Panduan Kalau Nak Mancing Bawah Jambatan!!

Share

 

1. Lubuk ikan di tiang jambatan tidak menentu kerana ada banyak tiang. Sesetengah orang minat dengan tiang tertentu. Jadi ada banyak lubuk di bawah jambatan P.Pinang.

2. Saya menggemari tiang no 3 dan 4 kerana tiang ni ada jenahak yang besar. Selain itu di tiang ini banyak ikan gerepoh dan senangin. Setiap kali saya pergi ke tiang ini tidak pernah pulang hampa tapi tiang ni selalu sangkut kerana ada banyak batu dan karang.

3. Selain itu tiang 8,9,10,35,36,37,38,39,40,41,42,43,44,45,46,47 dan banyak tiang lagi. Kalau anda keliru boleh rujuk dan tanya dengan boatman. Dia pasti bagitau tiang mana yang tengah hot.

4. Selain tiang, anda perlu mencari arah balingan, kalau kawasan yang sangkut tu memang lubuk yang baik.

5. Kalau nak memancing kerapu layan tepi tiang je, pakai umpan udang hidup lagi baik di tepi tiang kerana kerapu suka hentam udang di sini. Di tepi tiang juga terdapat talang, jenahak dan semilang terutama di tiang yang airnya dalam seperti tiang 38.

6. Kalau tiang 3 dan 4 sila baling arah batuan kerana jenahak suka berlonggok kat situ.

 

WAKTU IKAN MAKAN BAWAH JAMBATAN

 

1. Ikan kat jambatan suka makan waktu air beralih. Pastikan umpan sentiasa ada semasa air berubah arah arus. terutama semasa air bergerak perlahan.

2. Semasa air surut. Ikan senangin tidak mengira masa sangat dan senangin suka makan umpan bilis. Penggunaan perambut apolo yang dibuat sendiri memang sesuai memancing senangin.

3. Pada waktu pagi. Ikan gerepoh dan jenahak suka makan pada waktu pagi. Pastikan umpan ada pada waktu ini kerana peluang lebih cerah.

 

 

GAYA MEMANCING BAWAH JAMBATAN

 

1. Perambut yang tidak terlalu kasar anggaran 50 lb sahaja

2. Mata pancing juga tidak terlalu besar kerana umpan bilis kecil sahaja.

3. Umpan dicangkuk pada mata kerana bilis yang kecil mudah mati kalau dicangkuk pada badan

 

JENIS IKAN BAWAH JAMBATAN

oleh kerana memancing di bawah jambatan seperti memancing di tengah laut ditambah lagi dengan tukun dari tiang jambatan itu sendiri, maka terdapat pelbagai jenis ikan di sini yang boleh memukau pemikiran kaki pancing yang belum biasa memancing di sini.

1. Kerapu
2. Kenahak
3. Gerepoh
4. Siakap
5. Ibu gelama
6. Alu-alu
7. Senangin
8. Merah
9. Pari
10. Mersuji

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang