Ikan merah dan famili snapper adalah spesies yang bergerak dan secara berkumpulan. Teknik memancing secara teliti amat perlu jika pemancing tidak ingin kehilangan kumpulan ini sekelip mata.

 

Pastikan tiada kes-kes rabut atau putus tangsi berlaku berulang kali kerana fenomena ini akan menakutkan ikan-ikan yang menanti untuk menyerang umpan anda apabila melihat ‘rakan’ yang berenang lari ketakutan.

 

Panduan Jitu Memancing Ikan Merah Sangkar

 

Menggunakan perambut tangsi amat baik walaupun ikan merah gemar kawasan reba. Perambut yang kasar mampu menahan asakan barisan gigi halus di hadapan kerana kebanyakan tanda suka menelan umpan.

 

Tali berkekuatan 15 lb sudah memadai dengan kekuatan perambut sekitar 30 lb. Menggunakan perambut yang lebih kasar adalah bertujuan untuk mengelakkan ia terputus semasa umpan dilarikan ke kawasan yang mempunyai halangan.

 

Panduan Jitu Memancing Ikan Merah Sangkar

Ads

 

Jika menggunakan bot atau sampan, joran kelas menengah atau aksi berat diperlukan dengan tali berkekuatan 25 lb hingga 30 lb dan panjang joran disyorkan ialah diantara 5 hingga 6.5 kaki. Perambut monofilament yang disyorkan antara 40Ib hingga 50Ib dan panjang perambut dua kaki ke atas.

 

Hirisan ikan kembung tanpa tulang, udang dan hirisan sotong boleh digunakan sebagai alternatif. Ikan ini tidak begitu cerewet pasal umpan sehingga sotong pasar turut menjadi pilihan.

 

Umpan hidup juga berkesan pada waktu siang seperti anak gelama, belanak dan udang. Teknik memancing ikan ‘snapper’ tidaklah begitu sukar kerana spesies ini adalah pemburu yang gemar menyentak umpan secara tiba-tiba selepas mengulumnya buat seketika.

 

Panduan Jitu Memancing Ikan Merah Sangkar

Ads

 

Jangan terlalu cepat membalas joran anda kerana pada masa ini umpan baru dicengkam oleh dua gigi taring yang tajam dan belum menelan lagi. Lazimnya merah kecil akan bermain dahulu sebelum menelan dan baru ia melarikan pancing selepas sedikit kejutan dibuat ke atasnya.

 

Balas apabila larian kedua dimulakan iaitu agak-agak beberapa saat selepas ‘alarm’ berbunyi. Lepas itu gunakan panca indera dan segala kemahiran anda supaya ia tidak terlepas dari genggaman.

 

Panduan Jitu Memancing Ikan Merah Sangkar

 

Ads

Masa yang paling sesuai ialah waktu malam kerana ketika ini ia keluar untuk memburu mangsa. Namun siang juga boleh digunakan untuk memancing spesies ini jika anda tahu dimana kawasan ia berehat dan bermain terutama di kawasan habitat yang telah disebutkan.

 

Di kawasan pantai Barat memancing ketika air mati paling sesuai disebabkan pengaruh arus yang tidak keterlaluan kerana fakta saya hanya berpandukan pengalaman memancing merah sangkar hanya di sekitar Pulau Ketam.

 

Panduan Jitu Memancing Ikan Merah Sangkar

 

Memancing merah sangkar yang bersaiz sekilogram banyak tertumpu di kawasan muara dan jeti/jambatan yang mempunyai air yang agak dalam. Selebihnya di siang hari ialah waktu ketika pengusaha memberi makan ikan ternakan.

 

Ikan luar akan turut sama tertumpu di sekitar sangkar menunggu saki baki makanan yang jatuh. Menggunakan umpan udang hidup adalah paling efektif dan semasa air bunga pasang dan semasa air menyorong surut. Jika memancing dari kawasan tebing dan muara sungai, pilih kawasan yang bertanjung dan mempunyai tunggul kayu bakau tumbang.

 

Panduan Jitu Memancing Ikan Merah Sangkar

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI