Lazimnya para tekong berpengalaman akan dapat mengesan kejadian ribut di tengah laut yang bakal berlaku. Lazimnya juga mereka akan mencari lokasi selamat untuk berlindung seperti daratan atau pulau yang berhampiran.
Namun, sekiranya tidak sempat untuk berlindung dan terpaksa berhadapan dengan ribut, beberapa panduan keselamatan ini haruslah dilakukan sendiri oleh para pemancing.
Kemaskan kesemua peralatan pancing dan simpan di tempat yang selamat. Ia perlulah dilakukan sebelum datangnya ribut. Bukannya ketika ribut sedang berlangsung. Nyawa anda lebih berharga berbanding barangan pancing walaupun bernilai tinggi.
Ads
Sarungkan jaket keselamatan dengan sempurna. Jangan sekadar menyarungkannya tanpa mengetatkan sebarang ikatan yang ada. Pastikan juga jaket keselamatan itu masih dalam keadaan baik dan mampu mengapungkan diri anda sekiranya kemalangan berlaku.
Berkumpul dengan kesemua pemancing di satu tempat yang paling stabil seperti di ruang tengah bot. Berkumpullah dengan tenang dan jangan pamerkan emosi yang boleh membuatkan rakan lain menjadi cemas dan panik.
Ads
Jika tidak mampu duduk dengan stabil maka sebaiknya baring di lantai bot. Selain dapat mengurangkan rasa mabuk ia turut mampu menstabilkan pergerakkan bot.
Patuh pada segala arahan dari tekong dan jangan pula pertikaikan apa yang dilakukan oleh tekong. Sentiasalah ingat bahawa tekong lebih berpengalaman berhadapan dengan ribut berbanding diri kita jangan hanya sesekali turun ke laut.
Ads
Mungkin tindakan tekong nampak pelik pada tanggapan kita tetapi mereka tahu apa yang mereka lakukan.
Bersedialah untuk menghulurkan bantuan apabila diminta oleh tekong. Contohnya seperti menimba keluar air yang masuk ke dalam bot. Dalam pada masa yang sama awasi pergerakan anda dan jangan berada terlalu rapat dengan tepian bot.
Ribut yang kuat lazimnya berlaku dalam masa yang singkat. Jadi, cubalah untuk bersabar dan bertenang untuk tempoh tersebut. Lazimnya juga, apabila ribut kembali reda hasil pancingan juga akan bertambah baik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sentiasa pastikan di mana kedudukan batu ladung dan mata kail sebelum membuat balingan. Elakkan dari melakukan balingan sekiranya ada sesiapa yang bergerak di belakang anda.
Cuba elak daripada mengamalkan teknik balingan secara putaran untuk mendapatkan momentum balingan kecuali tiada sesiapa di kiri dan kanan anda.
Pastikan tiada halangan atau sesuatu yang terbelit sebelum melakukan lontaran. Dengan momentum balingan yang kuat, tali pancing atau hujung joran boleh patah sekiranya terdapat halangan.
Jika anda bukan seorang perenang yang baik, sebaiknya jangan lakukan balingan di dalam air melebihi paras pinggang, apatah lagi ketika permukaan laut agak berombak. Risiko ditarik ombak ke tengah laut kemungkinan besar akan berlaku.
Pastikan drag kekili diketatkan sebelum melakukan balingan. Sebaiknya juga alas jari anda dengan plaster atau memakai sarung tangan. Seretan tali sulam dengan mudah menghiris jari umpama mata pisau.
Selepas melakukan balingan, longgarkan drag kekili dan sebaiknya jangan pancangkan jorak melebihi sudut 90 darjah. Sentapan ikan bersaiz monster boleh menyebabkan hujung joran patah.
Sekiranya ingin melakukan lontaran dari dalam air, pastikan kawasan tersebut bebas dari kewujudan ulat bulu laut. Atau sebaiknya jangan berkaki ayam ketika meredah masuk ke dalam air.
Lazimnya pesisir pantai berbatu dan dan berkarang merupakan kawasan tarikan ikan sekaligus menjadi spot yang berpotensi untuk memancing. Ramai pemancing berjaya menjinakkan ikan berkualiti tetapi juga paling kerap kail tersangkut. Batu atau karang di situ menjadi kegemaran ikan berlindung dan memburu mangsa.
Namun begitu, ia mendatangkan masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari tebing atau pantai. Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar.
Ia hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan batu itu ada karang dan teritip. Walaupun tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa teknik bagi menewaskan ikan batu karang.
Gunakan teknik pancing apollo di mana ladung diikat pada bahagian bawah sekali. Jika tidak mahu kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada ladung mesti lebih halus daripada perambut untuk mata kail dan tali utama. Oleh kerana ladung mencecah dasar, peluang untuk ia sangkut adalah tinggi.
Jika tersangkut, pemancing masih boleh menyelamatkan kail dan ikan kerana tali lebih halus bagi mengikat ladung, akan putus terlebih dulu. Berikutan harga ladung semakin mahal, guna bahan lain seperti batu dan skru terbuang sebagai ganti.
Teknik tanpa pemberat (layang/hanyut) juga sesuai jika kawasan itu lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran. Umpan akan mengambil masa untuk sampai ke dasar.
Ketika menjunam, umpan menjadi sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika ada tanda sambaran yang biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.
Teknik menggunakan pelampung memerlukan pemancing bijak menentukan kedalaman air setempat. Untuk teknik ini jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 0.5 hingga 2 meter dari dasar potensi sambaran adalah tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut pada karang.
Fenomena dunia memancing hari ini menyaksikan pemancing gemar menggunakan teknik jigging kerana besi jig mempunyai daya ketahanan yang unggul selagi tidak lebur disebabkan perambut dipotong atau tersangkut. Tetapi, jika anda menggunakan besi jig, salah satu faktor kejayaan anda mungkin terletak pada pemilihan warna.
Perlu diingat warna pada badan jig berbeza di dalam air berdasarkan bagaimana penetrasi cahaya ke dalam air pada masa itu. Faktor warna jig memainkan peranan penting ketika unjunan untuk menarik perhatian ikan.
Pemilihan warna jig sangat kritikal bergantung kepada kedalaman air. Jadual ini mungkin membantu anda dan memberikan alternatif pilihan untuk memilih warna jig yang sesuai mengikut kedalaman kawasan pancingan anda.
Warna Kesan Optimum Untuk Kedalaman
Merah (Red) 0 – 30’
Oren (Orange) 0 – 45’
Kuning (Yellow) 0 – 60’
Hijau (Green) 0 – 80’
Biru (Blue) 0 – 100’
Ungu (Purple) 0 – 120’
Perak (Silver) 0 – 120’ ke atas
Bercahaya (Luminous) – Waktu malam atau lebih 120’
Warna jig di atas berdasarkan penetrasi cahaya pada kedalaman tertentu. Namun tidak salah untuk kaki pancing memilih warna-warna berbeza dari warna berkenaan. Selalulah bertanyakan kepada yang arif dan juga tekong sebelum anda turun jigging.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...