Panduan Casting Siakap & MJ Oleh Masta Kakap

Share

 

Siakap atau keluarga ikan kakap merupakan spesies predator yang seronok dipancing melalui teknik casting. Terutamanya menggunakan gewang tiruan. Namun, gewang killer saja belum menjamin kejayaan, ada banyak lagi faktor yang perlu diambil tahu.

 

Faktor Air

 

Sebenarnya tengok tahap kekeruhan air ni banyak definisi dia. Air jernih pun tak sesuai untuk siakap. Dia akan guna seluruh panca indera dia ketika air jernih dan senang mengesan bahaya.

 

 

Keruh kerana hujan di hulu bawa air tawar ke muara memang tak sesuai. Air jadi tawar dan ikan kurang selera dan akan keluar dari muara untuk sementara. Tapi jika sungai itu tidak mempunyai masalah dan air tetap payau walau hujan, masih ada peluang.

 

Cara nak tengok air keruh yang masih boleh jejak siakap… celupkan tangan dalam 1 kaki. Tengok tapak tangan sama ada jelas atau tidak. Jika sejelasnya… air jernih sangat. Jika tak nampak… keruh sangat. Yang paling sesuai… air nampak ‘berdebu’! Tak keruh dan tak jernih.

 

 

Jenis Gewang

 

Rupa gewang kakap yang popular turun temurun (bergantung pada tempat), biasanya minnow yang panjang. Jenis minnow ni boleh dikatakan pelbagai tempat boleh pakai. Warna untuk gewang asas… yang mempunyai tone biru/silver atau putih dan hitam/silver atau putih.

 

Dua jenis warna asas itu sesuai untuk cuaca terang dan air yang agak jernih. Dua jenis warna itu jugak mewakili warna natural.

 

 

Jika keadaan air sungai berlainan… agak kekuningan atau coklat sedikit, warna gewang sesuai adalah  berasaskan warna coklat, gold, kuning atau oren. Biasan warna coklat, gold, kuning, oren dalam kondisi air coklat/kekuningan akan menghasil efek natural juga pada gewang.

 

Jika sungai itu berair ‘hitam’ dan agak gelap… dan bila diuji dengan tapak tangan seakan warna Nescafe O cair, gewang warna seperti pink, biru terang, fire tiger agak sesuai.

 

Tapi ramai memilih biru terang atau pink untuk menduga air begitu. Jika gewang selaman cetek, warna biru menjadi pilihan dan jika gewang selaman dalam, warna pink menjadi pilihan.

 

 

Teknik Gewang

 

Di kawasan separa liar, banyak siakap tertipu dengan gewang. Teknik stop and go antara teknik terbaik sebab cara makan dia yang suka menyedut mangsa. Tak perlu guna wire leader, mono leader dah cukup walaupun siakap bawah 500gm boleh kesatkan tali perambut dengan mulut dia tu. Jadi rajin-rajinlah tukar leader bila selalu kena siakap terutama selepas dia telan gewang.

 

 

Siakap merah juga kena mainkan gewang secara perlahan. Ini kerana siakap merah lebih gemar bersembunyi di sebalik struktur dan akan menyerang hendap apabila melintas di hadapannya.

Published by
Amang