan tempoh aktif ikan-ikan predator mencari makanan. Sementara waktu malam pula sesuai untuk mencari ikan-ikan yang aktif mencari makan pada waktu malam.
Sebaiknya gunakan umpan yang terdapat di kawasan tersebut seperti udang, kurita, belanak atau tamban. Jika tak dapat umpan hidup, gunakan umpan yang masih segar. Selain itu boleh juga guna umun-umpun atau perumpun. Umpan tiruan seperti gwang, soft plastic atau jig juga boleh digunakan untuk aktiviti casting.
Joran
Joran aksi sederhana 7-10 kaki panjang. Tak perlu joran melebihi 10 kaki panjang kecuali terdapat lubuk-lubuk berjauhan yang berpotensi.
Kekili
Kekili siri 2000-5000 dengan tali sulam atau tangsi 20lb hingga 40lb. Pastikan kekili khusus untuk kegunaan air masin.
Perambut
Perambut batu hidup batu mati dipadankan dengan mata kail lingkar. Perambut Y atau cabang dan perambut apollo.
Amat penting untuk memantau sebarang aktiviti ikan di permukaan air. Jika terlihat kawanan ikan kecil-kecil atau aktiviti pemangsa membaham ikan-ikan kecil, cuba lontarkan umpan ke kawasan tersebut setepat mungkin.
Sebaiknya pacak atau ikat joran pada sesuatu objek yang pegun dan kukuh sekiranya tidak memegang joran. Walaupun bertujuan memancing gelama menggunakan umpan perumpun namun tidak semestinya hanya gelama sahaja yang mengambil umpan tersebut.
Sebaiknya memancinglah secara berteman atau ketika ada pemancing lain di kawasan tersebut. Selain ia dapat membantu sekiranya memporleh ikan bersaiz besar, ia turut dapat menjamin keselamatan sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini.
Pakailah pakaian dan alas kaki yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.