Udang galah aktif apabila air sungai bersuhu suam dan akan kurang makan apabila air sungai sejuk atau terlampau tawar. Musim yang paling baik untuk memancing udang adalah pada musim panas atau kemarau.
Udang galah adalah haiwan jenis omnivor iaitu spesies yang makan serba-serbi yang dijumpainya. Bagi saya, umpan yang saya selalu gunakan adalah perumpun, cacing, isi ikan, jantung ayam yang dibakar sedikit dan dihiris.
Ads
isi ikan kembung, kulit ayam dan ikan longkang atau gapi yang ditangkap dan disimpan dalam bekas plastik selepas direnjis dengan sedikit belacan dan dibekukan selama sehari dua. Boleh dikatakan udang galah akan makan serba jenis benda yang berdaging yang berbau.
Ads
Untuk mata kail pula saya selalu menggunakan mata kail no 1 hingga 5 kerana saiz ini paling sesuai di mana adakala saya pakai jenis berduri (barb) dan ada masa jenis tidak berduri (barbless). Apa yang penting mata kail itu mestilah tajam.
Ads
Satu lagi tip yang saya hendak berikan adalah supaya menggunakan ‘burley’ atau rasuah untuk memikat udang datang. Caranya gunakan makanan kucing yang basah yang dijual di kedai di dalam tin ataupun paket. Saya akan membuatkan lubang pada tin atau paket dan meletaknya di bawah bot atau sampan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
⇒ Terlebih dahulu ambil belacan dan bakar dengan api kecil. Boleh juga guna penyepit dan bakar secara langsung ke atas api atau gunakan tudung periuk sebagai lapik. Bakar jangan sampai hangus pulak… agak-agak je la.
⇒ Potong sotong secara memanjang, saiz tak kisah…ikut selera pemancing dan saiz sotong. Kalau sotong cumit saiz kurang sejengkal biasanya potong 4 saja.
⇒ Selepas siap susun kepingan tadi atas kertas suratkhabar untuk buang air dalam isi sotong. Tak perlu kering sgt. Atau boleh juga mengelapnya dengan kertas tisu. Tapi tidak perlu dicuci sotong terlebih dahulu.
⇒ Selepas itu sediakan satu mangkuk plastik atau bekas kedap udara dan tabur belacan untuk lapisan pertama. Tidak perlu tabur banyak sangat, memadai sajalah.
⇒ Setelah itu susun isi sotong tadi secara memanjang atas lapisan belacan tadi dan ulang proses yang sama sehingga selesai. Tabur ikut selera pemancing. Kalau nak lagi power belacan kasi lebih.
⇒ Tutup mangkuk dengan kemas dan ketat lepas tu bungkus dengan plastik dan ikat ketat-ketat. Atau boleh juga simpan terus dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti ais. Perap dalam masa sekurang-kurangnya 24jam sebelum menggunakannya.
Tip tambahan:
⇒ Umpan ini hanya sesuai digunakan sekali saja. Oleh itu buat anggaran banyak mana nak guna sebelum menghasilkannya.
⇒ Selain sotong, anda juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan belanak, selayang atau tamban.
Sebagaimana yang diketahui ramai pemancing, untuk memikat dan memerangkap ikan dari keluarga kap seperti tongsan sisik halus memakan umpan bukanlah mudah. Ia memerlukan ramuan umpan yang mengandungi faktor aroma dan rasa yang tertentu. Berikut merupakan salah satu ramuan umpan yang telah berjaya menjeratnya.
Bahan umpan: (Setting untuk 1kg dedak)
Dedak 929 – 1kg
Dedak bomb 286 – sepaket
Strawberi MyePescado – 6 penutup botol
Pandan MyePescado – 6 penutup botol
Esen pisang – sebotol
NS Power pandan – 2 paket
Penyediaan umpan:
Tutorial 1
Masukkan sedikit air anggaran 200 ml di dalam bekas bancuhan (untuk mengadun bahan perisa). Sebaiknya gunalah air bebas klorin seperti air kolam. Kemudian masukkan 6 penutup botol pes strawberi.
Tutorial 2
Masukkan pula satu botol esen pisang dan kacau agar ia sebati.
Tutorial 3
Masukkan dedak 929 dan dedak bomb. Gaul sekata campuran dedak dengan larutan air berperisa.
Tutorial 4
Setelah campuran sebati, masukkan pula 6 penutup pes pandan. Gaul lagi campuran adunan ini.
Tutorial 5
Terakhir sekali masukkan dua paket serbuk panda NS Power dan gaul sehingga memperoleh adunan yang sesuai untuk dikepal pada spring. Tambah air sedikit demi sedikit untuk memperoleh adunan yang peroi dan cantik.
Pancingan ikan rohu merupakan satu bentuk pancingan yang amat unik. Ia berbeza dengan pancingan ikan kap lain. Pancinglah di mana saja pasti ramuan umpan akan disulam dengan penggunaan minyak berperisa udang, sotong atau belangkas.
Minyak berperisa ini boleh diperoleh di kedai-kedai pancing namun untuk kepuasan, apa kata korang buat sendiri. Nak buat pun tidaklah susah mana. Yang penting ia lebih menjimatkan dan boleh diguna untuk tempoh yang lama.
Bahan keperluan
1 paket minyak masak 1kg
500gm kerisik
250gm udang geragau
250gm gula melaka
Cara pembuatan
Tutorial 1
Sediakan satu bekas kosong. Masukkan 500gm kerisik, 250gm udang, 250gm gula melaka (sebaiknya gula melaka ditumbuk kasar terlebih dahulu) dan juga 1 paket minyak masak. Gaul kesemua bahan tersebut sehingga rata dan sebati.
Tutorial 2
Kisar kesemua bahan tadi dengan blender. Tidak perlu kisar kesemua bahan sekaligus. Tapi pastikan kesemua bahan dikisar sehingga menjadi betul-hetul halus.
Tutorial 3
Setelah semua bahan dikisar halus, sediakan satu periuk atau kuali untuk memasak kesemua bahan tadi. Sebaiknya masaklah dengan api perlahan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu jam. Gaul bahan sekali-sekala bagi mengelakkan ia berketul atau berkerak.
Tutorial 4
Setelah masak, biarkan minyak rohu ini menyejuk. Setelah itu barulah dimasukkan ke dalam botol atau balang kaca. Untuk tahan lama sebaiknya minyak rohu disimpan di dalam bekas kaca.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...