Pastikan keadaan kesihatan anda berada di tahap terbaik untuk trekking. Makanan, air, energy bar dan sebagainya harus disiapkan secukupnya.
Amalkan memancing di dalam kumpulan dan jangan sesekali trekking seorang diri di dalam hutan atau sungai pergunungan.
Pastikan ahli keluarga atau rakan terdekat mengetahui anda keluar memancing dan lokasi pancingan anda.
Jika mampu, beli dan bawa telefon satelit
Pakai kasut yang sesuai untuk trekking.
Waspada akan ancaman binatang berbisa dan buas. Elakkan melalui tempat yang ada jejak binatang buas seperti harimau, gajah dan sebagainya.
Waspada ketika mengharung air. Jangan memberanikan diri mengharung air jika anda kurang yakin terutama di kawasan berarus deras. Juga perlu sentiasa berwaspada dengan kepala air.
Jika gewang yang anda gunakan tersangkut direba-reba kayu atau batu, jangan membahayakan diri berenang untuk menyelamatkan gewang tersebut. Ingat gewang tersangkut boleh dibeli,hilang nyawa tiada gantinya.
Peti keselamatan cemas harus sentiasa dibawa bersama anda.