Ikan pari sememangnya cukup popular di kalangan masyarakat kita apatah lagi bagi pemancing. Pemancing beruntung kerana lebih berpeluang untuk menikmati ikan pari yang segar hasil pancing.
Tapi bagi mereka yang tak berpeluang untuk menikmati pari segar, di sini kami sediakan sedikit tips untuk memilih dan membeli ikan pari agar tidak terbeli ikan pari sudah rosak atau berbau hancing.
Ketika memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya, pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana ia memudahkan proses memasak.
Bagi ikan ketuka pula,biasanya ia dijual tanpa dipotong (seekor). Oleh itu untuk mengenal pasti tahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.
Ads
Jika ikan pari atau ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa membantutkan selera. Apa yang anda perlukan ialah menyediakan bahan berikut:
Asam jawa
Ads
Air
Cara penyediaan:
Ads
Bersihkan ikan pari atau ketuka. Buang perut dan organ-organ dalamannya. Bilas hingga bersih.
Lumur asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ratakan dan perap selama 20 minit.
Bilas menggunakan air bersih dan toskan.
Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Untuk memburu ikan pelagik seperti tamban, selar, kembung dan sebagainya perambut apollo yang paling sesuai digunakan ialah perambut apollo kertas berwarna putih dengan manik hijau. Saiz yang paling sesuai ialah saiz 6, 7 atau 8.
Sekiranya di kawasan kelong tersebut lebih banyak dihadiri ikan tamban kecil atau bilis, sebaliknya guna mata apollo yang lebih kecil seperti saiz 4. Kelebihan apollo saiz kecil ini ia juga boleh menjerat ikan yang lebih besar.
Namun dinasihatkan agar ikatan swivel yang sedia ada itu diganti dengan ikatan sendiri kerana lazimnya ikatan tersebut tidaklah sekuat mana.
Ikan-ikan pelagik ini tidak sentiasa ada bermain di kawasan kelong. Oleh yang demikian anda perlu mengesan kehadirannya.
Antara waktu terbaik untuk mengesan kehadiran ialah ketika pergerakan air surut atau pasang, cari arah alir mengalir. Anda hendaklah membaling apollo bertentangan dengan arah air mengalir.
Untuk mengesan kehadiran ikan ini anda perlu bijak melihat kelibatnya bermain air. Cari buih atau percikan di dalam air. Atau anda juga boleh nampak kelibat putih di dalam air dan lontarkan apollo di kawasan itu.
Selain memerhati dengan penglihatan, anda juga boleh menggunakan indera pendengaran. Guna telinga. Jika benar-benar diamati, pemancing boleh mendengar bunyi “tip..tip..tip” dalam air. Di situlah biasanya tempat ikan pelagik bermain.
Jika ia tidak kelihatan atau tidak mendengar sebarang bunyi, gunalah gerak hati anda. Rajin-rajinlah menggunakan apollo ketika tiba waktunya. Selamat mencuba dan selamat berjaya.
Reel atau kekili merupakan alatan yang paling penting tidak kira yang berharga mahal atau murah. Secara kasarnya, reel merupakan antara kompartmen pancing paling mahal kerana binaan mekanikalnya. Nilai reel selalunya bergantung kepada rekabentuk yang sofistikated dan kualiti.
Oleh kerana reel merupakan antara peralatan pancing yang paling penting, maka penjagaannya juga amat penting untuk memanjangkan jangka hayat dan prestasinya. Selalunya sedikit penjagaan tambahan terutama setelah penggunaan di air masin perlu diketahui oleh kaki pancing.
Reel juga merupakan kompartmen yang paling perlu dititikberatkan penjagaannya. Ikuti beberapa tip di bawah untuk memastikan reel anda tahan lebih lama:
Bersihkan reel anda menggunakan air suam bersabun, bilas dan keringkan menggunakan kain yang bersih setiap kali jika anda memancing di kawasan air masin. Pastikan anda mengetatkan drag reel semasa proses ini bagi mengelakkan air masuk ke dalam reel.
Bahagian yang boleh digerakkan pada reel perlu diletakkan sedikit minyak pelincir atau semburan menggunakan WD-40 atau CRC. Lakukan perkara ini sebaiknya setiap kali selesai trip memancing walaupun ada trip menyusul dalam tempoh terdekat.
Tanggalkan reel daripada rod dan simpan di dalam beg reel atau kotak berasingan. Selain memanjangkan prestasi reel ia juga menyelamatkan bahagian tapak reel pada rod.
Reel anda perlu diservis sekurang-kurangnya sekali setiap 2 tahun. Kebanyakan kedai pancing menyediakan perkhidmatan servis reel sekiranya anda tidak tahu caranya. Sekiranya kerap bermain di air masin maka ia perlu diservis dengan lebih kerap.
Udang (hidup dan mati), umpun-umpun serta apollo merupakan umpan dan barang yang bawa jika memancing di sangkar ikan, rumah rakit dan juga kelong. Anda juga boleh bawa umpan alternatif lain seperti ikan dan sotong untuk dijadikan umpan potong atau hirisan.
Sama ada udang hidup atau mati merupakan umpan terbaik untuk target ikan gred A atau bersaiz besar.
Boleh dikatakan hampir semua spesies ikan muara atau persisir pantai menjadikan udang sebagai sumber makanan utama. Sebaiknya bawa udang hidup kerana walaupun sudah mati ia masih terbaik untuk dijadikan umpan segar.
Umpun-umpun terutamanya umpun-umpun sarang merupakan umpan terbaik untuk spesies tak bersisik seperti sembilang, duri, ketuka atau pari.
Ikan-ikan ini sememangnya spesies yang sering ditemui di kawasan port memancing ini. Selain itu ikan-ikan gred A juga turut membaham umpun-umpun jika ditemui.
Malah admin sendiri pernah menaikkan siakap 6kg menggunakan umpan umpun-umpun sarang di kelong.
Apollo terutamanya bersaiz kecil (4-8) perlu dibawa kerana ia boleh digunakan untuk mencari umpan ikan hidup seperti bilis dan tamban.
Kedua-dua ikan ini merupakan umpan terbaik jika digunakan ketika hidup atau masih segar. Malah apollo juga boleh digunakan sebagai teknik perambut.
Dengan meletakkan umpan pada mata kail apollo, anda berpeluang untuk memancing ikan gelama, bebolos, daun baru dan sebagainya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...