Panduan Lengkap Aplikasi Light Jigging

Share

 

Jigging ringan atau light jigging, satu kaedah moden yang begitu dekat di hati kaki pancing laut di Malaysia. Dengan jig purata dari 30 hingga 80 gram, kaedah ini amat digemari bagi mereka yang mahu mencari spesies ikan di pertengahan dan di dasar menggunakan unjunan kepingan jig.

 

Selepas tamatnya musim tengkujuh adalah waktu yang sesuai untuk light jigging. Tidak hairanlah, kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak ketika ini, kembali menjadi tumpuan dengan tempahan bot asyik penuh sahaja setiap minggu.

 

 

Untuk itu, anda pastinya memerlukan beberapa peralatan yang sesuai seperti di bawah bagi melengkapkan lagi trip light jigging yang dirancang.

 

Rod

Terdapat pelbagai jenis rod untuk setup light jigging. Baik dari harga ekonomi atau mahal, ada di jual di pasaran. Rod Evergreen Poseidon Spin Jerker 603L ini misalnya, antara rod yang bagus untuk aplikasi light jigging.

 

 

Reel

Kekili Shimano Twin Power C3000 sememangnya cukup gah untuk light jigging bagi kategori spinning di Malaysia. Kayuhan yang lancar dan ‘soft’ serta drag yang cukup kuat menjadi antara sebab mengapa ia kerap menjadi idaman ligt jigger. Pun begitu, dalam pancingan ini tidak kisah jenama kekili yang ingin gunakan. Asalkan anda selesa dan paling penting tidak membebankan poket anda.

 

 

JIg

Ima Gun antara jig favourite dan sepatutnya memang ada dalam kotak pancing kaki light jigging. Keberkesanannya juga telah lama terbukti. Terdapat banyak skim warna yang anda pilih. Berat: 12, 20, 30, 40, 50 & 60 gram.

 

Coltsniper, antara jig ringan Shimano yang boleh anda cuba untuk menjerat spesies ebek, kerapu dan pelbagai spesies lain. Berat: 28, 42 & 60 gram.

 

 

Shimano Soare, jig ringan terbaru daripada Shimano. Diperbuat daripada tungsten membolehkan jig padu ini cepat jatuh ke dasar.  Berat: 24 & 32 gram.

 

Kevlar

Banyak jenis kevlar dijual di pasaran. Ada yang ekonomi dan juga mahal. Terpulang pada kemampuan anda.

 

Tali perambut

Sebaiknya, pilihlah tali jenis fluorocarbon yang mampu menyerap tekanan dan tahan lebih lama bila bergesel dengan batu karang.

 

 

Tali sulam

Tali sulam biasa atau warna? Kedua-duanya boleh digunakan untuk dipadankan ke dalam kekili anda.

 

Mata kail

Terdapat pelbagai jenis mata kail di pasaran. Owner Cultiva, antara jenis mata kail yang sering jadi pilihan.

 

 

Published by
Amang