Tali utama (braided) diameter halus kurang 0.15mm (max 20lb lagi halus lagi baik, tapi jangan guna set ultralight). Leader 15lb-20lb, 100% fluorocarbon (diameter <0.40mm). Lagi halus lagi bagus tapi jangan guna kurang dari 14lb, nanti buang ikan. Saya guna 15lb, 0.32mm diameter.
Leader panjang 5 depa. Semua ahli kena buat panjang yang sama. Banyak sebab kenapa perlu 5 depa tapi tak perlulah dipersoalkan. Pakai je 5 depa atau lebih sikit tapi jangan kurang dari 5 depa.
Cara persembahan jig basic very slow jigging knock bottom. Senang cakap main ketuk-ketuk lantai kecuali kawasan karang tinggi. Kalau tekong terlupa nak bagitau situasi dasar macam mana, jangan segan-segan bertanya. Jangan jig dah tersangkut karang baru nak bersuara.
Assist hook jangan labuh sangat. Agak-agak je. Jika labuh sangat nanti peratus kena pipi atau faul hook luar mulut tinggi. Hook up akan jadi kurang solid sekaligus mudah rabut atau koyak.
Jangan banyak buang masa. Kena all out. Kalau lambat bertindak atau terlalu santai sangat nanti mudah pulak mabuk laut. Korang jugak yang rugi nanti kalau terlepas peluang untuk strike monster.
Rajin tukar jig kalau takde sambutan. Saiz jig 40-60g apa-apa jig yang ada gandingan warna hijau, silver, gold, oren. Jig murah ke… mahal ke… clone ke… semua boleh pakai. Takde istilah jig tahyul di perairan Penyabung dan Tioman ni.
Yang ni pun penting jugak… jangan stress sangat. Rezeki bukan kita yang tentukan tapi usaha kena berpatutan. Dan jangan cepat serik! Sekali kumpau tak bermakna akan kumpau lagi… lagi dan lagi.