Panduan elak mabuk laut ketika mencandat sotong!!

Share

 

Makan asam atau benda masam seperti asam masin ketika mula rasa hendak mabuk laut. Sebaiknya bila tekak mula rasa pahit, kunyahlah apa-apa yang boleh menerbitkan rasa segar.

 

➡ Jangan terlalu lama memandang lantai bot. Perkara ini sebenarnya boleh terjadi tanpa anda sedari pun. Kerap mengikat pancing di atas bot boleh mengundang mabuk laut. Jadi sebaiknya sebarang ikatan buatlah sebelum menaiki bot.

 

😳 Jangan merenung atau melihat riak air laut dalam tempoh yang lama. Perkara ini terjadi dengan sendirinya bila kita mula merasa kurang selesa atau datangnya petanda awal mabuk laut. Bila nampak rakan berkeadaan begini, cubalah alih perhatiannya itu.

 

👿 Cuba beri tumpuan pada objek jauh seperti pantai, bot nelayan, bukit-bukau dan pulau-pulau.

Tapi kalau malam gelap dan tak boleh nak tengok apa-apa. Cubalah merenung ke langit pula. Tenunglah bintang-bintang dan berdoa agar tidak muntah-muntah.

 

🙁 Pastikan anda tidak mencium bau minyak diesel dan asap bot. Kalau anda alah dengan bau ini elakkan dari duduk di bahagian belakang bot.

Duduk di bahagian hadapan pula akan merasai alunan yang lebih sekaligus boleh menyebabkan mabuk juga. Jadi, duduklah di bahagian paling tengah di atas bot.

 

J 😈 angan duduk berdekatan enjin bot. Bunyi yang kuat boleh mengundang mabuk juga. Pendek kata macam-macam perkara macam serba tak kena kalau dah nak mabuk ni.

 

👿 Jangan bermain dengan hasil tangkatan terlalu lama. Bau hanyir boleh meloyakan. Tetapi jika anda berjaya menaikkan hasil dengan lebih kerap, ia sedikit sebanyak mampu membuatkan anda lupa pada mabuk.

 

🙁 Terjun ke laut dan menyelam sekali kemudian naik semula. Tapi jangan suka-suka buat macam terjun ke kolam renang. Lebih-lebih lagi kalau tidak pandai berenang dan berarus deras. Senang cakap, sebaiknya lupakan saja cara ini.

 

💡 Makan pil mabuk selalunya 10 hingga 30 minit sebelum bot bertolak. Jangan terlalu awal kerana ia akan menyebabkan anda rasa seperti mabuk laut akibat pengaruh pil tersebut. Dan jangan pula bila rasa nak muntah barulah cari pil mabuk.

 

Published by
Amang