Seperti mana saudara rapatnya iaitu giant trevally, bluefin trevally sememangnya menjadi salah satu spesies buruan bagi kaki fly fishing, popping, casting dan jigging. Selain itu ia boleh ditangkap menggunakan teknik menunda serta hanyut umpan anak ikan segar. Namun, lebih ramai pemancing menyukai teknik lebih moden kerana tiada pengunaan umpan alami sama sekali.
Anda tidak perlu risau mengenai kesegaran umpan serta jenis umpan tersebut. Yang perlu ialah semangat, kombinasi perlatan yang sesuai serta pelbagai set umpan tiruan yang beraneka rupa, jenama, jenis dan tentunya harga.
Selain itu skill dan kemahiran mengendalikan gewang bermata tiga ini perlu dipertingkatkan agar kes tersangkut pada badan pemancing lain boleh dihindarkan. Gerepoh sirip biru banyak diburu dengan teknik moden ini ketika air besar iaitu 26 hingga 4 tanggal Hijrah dan 13 hingga 18 hari bulan.
Waktu ini air akan pasang awal pagi dan waktu petang di mana ia akan meronda di kawasan tepian batu atau pulau tatkala air pasang. Teknik casting gewang serta menunda adalah paling efektif. Ringkasan di sini ialah pengaruh dan faktor cahaya bulan juga perlu dirujuk jika inginkan hasil yang lebih positif. Paling mudah ketika bulan gelap.
Kini kalau lokasi di semenanjung, jika teknik ini membuahkan hasil saya anggap ia lebih nasib semata-mata kerana populasi ikan ini diketahui amat jarang di perairan tempatan.
Gerepoh sirip biru bersaiz purata 3kg hingga 6kg ke atas biasanya mudah diperangkap dengan teknik menunda dan popping. Kebanyakan pemancing yang menunda mengunakan kekili aksi berat dengan kekuatan tali minimum 30Ib.
Jarang saya dengar gerepoh sirip biru menghilangkan diri dengan ratusan meter tali pancing terutama apabila teknik jigging dan popping disambar oleh mangsa berpandukan saiz tidak seberapa.
Di perairan yang terlalu jernih warna popper berasaskan biru adalah diutamakan. Untuk aktiviti popping dan gewang, kekili jenis terbuka lebih mudah di kendalikan, jigging dan teknik umpan lebih sesuai mengunakan kekili multiplier.
Ramai pengemar casting dan jigging mengunakan tali sulam kerana mudah dan cepat membalas. Jika mengunakan mono sambungkan tali sulam sehingga 10 kaki di hadapan sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan replika ikan besi akan singgah di muka anda!
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15Ib hingga 30Ib. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Tali utama berkekuatan 15Ib hingga 30Ib cukup memadai kerana ia pasti akan menjanjikan siapa yang mengerjakan siapa? Baru bestkan!?